Thursday, July 12, 2012

Penting: Apa itu Keputihan?

Seperti semua sedia maklum, keputihan adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi wanita. Penyakit keputihan ini menyerang tidak kira usia muda mahupun berumur. Kebanyakkan wanita mengalami nya cuma serius atau tidak.

Keputihan ini disebabkan jangkitan jangkitan yis (Candida) atau bakteria (bacterial vaginosis). Hal ini akan menyebabkan bahagian sulit kita mengeluarkan bau yang tak sedap, keluarnya cairan berwarna putih kekuningan, gatal, rasa terbakar bahkan hingga menjadi bengkak.

Source: Google
Bacterial vaginosis (BV) adalah jangkitan yang paling biasa berlaku di kawasan vagina dan ia menyebabkan seseorang jadi tidak selesa disebabkan penghasilan cecair berbau dan rasa gatal di kawasan vagina. Perkara ini berlaku disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan di kawasan vagina dan ia boleh menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa dan tidak bersih. Tambahan pula, BV amat sukar untuk dirawat. Penyakit yang digambarkan dengan perkataan “osis” atau “itis” pada hujungnya biasanya mewakili keadaan yang kronik atau tiba-tiba bersama kewujudan inflamasi(radang). Walaupun telah banyak antibiotik yang telah diguna ia tetap sukar untuk disingkirkan.

Bagaimana pula dengan Jangkitan Yis???

Candida albicans, iaitu kulat beryis dan strain Candida lain biasanya terdapat dalam trek pencernaan, usus, mulut, tengkok dan trek genitourinari (berkaitan saluran kencing). Candida albicans merupakan flora yang terdapat di usus mempunyai fungsi-fungsi yang positif seperti melindungi sistem pencernaan daripada bakteria yang merbahaya. Candida mampu mengenalpasti dan membunuh bakteria dan patogen lain yang merbahaya dalam saluran usus. Dalam keadaan normal, seseorang memiliki berjuta-juta Candida yang memberikan manfaat pada seseorang individu.

Ketakseimbangan hormon (seperti ketika haid), pengambilan antibiotik, ubat preskripsi, steroid dan juga pil perancang keluarga juga boleh mencetuskan pembentukan jangkitan yis. Faktor cara hidup seperti tekanan, kebersihan, aktiviti seksual dan juga pakaian yang dipakai boleh membantu dan meransang pertumbuhan Candida yang berlebihan.

Oleh itu setiap wanita tidak boleh memandang remeh tentang masalah keputihan ini kerana keputihan boleh menjadi serius jika tidak ditanganni dengan baik. Ikuti entry akan datang untuk mengenal pasti simtom-simtom keputihan.

Thanks for Viewing!!!

No comments:

Post a Comment