Showing posts with label Tips kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips kurus. Show all posts

Monday, May 11, 2015

#Shaklee : Cara pengambilan Set Kurus Shaklee (budget set)

Bismillahirrahmannirahim.
Assalammualaikum wbt. Selamat pagi semua.
Alhamdulillah berjumpa lagi kita, panjang umur kita, di hari Isnin permulaan minggu yang baik dari minggu yang sebelum. Insyaallah.



Jom pagi ni Ash nk cerita tentang Set Kurus Shaklee yang paling simple dah murah je.
Apa yang ada dalam set ni? Ada ESP (Hot Selling), Alfalfa dan Lecithin je. Set ini pun sesuai untuk ibu-ibu yang masih lagi berpantang atau masih menyusukan bayi. Insyaallah boleh kurus.

Ok kalau ikut logiknya, macam sebelum ni, Ash ada post entry berkenaan cara minum ESP untuk kurus, so logik itu juga lah Ash gunakan dalam pengambilan set ini. Bagi Ash untuk kurus jadi kita kena disiplin tinggi tau. Pengambilan yang konsisten akan memudahkan dan mempercepat proses penurunan berat badan kita.

Jadi perkara pertama perlu diingat adalah 3 konsep ini: Bakar, Buang dan Bina.



"Bakar" dengan Lecithin.

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 




"Buang" dengan Alfalfa.

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.




"Bina" dengan ESP.

Walaupun kaedah pembinaan otot melalui ESP tidak sehebat Cinch Shake tapi ESP adalah sumber protein yang masih boleh membantu dalam pembinaan semula otot supaya tidak menggeleber.

Jadi dalam seharian, rutin pemakanan 3 suplement boleh di atur seperti di bawah:

30minit sebelum makan tengah hari - minum ESP
30minit selepas makan tengah hari - 3biji Lecithin
Minum air masak banyak
1 jam selepas makan Lecithin - 3biji Alfalfa

30minit sebelum makan malam - minum ESP
30minit selepas makan tengah hari - 3biji Lecithin
minum air masak banyak
1jam selepas makan Lecithin - 2-3Alfalfa



Cara-cara di atas hanyalah cadangan dari saya mengikut pengamalan Ash. Alhamdulillah Ash sesuai dengan cara begini. Ada juga pengamal Shaklee yang makan Lecithin sebelum makan, Alfalfa pula selepas makan, or makan Alfalfa dulu baru Lecithin, atau kedua-dua sebelum makan. Bagaimana cara sekali pun kita perlu cuba kerana ia mengikut kesesuaian badan kita. Kadar penyerapan badan kita juga tidak sama. Jadi kita cara yang kita amalkan sekarang tidak berkesan jadi cuba pula kaedah lain. Insyaallah berjaya ye.

Ada apa-apa pertanyaan or tempahan sekalipun boleh comment di ruangan komen di bawah ye or Whatsapp/Sms Ash: 017.728.6585. Ash sedia membantu anda semua. Sharing is caring!!

Till Then ~~



Wednesday, April 16, 2014

#Tips : Amalan Diet yang boleh korang cuba.

Tengah-tengah buat kerja opis tadi, tergerak pula nak google, pasal losyen Anugerah. Untuk pengetahuan semua sebelum bersalin lagi Ash dah gunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah.
Tapi nanti la Ash cerita pasal losyen tu k Sebab entry kali ni pendek je.

Tadi de terbaca dari sebuah blog tentang diet yang tidak memerlukan senaman. Tapi agak extreme juga la. Tapi mana yang Ash rasa ok itu shj yang Ash kongsikan k. And kebetulan pula ada juga yang Ash memang dah amalkan.

Basically, time makan kita ni ada 3 phase:

Detoxification Phase (Fasa Detoksifikasi) - 6 a.m - 12 p.m
Seeloknya 1 jam ke 11/2 jam ambilah sarapan.
Jangan biarkan melebihi 2jam perut kita berlapar, kerana 5% kadar metabolism kita akan jatuh.
Selain dari itu, kita akan mempunyai nafsu yang sangat tinggi dan membuatkan kita makan dengan lebih banyak.

Sarapan yang disyorkan:-
Buahan-buahan
Roti wholemeal
Jacob crackers

Nota: Yogurt kurang sesuai bagi yang gemuk air. (not sure why will update)

(Ash selalu pagi memang makan berat terus, mee goreng, bihun, maggi goreng tapi sekarang dah kurang makan nasi lemak)

Digestion Phase (Fasa Perncernaan) - 12 p.m - 8 p.m
Snacks - 3jam selepas sarapan - seeloknya buah-buahan/biskut
Lunch
1 gengam nasi, lauk banyak tak pa terutamanya sumber protein kerana protein ini melambatkan rasa lapar.
Jangan dilupa sayur-sayuran penting whoooaaaa
Snacks - 3jam selepas lunch - seeloknya biskut
Dinner
* kurangkan memakan karbohidrat, seeloknya makan yang mudah dihadam. Cth makan lauk shj.
Kalau nak makan nasi juga, still kuantitinya segenggam kalau boleh jangan melebih jam 7 p.m sebab lambat dah tu nak dihadam.


Absorption Phase (Fasa penyerapan) - 8 p.m - 4 p.m
Boleh minum air masak, coklat, barli, susu kerana kadar penyerapan time ni tinggi.
Tapi selepas pukul 10 p.m jangan minum air banyak k. Sebab air akn terkumpul dalam badan dan menyebabkan kita buncit, boroi dan menyebabkan kita lesu di pagi hari.

Kalau sebelum pukul 10malam memang bagus minum air masak banyak sekurangnya 3-4liter sehari. Minum air yang cukup dapat membantu membuang air yang berlebihan dalam badan. Sambil air berlebihan tu keluar, keluar juga la toksin dan lemak-lemak yang membuatkan kita kurus selepas itu. hehehe
Oklah nak sambung keje. Ash hanya berkongsi apa yang Ash bace. Kalau rasa logik boleh cuba k dan sharekan die comment bawah supaya ramai yang boleh cuba juga jika berhasil

Yang pasti ini lah yang Ash amalkan selepas bersalin tetapi dengan sedikit bantuan Shaklee dan juga Anugerah.

Thanks for Viewing!!!

Wednesday, March 19, 2014

#Shaklee: Makan set slim shaklee tapi tak kurus...hmmm

Hi salam semua yang dikasihi.
Ash terpanggil untuk menulis entry kali ni bila pagi tadi ash call seorang kawan ash yang membeli set slim budget Shaklee which consists of ESP, Alfalfa and  Lecithin.
Yang ash terkejutnya dah 2bulan juga la die ambil set ni. and pagi tadi lagi sekali dia cakap dia stop ambil shaklee dulu sebab beratnya naik.

Adoiii...ni kali kedua dah. Sebab bulan lepas ash ada juga call bertanya khabar pun dia cakap berhenti. Tapi ash consult semula tanya cara pengambilan and pemakanan harian dia. So ash guide semula tuk ambil Shaklee dengan betul. Alhamdulillah selama semnggu tu berjaya la turun semula. Tapi arini dia cakap dia tak berjaya kawal nafsu makan dan beratnya naik semula.

Ok kawan-kawan sekalian sebelum anda berdiet anda perlu la tahu yang sebenarnya kalau anda berdiet yang salah dengan menahan diri anda dari makan or makan dengan kuantiti yng sedikit dari yang sepatutnya or kurangkan waktu makan akan membuatkan badan anda kehilangan zat or kalori yang secukupnya. Jadi bila badan letih lemah, mula kita akan craving tuk bende makanan yang tinggi kalori, tinggi gula, minyak untuk menggantikan semua yang hilang or tidak cukup tu dalam waktu yang singkat. Contohnye dulu ash akan sentiasa letih dan apa yang ash akan buat ash akan minum ribena or coke satu tin untuk dapat gula yang cukup tuk tenaga ash hari itu. Tapi ash kurang bersenam, tenaga dari air ribena or coke tu tak sempat habis dipakai pun badan ash, so nak tak nak tersimpan la ia menjadi lemak dan seterusnya dalam masa sebulan lagi bertukar menjadi lemak tepu pula. So akhir bulan, timbang naik berkilo-kilo.

Jadi bagi sesiapa yang mahu menguruskan diet jangan la skip makan. Makan ni bagus tuk menaikkan metabolism dalam badan kita. Cuma kita perlu kawal ape jenis makanan yang kita ambil dan kurangkan kuantiti makanan yang kurang berkhasiat ni. Banyakkan sayur dan buahan. Ni tak bila bab suh makan nasi yang lebih, ikan besar, sayur ciput. Sihat mende namanya tu. Tahu tak kegunaan sayur and buahan tu sebenarnya? Sila lah google ye kalau tak tahu. So bila tak kawal makan, walau makan mak nenek supplement pun takkan kurus. Mana taknya: makan tengah hari 100% lemak/kalori, minum ESP tuk bakar lemak 35% je. so yang lagi 65% tu kalau tak exercise, tak berpeluh mana nak dicampaknya lemak tu? Jadi kalau logiknya, jika ambil makan yang mengandungi 50% or less lemak/kalori dibakar plak oleh ESP 35% so now dah tnggal berapa dah lemak dari makanan yang kita makan tadi? 15% je kan? Turun naik tangga, berjalan ke tandas 5kali sehari kan dah boleh dah bakar 15% lemak yang tinggal berbanding 65% yang atas tadi tu.

So pokok pangkalnya kalau nak kurus tu sume kalau tak disertai usaha yang kuat takkan berjaya. Then satu lagi de juga yang belum cuba dah tak yakin or pernah cuba tapi gagal at the end salahkan produk or org yang jual. Semua orang lain ragam badannya. Jadi tugas diri sendiri la yang perlu mengenal diri tu and mencari apa yang sesuai tuk badan kita. Orang lain yang menjual or suggest tu selalunya dah pernah cuba dan berjaya jadi maksudnya memang sesuai la dengan badannya. Jadi kita ni kalau tak berjaya tolong la tanya diri dulu apa yang salah sebelum menunding jari menyalahkan orang. Anda sendiri yang nak cuba, nak ambil risiko dan membelanjakan duit anda jadi kalau tak berjaya kenapa perlu salahkan orang lain? Cam ade kawan ni dia cakap dh pernah ambil macam-macam dah, tapi tak berjaya termasuklah pernah ambil herbalife, tapi tak kurus juga, then ash suggest la try shaklee then bleh plak "Terasa nak cuba lah tapi kalau tak berjaya saya salahkan awak..." What the.......??? huhu Ape yang dah jadi dengan phrase "Terasa nak cuba.........bla bla bla"? Diri sendiri yang nak, ash tak paksa, cume cadang boleh ditolak dengan baik jadi kalau tak berjaya perlu ke ash yang disalahkan? Kenapa ash yang dulu ambil Herbalife boleh berjaya kurus, kawan lain pun sama. Sekarang ash dan kawan2 lain ambil Shaklee pun berjaya. Sume nya tepuk dada tanya selera!!! (eh kena ke dengan maksd ayat tadi?? huhu)

Lastly, bagi kawan-kawan yang ske skip makan or lewatkan waktu makan ni, jangan harap la ye bleh dapat berat yang di targetkan. Bila orang cakap perlu sarapan, sila la sarapan dalam range 7-9pagi. Kalau kul 10 baru nak breakfast, tu bukan breakfast lagi dah. Makan tengah hari dah. Orang selalu buat begini akan cenderung tuk makan lebih banyak. Sebab badannya dah dibiarkan lapar dengan terlalu lama. Ini salah ye. Jadi macam mana metabolism anda nak naik? Makan la ikut masa. Time makan, makan, time tidur tidur. Ni tak dinner kul 10malam. Balik kul 11 terus tido. Hmm perut pun marah sebab kul 10 tu waktu tidur dan rehat die dah. Tahukan perut kita ambil masa sekurang-kurangya 4jam tuk pencernaan? Tak tahu sila la google. Jadi makan la dalam range kul 6-8 malam. Jadi sempat la perut nak menghadam makanan tuk. Tak da la semuanya bertukar lemak.

So enough of celoteh. Sila kaji semula ye cara hidup, pemakanan, pengambilan supplement anda. Ramai yang dah berjaya, jadi anda pun kena la pastikan diri anda berjaya. Dah beli produk memahal takkan nak membazir. Baru pakai sehari dua jangan harapkan result yang sama macam orang dah pakai 1tahun. Kan tak betul tu. Pape msg or email or comment la bawah ni ye. Ash akan membantu sedaya mungkin. daa~~~

Thanks for Viewing!!!


Thursday, March 6, 2014

#Shaklee: ESP tengah murah uols...


Jom-jom promo bulan Mac ni, Hot -Selling item ESP. Huish berbaloi kalau beli time ni. Tersangat murah.

Mai la order dengan Ash, Ash akan beri harga yang murah pada uols.

Maaf la tak leh nak tulis panjang lebar. Tengah koje...hhuhu...jumpa lagi nanti. ye...

Thanks for Viewing !!!


Wednesday, February 19, 2014

#Shaklee : Cara minum ESP Shaklee untuk kurus

Salam semua, and good afternoon.

Dah lunch? Ash belum lagi. Sekejap lagi lebih kurang 30minit lagi ash akan keluar lunch bersama rakan office. Kenapa 30minit lagi? sebab ash baru je minum ESP. hehehe bagi la ESP diserap dengan baik dulu untuk badan ash mendapat segala khasiat dari ESP ni. (ayat tak menahan betul)

Owh tujuan entry hari ni, ash just nak share cara nak ambil ESP ni. Especially bagi sesiapa yang mahu kurus. Sebab ash pun pernah salah juga semasa mula-mula consume ESP ni. Berat tak turun, nafsu makan pula yang bertambah akhirnya bertambah la KG. ohh tidaaaakkkk. I have to do something then start googling. Tapi sangat la payah tuk mencari cara memakan ESP untuk kurus. Rata-rata banyak tulis "Cara penyediaan ESP Shaklee, Resespi ESP sedap". Kalau de orang yang macam ash mungkin jumpa masalah yang sama kan? (hehehe ke aku sorg je?)

ESP ash, campur air suam je. Dah cukup dah sebelum makan

Enough celoteh. Ok continue to the entry body...

Kalau nak kurus, "Ambil ESP before kamu makan okeh...tak kisah la setengah jam ke 15minit ke...asalkan sebelum makan.."

Kenapa? "sebab ESP ni protein yang boleh memanjangkan rasa kenyang. jadi once korang kekedai makan korang takkan ambil nasi segunung, lauk selautan. huhu faham!!!" Then selepas makan boleh la ambil Lecithin dan Alfalfa tuk pembakaran lemak dan pembuangan toksin dalam badan kamu tu.

Bagi sesiapa yang mahu menambah berat sila ambil selepas makan, gerenti menti, korang akan nak makan lagi selepas tu. hahaha. (aku pernah alaminya, seyes memang cepat lapar lepas makan amik ESP. huiyo... nak ngunyah je weh...tak henti)

Bekalan ESP ash di office mahupun dimana shaja. Tak perlu usung canister gabak tuh.
Logiknye??? Selepas makan badan korang bekerja tuk menghadamkan makanan korang, jd kalori korang pn digunakan dalam proses ni. Jadi bila korang tambah lagi dengan ESP yang sememangnye membakar 35% kalori korang tu bukan ke double up kalori/tenang/makanan korang dibakar or digunakan. So bila sume tu tak cukup badan akan request korang tuk makan. Mula nafsu korang terhadap bende manis/bergula/yummylicious tu membuak sebab perlukan kalori yang lebih. hahahha

Ini yang aku terpikirkan sendiri la. Tapi mmg betul. Dulu aku semakin tertarik dengan bnde bergula, nak lepas makan je nk sape Kek Coklat Anis Moist sekotak. Tak pun Red Velvet. Huiyo...tak bleh tahan la. Tapi hari ni tidak lagi sebab even tgh tulis entry ni tak terpikir pn nak beli kek tu or coklat or air manis. Sebab sy kenyang dengan ESP. huhu.

Belum cuba belum tahu k. Ash sekadar berkongsi apa yang ash rasa logik dan berdasarkan pengalaman. Jadi kalau ada yang salah tu boleh comment tu and sekiranya berjaya pun boleh komen k.
Oklah nak g makan tengah hari. Walaupun nak kurus jangan skip makan k, kurang kuantiti tu yang perlu.

Thanks for Viewing!!!


Saturday, November 30, 2013

#Shaklee : Kurus dengan hanya menyusu kan bayi .. betul ke?

Hi all,

Memang betul menyusukan bayi selepas bersalin dapat mengembalikan bentuk asal seorang ibu kepada bentuk badan sebelum dia mengandung. Malah ada juga ibu yang berjaya mendapatkan semula berat asal seperti mula sebelum kahwin. Zaman muda, anak dara gitu. Siapa yang tak mahu kan??

Menyusukan anak sehari dapat membakar kalori di dalam badan, 200-500 kalori per sesi. Sebab itulah ibu akan sentiasa berasa lapar, cepat lapar. Oleh hal demikian, kita akan makan lebih kerap. Makan dengan lebih kerap ini pula dapat membantu mempercepatkan atau mempertingkat kadar metabolisma dalam badan. Jadi banyak la lemak yang baru di makan or lemak yang lama digunakan sebagai tenaga si ibu. 

Tapi tak semua orang badannya sama, ada juga yang tidak berjaya menurunkan berat badan. Mungkin ada silap nya di mana-mana. Gaya pemakanan, kehidupan seharian, faktor genetik/keturunan malah cara berpantang pun mungkin boleh mengakibatkan berat badan tak turun-turun walaupun menyusukan anak secara esklusif selama 2 tahun. 

Jangan risau, mungkin Set Kurus dari Shaklee dapat membantu anda. Jika anda konsisten dan mengamalkan diet dan cara kehidupan yang sihat, insyaallah badan anda akan kekal langsing walaupun selepas tidak menggunakan produk ini lagi. Yang berbaloi-baloi, produk ini sekali beli boleh tahan selama 3-4 bulan (bagi yang begitu cermat/jimat). 

Supplement untuk Set Kurus Shaklee :-



* Lecithin dan Alfalfa adalah suplement wajib untuk anda ambil sekiranya mahu kurus disamping menyusukan anak. Dan sebagai tambahan (jika berkemampuan or ada budget lebih) ambil sekali ESP.


Ramai sudah berpuas hati dengan hasil dari menggunakan ketiga-tiga produk di atas dan saya juga tidak terkecuali. Memang berbaloi. Apa tunggu lagi, cepat-cepat tempah Set Kurus Shaklee anda. Jangan bimbang tentang harga, saya akan memberikan konsultasi dan harga yang terbaik mengikut budget anda.