Friday, November 22, 2013

#Baby Journey : Teknik Power Pumping memang berkesan

Salam semua, sejak aku menjadi mommy ni memang la tersangat busy. Bukan busy dengan kerja-kerja rumah je or keje opis, dah tambah satu lagi tugas baru iaitu menjaga baby. Alhamdulillah Rizqi sekarang dah 4 bulan. Sihat walafiat dan makin kuat minum susu.

My cute little prince: Muhammad Adam Rizqi b Abdul Rhuzaine
Alkisah tentang susu aku tetibe je merajuk aka merudum. Pada hari Isnin lepas akupam susu seperti biase di opis. akuselalunya akan pam susu 4 sesi die opis. Start dengan pukul 8 pagi, pukul 11 pagi, pukul 2 ptg dan pukul 4 ptg. Nak dijadikan cerita, sesi pagi tu aku pam dapat 1oz lebih sikit je, tak sampai 2oz pn untuk sebelah kanan. Selalu aku akan dapat dalam 2oz ke atas. OK xpe aku teruskan pam sebelah kiri plak. Ohya  lupa plak nak beritahu, pagi tu tak de LDR. Hanya 3titik je LDR dari sblah kiri. Selalu dapat la jugak 30ml. Selepas ckup 10minit pam sblh kiri, aku pn stop and nak transfer la susu ke dalam container. Sekali aku tgk dapat 2oz je. Ahh sudah kenapa sikit sangat. Tapi nak sedap kan hati, aku cakap mungkin sebab pagi tadi Rizqi df kul 6.15, so belum ckup produce sangat la kot. aku pun simpan la.

LDR Power Pumping Day 1

Power pumping Day 1 : Pump each breast 10minutes

LDR + Pumped EBM Power Pumping Day 1

Sesi kedua pun aku dapat sikit jugak dalam 2.5oz je. aku dah tak sedap hati. Sesi ketiga and keempat pun sama. So hari Isnin tu aku dapat bawa balik 3btol yg setiap satunya 100ml je. Mana cukup Rizqi perlukan 5botol. 2 botol 2.5oz(80ml) 3 botol lagi 100ml stiap satu. So terpaksa la malam tu aku mengepam susu sambil df Rizqi.  Tapi sampai ke pagi esoknya, susu tetap x ckup walupun aku bekal 5botol sebab stiap satu botol xckup isipadu yg sepatutnya. Even time Rizqi tgh menyusu bahagian blah kiri pun die ngamuk. Macam susu aku xkeluar dan dia tak puas. Bila pam malam pun susu blah kiri memang keluar beberapa titik je. Macam dan kering. Petang tu dalam kul 4 pengasuh nursery msg btau susu tak cukup. Tapi nasib baik la aku dah nak balik dah 4.30ptg. So aku trus gerak dari opis, sampai nursery dalam kul 5, depan2 umah org tu aku df Rizqi. Sebab Rizqi ni kalau perutnya lapar dia akan cepat mengamuk, dah la perjalanan ke rumah nak kena tempuh jem lagi. Ade kang bontot Merc or BMW yang aku akan cium jap lagi.

Power Pumping session Day 2
Owh lupa lagi, hari Selasa dan Rabu pun sama jugak hasil pengepaman susu yang aku dapat bawa balik malah makin sikit. Jadi aku pun whatsapp Kak Yati, consultant Shaklee yang mmg selalu bantu aku. aku cerita la masalah aku dari A-Z. Dia pun xpasti puncanya susu aku merudum macam tu sekali. Dia cakap mungkin sebab aku minum kopi kot. (aku baru je 4hari berturut minum kopiko LA coffee secwan setiap hari). Jadi dia nasihatkan berhenti minum kopi dulu sementara and try buat power pumping. Jadi ari Khamis aku sampai opis trus aku buat power pumping. Ash mmg sampai awal dan opis aku bebudak akan sampai dalam kul 10 so sebelum dorg sampai, aku pun start la projek, hehehe.

Power Pumping session Day 3
Alhamdulillah, teknik benar-benar memberi kesan, susu aku dh kembali meriah. Maksud aku kembali ke kuantiti normal yg selalu aku dapat. Malah pada sesi yg ketiga aku berjaya dapat extra 2oz. Syukur alhamdulillah. Aku seronok and gembira, itu lagi membuatkan susu aku dihasilkan dengn cepat and banyak. Yela nak maintain susu kene tenang ye, tak boleh stress. Aku pun whatsapp Kak Yati, die pun gembira dengar. So starting dari hari itu, aku akan selalu buat power pumping setiap hari di waktu pagi dalam kul 8 camtu and stiap kali pump aku akan extrakan masa pump. Dulu just 10minutes for each breast, now i buat 15-20minit setiap pam. Kalau betul2 tak sempat aku akan buat sebelah malamnya nak menjelang ke Subuh. Jadi kepada mommy yang masih ragu-ragu dengan teknik Power Pumping ni or macam malas je nak buat, try dan buatlah sedisplin yang mungkin k. Seminggu dua kali or seminggu sekali pun cukup kot. Dan jangan pulak bila pertama kali buat dah trus nak hasilnye banyak. Bersabar. Setiap ibu lain, jadi mungkin ada yang lambat sikit de yang cepat k. Jangan putus asa.

Kalau de pape pertanyaan boleh je tinggalkan komen di bwah k...

Thanks for Viewing!!!

No comments:

Post a Comment