Menarik kan tajuk n3 ni? Mungkin juga ada yang ragu-ragu dengan tajuk ni...Tapi ia memang betul...
Badan manusia mengandungi 55%-75% air dan air sangat penting untuk penghadaman, penyerapan dan penyingkiran bahan kumuhan/toksik dari badan.
Selain itu air juga membantu mengawal suhu badan manusia 24jam. Seorang manusia perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk lebih sihat.
Bagi aku, selepas mengambil "Breakfast"(entry terdahulu), air kini menjadi sangat penting. Percaya atau tidak selama sebulan berat badan aku dah turun 4KG hanya dengan mengamalkan minum air sbyk 4 liter sehari. En adun pun dah puji badan aku sekarang dah ada shape dan dah makin lawa. Kulit dah makin cerah dan lembut.
Berdasarkan kajian yang aku buat dan pendapat-pendapat sekeliling, air ni membantu juga dalam penyingkiran lemak berlebihan melalui air kecil dan peluh. Dan bagi yang mengalami masalh berat badan, banyakkan la meminum air.
Jadi sekiranya kita mengamalkan :
Makanan Seimbang + Senaman + Air yang cukup = Berat Badan Ideal + Sihat
Tapi perlu diingatkan jangan minum air yang banyak sebelum tidur kerana ia merbahaya. Boleh menyebabkan sesak nafas dan juga serangan jantung secara tiba-tiba.
Jangan risau tentang keracunan air kerana ia jarang berlaku. Oleh itu amalkan la minum air 8 gelas sehari untuk kelihatan cantik dan sihat.
ye betul, air mmg sgt penting. :)
ReplyDeleteliyana tq sb jd follower..
ReplyDeletejom kite wat kempen minum air 8 gelas dlm blog..huhu
aku byk minum air. sebab tu kurus kot. huhu.
ReplyDelete