Seriusly memang tak tertahan dah air mata ni. Penat la nk ikut cakap orang sana sini. Orang tu cakap ini, orang tu cakap itu. Kalau kita membantah atau langgar peraturan mereka, mulalah kita akan ditegur, mulalah kita akan dipulau. Skype tak balas, message tak reply...bila call pun macam nak tak nak je.
Senang cita kita akan jadi umpatan orang. Salah orang memang senang sangat kita nak nampak. Tapi salah diri sendiri seboleh-bolehnya nak ditutup. Bila kuasa di tangan salah diri sendiri dibolehkan. Tanpa disedari kita menegur orang yang buat perkara sama je macam kita. Orang tu bersalah melayari internet sewaktu kerja, layan youtube, online facebook, keluar lunch balik lewat sampai berejam, tapi salah diri sendiri siapa yang mahu mengaku. Salah orang je yang kita ambil kira, sebab kita rasa diri kita betul. Ambil cuti pun tak boleh. Perlu dapatkan approval dulu. Tapi kalau diri dia, tak pa...dah notify dah. Owh anak sakit so tak boleh nak datang. Tapi anak orang sakit "owh nursery kan boleh jaga..." hmmm inilah dunia aku sekarang.
Owh peti ais langsung tak boleh penuh. Kalau penuh dengan harta orang lain "EEE...sape punya barang banyak sangat dalam peti ais ni???" Kerja perlukan berkat. Owh berkat ye...kalau dah mengumpat orang...mana datang berkatnya? kalau dah dengki dengan orang mana datang berkatnya?
owh satu lagi...bila dah pegang kunci, mestilah kena datang awal...nanti staff lain nak msuk macam mn..hmm aku sorg je kot yang pegang kunci dalam ni...ok so aku sorg je la yang perlu datang awal...
hmm tak pela...segala teguran tu akan ku jadikan batu lonjatan untuk aku berjaya. Aku tahu aku pun mengumpat dalam blog ni. Tapi aku kalau tak luahkan kemarahan, kesedihan aku akan membuak-buak. Prestasi aku memang sangat teruk sekarang ni. Tapi tak pa akan ku tunjuk pada kamu semua yang aku betul dan aku akan berjaya walaupun kamu semua sangsi dengan aku. Jangan isau kalau aku berjaya aku akan ingat teguran kalian tu. Susah senang aku, tiada siapa yang tahu. Aku dah serik nk share lagi kesusahan yang aku tanggung sebab at the end aku juga yang akan dimarahi aku juga disalahkan. Aku sedar...
Owh maafkan aku jika aku akan berubah mulai hari ni. kerana jika aku berubah kalian semua akan terasa. Aku tak kisah tentang perasaan kalian kerana aku kisahkan hanya diriku sebab kalian tak pernah kisahkan aku. So terima je la.