Friday, January 17, 2014

#Baby Journey: Kesian anak mama, demam campak

Salam peeps.

Dah seminggu dah Adam Rizqi demam, start hari Ahad lepas lagi suhu Rizqi panas, tinggi. Tula siapa suruh mamanya gatal bawa Rizqi p Jusco Equine Park Sabtu tu. Kan kesian dah budak tenit tuh. Actually, hari Jumaat my mom datang dari Tangkak semata untuk melihat cucu, oleh kerana aku bekerja so my mom bawa my LO to my aunt's house, Sg Penchala.

Then hari Sabtu pagi, aku hantar my mom balik dekat TBS. Dalam TBS punya sejuk. Dah la Rizqi pakai sleveless shirt and short pant. Ala kesian nya anak mama, terus kami pergi mencari baju baru, seluar panjang dan baju lengan panjang untuk Rizqi sementara tunggu bas datang. Tapi dapat jumpa baju lengan pendek dan seluar panjang je, one set. so dari tak da belilah, RM25. Lepas dah tukar pun still sejuk yela lengan pendek, tunggu la kami dalam 30minit camtu. After my mom dah naik bas, aku pun bawa Rizqi balik. Tapi yela lepas keluar suhu sejuk masuk kereta suhu panas plak. Hmm sah la budak ni bakal demam. Dah la after that bukan terus balik rumah. Aku nak bawa Rizqi pergi inject imunisasi 5bulan. Time tu jam 12.00 tgh hr. Huiyoo mmg panas terik la. Ondaway sekali tergerak hati nak call klinik nak tanya buka ke tak. Nurse tu cakap buka tapi stok injection habis. Lorr...aku dah ondaway dah ni. Rizqi pun dah tertidur dah dalam kereta ni. Oleh kerana dah dekat nak sampai dah ke Seri Kembangan so aku decided untuk ke Jusco Equine Park. Sampai Jusco nasib dapat parking cepat tak payah pusing-pusing. Tapi dah setel parking Rizqi still lagi tidur, so tunggu la dalam kereta tunggu dia bangun sekejap sebab selalunya tidur tengah hari dia tak tidur lama.

Khusyuk tengok tv...hai anak mama...

Ni dah start nak merengek dah...

Huhu tak de orang layan, die pikir cmne plak nk buat agi...

Rizqi pun bangun dah, so aku pn bawa masuk Jusco. Dalam Jusco pun sejuk. Tapi nasib baik Rizqi cepat meragam time tu. Aku tak leh nak shopping lebih sikit dia dah merengek. So kami pun balik. Then malam Ahad tu Rizqi panas. Hmm bagi ubat demam and selsema, malam tu dia tidur macam biase tapi aku pastikan suhu dia tak terlalu panas. Sentiasa tuam dengan kain air sejuk(bukan air ais). Keesokkan harinya time nak pergi keje, Rizqi tak kebah juga. Nak tak nak call my aunt jemput Rizqi sebab kesian nak hantar nursery.
So selama seminggu ni aku ulang alik dari Damansara ke Cyberjaya. Tapi memang la kali ni demam Rizqi adalah demam yang paling teruk. Tak mahu letak langsung. Nak dukung je. Nasib baik Selasa cuti Maulud Nabi so aku adalah dekat rumah maklong tuk menjaganya. Tapi memang mencabar, even dia dah tertidur masa time menyusu, gerak sikit or gerak nak alihkan die ke tilam menangis macam kena dera. Menjerit marah. Terpaksa biarkan dia tidur di pangku. Kul 12 malam, still lagi dia nak tidur tapi macam takut nak tertidur. Mesti terkejut and nangis. Kitorang dah risau so bawa ke Klinik Family Taman Tun. Tapi doktor cakap normal umur 6bulan baby akan start demam. Hari Rabu pun macam tu jugak tapi aku keje. Bila balik petang nampak dah dia ok sedikit, cuma malam tu la dia buat lagi. mungkin sebab panas badan kan. Tinggi juga suhunya. Tapi aku still tuam dengan air. Towel langsung tak tinggal mesti ada atas kepalanya. Kepala je panas tapi tangan kaki sejuk. So tuam kepala, kaki pakai stokin dan selimut.

Ni picture masa ke Jusco...botak dah...
Semalam time dekat office, Maklong call, cakap suh balik awal Rizqi dah nampak campaknya keluar. Adoi...tapi dalam hati aku lega bila tahu yang dia demam campak, bukan denggi. Walupun campaknya keluar tapi badannya tak berapa panas, dedar je. Cuma sebab aku tiada di rumah dia buat perangai la. Habis sume orang dalam rumah tu di bulinya. Nak dukung, tak mahu letak langsung. Sampai semua orang surrender penat dah. hahaha. tu la manja kan lagi.hambik...hehehe

Huhu cam panjang sangat je cerita aku ni...penat la plak nak tapi lagi...nanti la aku sambung ye..sebab ceritanya memang panjang...hehehe...

2 comments: