Hari ni aku nak cerita pengalaman pertama aku bersama Shaklee. Time tu aku dah kahwin dekat setahun. Tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Tanda-tanda pun tiada. Yang ada hanyalah nafsu kuat makan yang semakin membuak-buak membuatkan aku gemuk. Serius selepas kahwin, banyak baju yang aku tak boleh nak pakai. Kalau pakai jugak macam nangka. Ditambah pula dengan persoalan-persoalan tentang "Bila nak ada baby...??" dan "Belum ada isi ke??" membuatkan aku lagi tensi tahap gaban dan kebetulan pula time tuh keje dekat HRSC lagi la. Setiap malam akan menangis bila bercerita dengan Hubby.
Owh sebelum aku terlupa, disebabkan aku tension, makan tak kawal, tidur, rehat tak cukup, aku menghadapi keputihan yang amat serius. Serius disini memang serius ok. Gatal dia huiyooo...dan membuatkan aku hilang mood bila nak bersama dgn suami aku. So aku pun menggoogle sekali terjumpa la dengan sbuah blog (tapi dah tak ingat...rasanya blog ibu cergas) yang mengatakan alfalfa dari Shaklee boleh merawat dan mengurangkan keputihan. Jadi tengah hari tu time lunch aku ke farmasi, mencari Alfalfa Shaklee, ternyata Shaklee brand tiada dijual die farmasi, guardian or watson. Nak tak nak aku pun menghantar email kepada empunya blog. Jadi kakak tu sangat ramah dan berikan aku penerangan dah suggestion. Jadi dia suggest aku ambil trial pack dan masa Trial pack untuk set Hamil ni rm170 ke 270 cmtu la. Dah tak ingat huhu...Trial pack ini untuk sebulan. Alhamdulillah selepas menggunakan Shaklee keputihan beransur pulih dan aku disahkan hamil pada 26 Nov 2012(its on my birthday). Memang hadiah hari jadi paling indah seumur hidup bila dapat tahu yang dalam rahim aku ada baby.
Jadi selepas itu aku pun terus menggunakan produk Shaklee sehingga sekarang selepas bersalin pun masih mengamalkan mutivitamin ini untuk kesihatan badan. Suami aku pun dah mula mengambil suplemen ini apabila dia dapat rasakan sendiri perubahan terhadap dirinya apabila mula-mula aku paksa dia makan hehehe.
Set di atas adalah set pertama yang aku ambil. Set Hamil asas + alfalfa(keputihan) |
Owh lupa plak, suplement set yang pertama aku makan adalah, B-Complex (until today), Vit-C (500mg), Vita-Lea dan Alfalfa Complex(untuk keputihan). Alhamdulillah dengan gabungan 4 suplement dari Shaklee ni masalah keputihan berkurangan, tidak serius lagi dan aku berjaya hamil dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Aku bukan suruh kamu semua diluar sana percaya 100% terhadap suplement or multivitamin ini tapi kita perlu selidik apa kekurangan, masalah pada diri kita dan tak salah kalau kita berusaha memperbaiki nya. Mungkin masa tu aku susah nak hamil mungkin disebabkan keputihan tu atau berat badan yang overweight, atau tension, mood swing yang tak menentu. Semua tu boleh jadi punca. Jadi aku mengambil langkah untuk menyihatkan dahulu badan aku, baiki sel dalaman yang patut dan dengan izin Allah S.W.T sesiapa shj boleh hamil sekiranya telah bersedia.
No comments:
Post a Comment