Showing posts with label Pregnancy Tips. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy Tips. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

#Shaklee : Set Hamil...ternyata berkesan bagi ash...

Salam semua, morning...Untuk pengetahuan semua aku sekarang dah jadi pengedar sah Shaklee. hehe gila kuasa kan, semua mahu. Herbalife mahu, Shaklee mahu hehe tapi ada aku kisah.

Hari ni aku nak cerita pengalaman pertama aku bersama Shaklee. Time tu aku dah kahwin dekat setahun. Tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Tanda-tanda pun tiada. Yang ada hanyalah nafsu kuat makan yang semakin membuak-buak membuatkan aku gemuk. Serius selepas kahwin, banyak baju yang aku tak boleh nak pakai. Kalau pakai jugak macam nangka. Ditambah pula dengan persoalan-persoalan tentang "Bila nak ada baby...??" dan "Belum ada isi ke??" membuatkan aku lagi tensi tahap gaban dan kebetulan pula time tuh keje dekat HRSC lagi la. Setiap malam akan menangis bila bercerita dengan Hubby.

Owh sebelum aku terlupa, disebabkan aku tension, makan tak kawal, tidur, rehat tak cukup, aku menghadapi keputihan yang amat serius. Serius disini memang serius ok. Gatal dia huiyooo...dan membuatkan aku hilang mood bila nak bersama dgn suami aku. So aku pun menggoogle sekali terjumpa la dengan sbuah blog (tapi dah tak ingat...rasanya blog ibu cergas) yang mengatakan alfalfa dari Shaklee boleh merawat dan mengurangkan keputihan.  Jadi tengah hari tu time lunch aku ke farmasi, mencari Alfalfa Shaklee, ternyata Shaklee brand tiada dijual die farmasi, guardian or watson. Nak tak nak aku pun menghantar email kepada empunya blog. Jadi kakak tu sangat ramah dan berikan aku penerangan dah suggestion. Jadi dia suggest aku ambil trial pack dan masa Trial pack untuk set Hamil ni rm170 ke 270 cmtu la. Dah tak ingat huhu...Trial pack ini untuk sebulan. Alhamdulillah selepas menggunakan Shaklee keputihan beransur pulih dan aku disahkan hamil pada 26 Nov 2012(its on my birthday). Memang hadiah hari jadi paling indah seumur hidup bila dapat tahu yang dalam rahim aku ada baby.

Jadi selepas itu aku pun terus menggunakan produk Shaklee sehingga sekarang selepas bersalin pun masih mengamalkan mutivitamin ini untuk kesihatan badan. Suami aku pun dah mula mengambil suplemen ini apabila dia dapat rasakan sendiri perubahan terhadap dirinya apabila mula-mula aku paksa dia makan hehehe.

Set di atas adalah set pertama yang aku ambil. Set Hamil asas + alfalfa(keputihan)

Owh lupa plak, suplement set yang pertama aku makan adalah, B-Complex (until today), Vit-C (500mg), Vita-Lea dan Alfalfa Complex(untuk keputihan). Alhamdulillah dengan gabungan 4 suplement dari Shaklee ni masalah keputihan berkurangan, tidak serius lagi dan aku berjaya hamil dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Aku bukan suruh kamu semua diluar sana percaya 100% terhadap suplement or multivitamin ini tapi kita perlu selidik apa kekurangan, masalah pada diri kita dan tak salah kalau kita berusaha memperbaiki nya. Mungkin masa tu aku susah nak hamil mungkin disebabkan keputihan tu atau berat badan yang overweight, atau tension, mood swing yang tak menentu. Semua tu boleh jadi punca. Jadi aku mengambil langkah untuk menyihatkan dahulu badan aku, baiki sel dalaman yang patut dan dengan izin Allah S.W.T sesiapa shj boleh hamil sekiranya telah bersedia.


Tuesday, June 4, 2013

Work from home...Damansara...

Hari ni sehingga la kaki aku baik, aku akan bekerja dari rumah...Tak larat n takut sebenarnya nak drive ke tempat keje setiap hari while my knee still in bad condition.

Apsal ngan kaki aku?? Sebenarnya seminggu yang lepas aku tergelincir depan kedai makan masa turun tangga kedai makan tuh. Pakai selipar and jalan tar tu plak lecak...so licin...and pappp...ligamen aku koyak or lari kot...sakitnye Allah je yang tahu masa tuh. Time tu aku ngan hubby and adik lelaki ipar aku. Ramai orang dekat kedai tu tengok. Tapi macam biasa la tolong tengok je la.

Dulu time sekolah menengah lutut sebelah kiri aku yang jadi camni. Sekarang lutut kanan plak. Tetiba masa time tengah sakit-sakit tuh, datang seorang mak cik yang aku tak kenal terus die baca-baca something dekat kaki kanan aku. Menggigil kau!! Dah la time senja-senja plak aku jatuh. Lepas mak cik tu abis baca-baca hubby and adik ipar aku angkat bawa masuk kete. Hubby aku ucap la terima kasih pada mak cik tuh but no respon at all from her. Terus je dia naik kete dia. Dalam hati aku, "dia nampak tepi aku de hantu ke or sbnrnye de hantu yang tolak aku jatuh??"

Tanpa buang masa kitorang terus p Hospital Serdang untuk rawatan. Yela takutkan kandungan aku. Jatuh terhentak walaupun tak berapa kuat sebab aku sempat berpaut pada suami aku sebelum terduduk tuh. Tapi dah 3 kali dah aku jatuh huhu dalam 4 hari tuh. Nak di jadikan cerita sampai hospital masuk emergency hall, doktor ortho cakap tak leh buat pape sebab tengah sakit. Dapat bandage and kena datang balik tuk Ortho appoinment 2minggu lagi. Adoi... so yg mampu time tuh tunggu pakar sakit puan mai. Nak check baby.

Alhamdulillah doktor sakit puan cakap, baby sihat. Semua ok. Tapi aku di nasihatkan stay wad tuk monitoring. So duduk la aku wad semalam. Duduk wad E5 katil 18, wad bersalin. Adala kakak-kakak yang baru lepas bersalin dalam tuh. Sayu je aku dengar baby baru lahir menagis. Lapar la tuh. Tak sabar plak nak tunggu my unborn baby ni lahir. Hope sampai masa semua berjalan dengan lancar dan selamat la hendaknya.

Esoknya doktor datang buat round, and tanya kondisi aku, buat CTG tuk baby, and semua ok. Time melawat tengah hari my hubby, adik ipar and my mother (from Tangkak) datang. Dah pesan dah dekat hubby jangan bagi ibu datang. Tak da serius sangat pun. Kaki je ssah nak jalan. Sakit. takut ligamen lari lagi.
Lepas tu dalam kul 2 pn aku dah boleh discharge dah. Dapat la MC selama semnggu.

Semalam aku test drive p keje tapi tak boleh la. Kaki aku cramp, tak leh bengkok and tak selesa duduk lama dekat opis. Request dekat manager to work from home. Thah why la im at home rite now...huhu tapi buat masa ni tumpang umah mak long at Damansara sebab umah aku Unifi belom setup agi. Hope orang TM datang la pasang in 3 days time...huhu

Friday, May 4, 2012

I'm so down...down...down...


Just a short entry post from me...today is friday i'm so D.O.W.N...

Reason :
8 out 10 of my newly wed friends already pregnant accept me =(

Sometime....Tensionnn douhh....!!!

But maybe it is not my time yet...i need to be patient and be prepared as prepared as i could.
Chill gurl...kalau ade rezeki nanti adalah kan!!

Thank for Viewing!!!