Thursday, July 26, 2012

Tukar username Maybank2u kne tukar kad ATM sekali!!

Malam tadi ash gelabah bila ash dapati Kad ATM Maybank ash takde dalam wallet. Aiyoo puas la ash memikir mana la pulak ash letak kad ni. Ash tak perasan yang kad ATM Maybank ash hilang sebab ash simpan dalam wallet sekali dengan kad ATM Maybank En Hubby. Tup tup malam tadi En Hubby nak kad nya sebab hari ni En Hubby travel ke Ipoh so nak withdraw duit.

Dalam panik ash cuba pujuk hati maybe tertinggal dalam beg organizer kat opis kot, sebab ash memang tinggalkan beg laptop yang ade sekali organizer dalam tuh. So pagi ni sampai opis ash pun punggah semua barangan dalam beg laptop tuh tapi hampa. Ala....sah hilang. Mungkin tercicir. Aduss acaner johan la....

Langkah pertama ash trus google no Customer Service Maybank. Punya la melilau mencari no sekali tekan satu link yang membawa ash ke page Maybank2u. Aiyoo dah selalu log in Maybank2u ash boleh lupa yang dalam page tu kan ade customer service no. Tak payah la taip dalam google serach box "Customer Service Maybank". Mengong sekejap yela dah gelabah sebab kad ATM ash tu kad Debit. Tapi nasib baik balance tinggal RM4.00++. Hahaha malu nak btau sebenarnya......

nampak tak dalam box merah tu?
So ash pun call la nombor tertera di atas tuh untuk block my ATM card. Staff yang menguruskan pembatalan kad ATM tu sangat friendly and dia minta identification and bertanyakan beberapa soalan confirmation untuk mengenal pasti adakah kita ni pemegang kad atau akaun yang sah. Yela nak mengelakkan fraud. Selepas semua sah, kad ash pun selamat di block. Fuh lega...tapi ash nak kne g Maybank Branch tuk buat kad ATM baru.

Sampai di Maybank Mutiara Damansara, nasib baik orang tak ramai. Ash pun trus ke kaunter pertanyaan. Ash kne isi borang, ala isi nama and no ic je and then tunggu giliran di panggil. Tak sampai 5minit pun no ash di panggil so ash pun start la bercerita pada staff kat situ. Dia pun cakap "Kalau buat kad baru kene charge RM12.00 and tolak dari akaun." Oklah nak buat cmne kan. Dalam masa lebih kurang 15minit ash dah dapat dah kad baru. Ash kne la ke ATM machine tuk tukar pin no lain. huhu setel satu benda dah...Barulah ash tenang. Yela lagi dua hari je gaji masuk weh.

kad ATM baru ash, ingat kan dapat la edisi MU =(


Ash g ngn kawan ash, Akma kebetulan akma nak tukar Username Maybank2u nya sebab username die menggunakan nama bf dahulu kala. So timbulah la konflik ngn tunang nya yang baharu..hehe Time ash dah siap tuh Akma tak siap lagi. Ash pelik sebab die kne tukar pin no ATM card jugak. Rupanye kalau nak tukar username maybank2u bukan simply reset je. Dengan kad ATM sekali kne tukar and sama juga kne charge RM12.00 gak. Lor.....giler kentang sampai macam tu sekali procedure die. Mungkin nak mengelakkan penipuan jugak kot. Secure important ma...

Oleh itu kepada sesiapa yang tengah hangat bercinta tuh, jangan la menggunakan nama pasangan anda sebagai username untuk akaun anda tak kira la akaun bank ke, akaun facebook ke or apa saja. Belom confirm kita akan sehidup semati dengan first love kita. Jodoh semua di tangan Allah.....Nanti dapat kekasih/tunang/suami baru yang kuat cemburu kan dah jadi isu...huhu

Thank for Viewing!!

5 comments:

  1. kalau kita nk tukar nama yang tersilap eja pulak mcm mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, sama juga still kena pergi ke kaunter dan tukar kad baru. Bila tukar kad baru procedure sama la seperti di atas.

      Delete
  2. Nk tnye klau nk tkr no hp mcm mane ye..prlu ke atm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi umie, maksud umie, no tuk TAC ye? yup just go to the atm machine. Ash tak ingat steps, tapi pilih TAC
      -> update no phone

      Tapi kadang-kadang kalau no phone kita gagal di hubungi pihak bank, masa kita gunakan kad atm dia akan minta kita update sebelum benarkan kita membuat transaction.

      Delete
  3. Kalau terlupa password maybank2u kena call cstmer service jugrk ke? kalau kena call dia tanya apa je?

    ReplyDelete