Waktu dah semakin hampir untuk aku melangkah masuk semula ke pejabat. Yela cuti hanya dua bulan itupun stgh bulan unpaid leave. Nak buat cmne tak cukup setahun lg aku berkhidmat di SVM Malaysia. Jadi nak tak nak aku terpaksa mengajar anak ku Rizqi minum susu dari botol. Kesian pun ada jugak. Kali pertama aku memberinya susu botol, die menangis, meraung, mengamuk semua ada. Sampaikan aku pun nak menangis yela membayangkan kalau dgn aku pun die dah ngamuk macam ni apetah agi bila bersama pengasuh di nursery nanti. Tapi ini semua persediaan untuk Rizqi nak tak nak terpaksa latih kan jugak.
Memula tu aku gunakan botol susu NUK dan aku terpaksa bagi susu formula sebab aku tak membuat stok. Masa ni memang jahil sgt psl BF. Memula mmg die minum la jugak tapi bila dah selalu disuakan susu mmg die keluarkan or luahkan time kite sumbat mulutnya dengan botol susu. Aku try plak tukar ke botol Pureen pon macam tu gak, tapi langsung direjectnya bulat2. Baik lagi time die minum dari botol NUK tuh. So aku pun mula menggoogle solution untuk anak ku ini. Sekali terjumpa satu blog yang mengatakan anaknye terima susu botol jenama MAM. Jadi aku trus mencari laman web MAM. Mengikut yg die tulis botol ini menggunakan Silk Teat yang lembutnye meyerupai nipple ibu. So xde la nipple confusion akan berlaku. Aku pun google la mn nak beli or kedai yg berdekatan dengan aku yg ada menjual botol MAM. Tapi hampeh tak da pun kedai yang menjual botol ni. Aku pun mengorder online. Harga sebotol RM27.90. Silk teat tu mengikut umur bayi. Start dari 0 hingga 4bulan. Umur selepas itu digalakkan menggunakan cawan. Aku pilih
Baby Bottle 270ml yang 2++ months Silk Teat. Owh perbezaan umur ini untuk menentukan flow or lubang pada teat tuh. Kalau 0-2months flow agak perlahan n satu lubang je. Kalau 2++ month flow sederhana and 4++months flow laju.
Lebih kurang seminggu parcel pun sampai. Punye la excited so try la bagi botol tu dekat Rizqi. Memula dia macam tgh merasa. Mungkin die dapat rasa yg botol kali ni lain. Lepas beberapa minit die minum susu dalam botol tu sampai habis sampai tak cukup. Alhamdulillah die terima botol tuh. Jadi aku pun teruskan penyusuan botol menggunakan botol jenama MAM.
Cantik packaging botol MAM ni, Blue for baby boy hehe |
Dari kiri: Pureen, MAM and NUK |
Bersusah Rizqi minum sampai kembang-kembang hidung. |
"Mama, Kenapa tutup muka Rizqi, aiyaaa...mama ni......" |
Thank you MAM!! you bottle save my life...hehehe
Thanks for Viewing!!!
No comments:
Post a Comment