Showing posts with label Baby Tips. Show all posts
Showing posts with label Baby Tips. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

#Baby Journey: Medela Swing Review

Lama dah nak review SWING MAXI breastpump dari MEDELA ni. Cuma tiada masa, dah kebetulan dapat azam baru, so masa ash banyak untuk duduk depan laptop ini. Huhu...

Selepas lebih kurang 6 bulan juga la ash gunakan Medela Swing breastpump, so ash dapatlah ringkaskan pros and cons nya breatpump ni.

Sesi di office....Alhamdulillah...

Kelebihan/Kebaikan (What i love about this Swing):-

1) Tak banyak compartment/parts nak basuh dan senang je nak tanggal or pasang semula sebab tak banyak barang. Cepat je. (motor, tiub, valve&membrane, kepala pump, corong and botol)
2) Tak sakit, sedang elok je suctionnya, memang seakan-akan sucking dr baby.
3) Bunyi yang perlahan juga la compare Medela FS or SPECTRA. (kadang-kadang pam dekat cubical pun orang tak perasan)
4) Compact, senang nak di bawa ke mana-mana even letak semua dalam handbag je pun muat dah.
5) Mudah nak pam sekali dengan baby isap. Jadikan handsfree by clipping corong tu pada nursig bra.
6) Cepat juga pengepaman nya, dalam 5-10minit pun dah boleh dapat setengah botol, tapi depends on berapa cepat n lajunya LDR korang k.

Alhamdulillah, diatas rezeki-Mu Ya ALLAH

LDR dari breast kiri. Kena tampung manual kalau tak nanti basah dekat breastpad je

Kekurangannya:-
1) Membrane n Valve tu sangat la fragile, walaupun diperbuat dari plastik BPA free, tapi cepat rosak or koyak or patah. Time handle dua bnde ni jangan lah kasar sangat ye. Sebab bila nak ganti dua parts ni mahal.



Membran dan terkoyak uhuk....nak ganti mahal beb... Picture valve pecah lupa plak nak snap

2) Tiub cepat sangat berwap dan kalau biar akan berkulat so kena basuh selalu dan keringkan betul-betul.
3) Susu masuk kedalam tiub, pernah terjadi sekali. Masa tu pam dekat cubical je, pam letak bawah dr breast, atas peha. Sekali tetiba rasa lain mcam je pam tu, bunyi macam de air kena sedut. Sekali tengok susu dah masuk dalam tiub, nasib baik baru suku je. (kisah selanjutnya nanti ash update)
4) Bila terkejar masa, pam single ini rasa lambat juga, yela sebelah amik masa 10-15minit, satu sesi 20-30minit dah. Takkan nak keluar office or hilangkan diri 30minit sebanyak 3 kali. dah dekat sejam lebih tu. Kang bos atau HR bising.

So far semuanya ash berpuas hati dengan Swing ni. Dan banyak jasanya pada ash. Ash berjaya susukan Adam Rizqi sehingga umur 6-7bulan juga la sebelum ash decide untuk jual pada kawan dan beli Swing Maxi double breastpump.

Pic terakhir, di kala Swing ini masih di dalam jagaan ash...

Sebab or reason ash bertukar walaupun sangat sayang pada Swing, kekurangan yang ke-4 tu. Semakin hari ash makin busy di office dan sudah sampai masanya bertukar ke double pump, atleast 20minit dua-dua dah siap, dan insyaallah hasil lagi lumayan. Senang untuk dapat LDR, dan tak da lah time sebelah pam sebelah lagi meleleh je LDR tu ke breastpad. Membazir ye la sebab bila anak dah mula makan, cabaran tau nak maintain production susu, sb bayi dah kurang menyusu sangat.

Oklah nanti ash sambung MEDELA SWING MAXI REVIEW plak k.
Selamat berpuasa semua!!!

Thank for Viewing !!!

Thursday, June 19, 2014

#Shaklee: Meriahkan susu dengan ESP

Salam peeps..!!
Macam mana dengan cuti weekends? Harap hari ni semua ada mood la yerk nak berkerja. Hindari lah Monday blues sesungguhnya, Isnin adalah permulaan hari kita. Jika kita bermula dengan lemah sepanjang minggu la kita akan lemah dan tidak bersemangat.

Oklah hari ni ash nak cerita pasal memeriahkan susu buat baby kita uols. Selain meriah, susu akan pekat dan baby bila minum cepat je kenyang, tak payah nak mengempeng lama-lama. Puas dia, perut kenyang, dia pun akan melepaskan nipple kita. So tiada lah masalah "nipple sore" or "nipple crack" akan berlaku.

Sesi pengepaman 1, pukul 8.30 pagi

Sesi pengepaman 1, pukul 8.30 pagi


Bagaimana susu boleh jadi pekat dengan ESP?

Begini, ESP yang kita sedia maklum, adalah makanan tambahan yang penuh/tinggi dengan vitamin berbanding makanan harian kita. Jadi apabila kita makan/ambil vitamin/supplement, kepekatan darah kita akan meninggi, maksudnye lebih pekat sedikit. Begitu juga susu ibu, susu ibu yang terhasil juga akan kaya dengan khasiat, vitamin dari supplement yang kita ambil itu. Jadi ia akan lebih pekat. Sama macam kita buat susu botol dirumah, jika kita masukkan susu 5 sudu ke dalam 120ml air, susu yang terhasil pekatkan? lagi lemak berkrim, padat dan membuatkan anak kita akan kenyang dengan cepat. Fahamkan?

Bagaimana pula meriahkan susu dengan ESP?

Statement di atas bukan bermaksud jika minum esp terus susu kita akan banyak. Itu adalah salah. ESP atau supplement Shaklee dalam set menyusu hanya membantu memberi rangsangan supaya susu dihasilkan dengan cepat. Ianya adalah protein yang penting untuk pembentukan sel. ESP membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak dan membantu mengawal paras kolestrol. Begitu juga makanan milkbooster yang lain. Milkbooster ini hanyalah bantuan rangsangan penghasilan susu dengan cepat. Jadi kita perlu konsisten dalam mengepam, atau direct feeding bayi untuk mendapatkan hasil lumayan.

Sesi pengepaman 2, pukul 11.30 pagi

Sesi kedua, bertambah kan?? alhamdulillah


Cth hasil lumayan itu, sebelum ini kita hanya mengepam di opis sebanyak 2 kali, dan setiap kali kita pam mendapat 10oz, tapi jika kita tingkatkan pengepaman sebanyak 4 kali di opis dan setiap kali pam kita mendapat 6-7oz, cuba darab kan dengan 4, bukan kan kita mendapat 24-28oz berbanding 20oz sebelumnya? Dan jika hal ini sentiasa diteruskan dengan bantuan milkbooster, insyaallah setiap kali sesi pengepaman anda boleh mendapat lebih 10oz. Cuba bayangkan meriahnya susu ibu untuk bayi comel anda.

Di samping itu pengambilan air masak mencukupi juga penting untuk memeriahkan susu ibu. Sentiasa simpan di minda, more demand, more supplies.

Bonus selain memeriahkan susu, protein dalam ESP ini membantu dalam mengurangkan rasa lapar dan kita boleh kurus!!! Betul...ramai yang sudah mengakuinya. Dan yang paling penting ESP selamat dan HALAL.

Jadi kepada sesiapa yang masih ragu-ragu, jangan segan boleh je sms/whatsapp sy di talian 016 3284617 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.


Friday, April 11, 2014

#Baby Journey: Salam perkenalan Ash dan Medela Swing

Salam,
Hajat di hati untuk menulis entry sebanyak mungkin sepanjang Mac tidak kesampaian apabila, sekarang dah berakhir pun bulan Mac. Entry nya banyak tu je. Sekali lagi blog ini bersawang. hehehe kes malas tuannya kesian. Kalau la blog ini perlu makan memang mati nyahhidrat blog ni.

Ok stop celoteh tu, jom ke isi entry kali ni. Saje nak buat review tentang Medela Swing Breastpump. Reason entry hari ini sebab bila Ash search Medela Swing ni, tak banyak review mengenainya sangat. So biarlah Ash tambahkan mungkin entry ini nanti berguna untuk bakal-bakal ibu yang mahu membeli breastpump k.


Member punya Swing, yang di beri pinjam, Nampak tak susu yang baru Ash pam tu?


Senang cerita Ash memang sayang sangat Medela Swing ni. Tapi Ash dah jual dah pada kawan Ash, sebab Ash upgrade ke Medela Swing Maxi. Kenapa upgrade? Tak bagus ke Swing? Tunggu dulu habiskan pembacaan nanti Ash bagi tahu k. Sabar. Medela Swing ini sangat banyak jasanya pada Ash. Mula Ash gunakan Swing ni masa dalam pantang. Lepas je berurut, susu memang banyak, sampai bengkak dan Ash demam serta baju sentiasa basah. Jadi oleh kerana cetek ilmu penyusuan ini sebelum bersalin memang tak terpikir pun untuk membeli pam susu or simpan duit tuk beli pam susu. Ingatkan nanti nak bekerja baru nak beli. Langsung tak terpikir tentang stok EBM untuk time bekerja nanti. Punya la cetek ilmu.

Medela Swing - single pump terbaik bagi Ash!!
Tapi nasib baik ade kawan akak jiran Maklong Ash yang sangat baik hati datang melawat pada hari ke 4 pantang. Dia la yang beritahu tentang semua tu. Dengan baik hati die sanggup memberi pinjam pam susu nya pada Ash kerana waktu time tu anak nya dah berhenti menyusu badan seawal 4 bulan. Mungkin sebab die berikan anaknya makan terlalu awal. Jadi anaknya tak mahu dah menyusu, akhirnya susu kering. Jadi itulah masanya Ash berkenalan dengan Medela Swing. Masa 1st time guna memang tak banyak sangat susu yang dapat dipam. Hanya cukup sebotol je. Dan disebabkan kejahilan dan kemalasan Ash, Ash pam susu hanya bila bengkak susu je. Itu totally wrong ok. Jadinya Ash tak buat pun stok EBM dengan alasan botol susu untuk penyimpanan EBM tak ada. Teruk kan?

So bila tinggal lagi 2minggu Ash nak bekerja barula terkial-kial nak pam susu. Akhirnya Ash terpaksa mengepam, untuk stok keesokan harinya sahaja. Tapi ok juga, sebab sekurang-kurangnya Rizqi dapat FBM instead of EBM. Jadi time dah masuk opis, medela Swing ni la yang Ash usung ke hulu ke hilir. Tapi tak pa Swing ni compact, mudah di bawa ke mana-mana, Then yang bestnya, bleh pakai bateri, AA 4biji. Cuma lebih jimat jika kita pakai batri rechargeable. Selalu Ash pergi keje memang awal. Area pukul 8 pagi dah ade di opis, jadi pukul 9 Ash akan mengepam sesi pertama, time ni tak ramai sampai lagi di opis so ash pam di opis je. Lepas tu jam 11.30-12.00 Ash pam sesi kedua dan yang ketiga pukul 3-3.30 ptg di surau sebab segan di opis. Untuk sesi pam 2 dan 3 memang susah sikit sebab ye la nak mengepam ambil masa 15minit sebelah breast, total 30minit Ash akan hilang dari tempat kerja. Jadi kadang-kadang Ash percepatkan masa mengepam yela Swing adalah single pam supaya bos tak perasan sangat Ash hilang lama. So far dengan bantuan Medela Swing Ash berjaya membekalkan susu untuk Rizqi selama, 6bulan juga.

My own Medela Swing, fresh from the box. hehe


Owh Ash guna kawan Ash nye Swing hanya 2bulan je, lagi 4bulan tu Ash dah gunakan Swing Ash sendiri yang Ash beli dari Kak Rose sebab murah compare dari web lain yang Ash survey. Ni masa tahun 2013. Sekarang tak tahulah harganya berapa. Tapi boleh la tanya dulu k. Tak pun beli je dari kedai baby, sekali dengan set cooler bag, ice pack, bottles..and free gifts. Lagi untung...huhu. Selama 4bulan la Medela Swing ku berkhidmat untuk Ash dan Rizqi. Alhamdulillah. Ash memang sayang Swing because sangat compact, pam tak sakit, senang nak bawa, tak berat, bunyi tak da lah kuat sangat, senang nak cuci dan senang nak pasang semula.

Manual pump, sakit dan lenguh plak tuh. Quite mahal juga dalam RM50++

Cuma pernah la sekali tuh time Ash pam, tetiba de bunyi yang unfamiliar, rupanya air susu masuk dalam tiub. Gelabah juga la Ash sekejap tapi Ash terus berhentikan motor. Matikan suis dan nasib baik Ash cepat perasan so tak la sampai masuk ke dalam motor. Jadi Ash bersihkan, then on smula tanpa pam susu untuk keringkan tiub tu supaya tak berkulat. So bila Ash google cari punca rupanya sebab motor tu kita letakkan dibawah paras botol susu pam kita tuh. Jadi disebabkan tekanan, susu masuk ke dalam tiub. Medela Swing tak ada filter untuk elakkan susu msuk ke dalam pam. Jadi selepas itu Ash berhati-hati Ash akan pastikan motor sentiasa berada di atas dari paras pam susu contonhye dengan meletakkan di atas meja instead of letak di atas peha (kes nak sorok tak nak bagi orang nampak) or gunakan beg cooler untuk tinggikan sikit. Tapi so far itu la kali pertama kena dan terakhir (akhir sebab dah tak pakai dah). Then disebabkan single pam dan kekangan masa di opis Ash pun upgrade ke Medela Swing Maxi. Nanti nest entry Swing Maxi punya review plak k.

Oklah Ash nak sambung buat kerja plak. Till next Entry k ~~

Next Entry : Medela Swing Review

Thanks for Viewing!!!





Friday, January 17, 2014

#Baby Journey: Kesian anak mama, demam campak

Salam peeps.

Dah seminggu dah Adam Rizqi demam, start hari Ahad lepas lagi suhu Rizqi panas, tinggi. Tula siapa suruh mamanya gatal bawa Rizqi p Jusco Equine Park Sabtu tu. Kan kesian dah budak tenit tuh. Actually, hari Jumaat my mom datang dari Tangkak semata untuk melihat cucu, oleh kerana aku bekerja so my mom bawa my LO to my aunt's house, Sg Penchala.

Then hari Sabtu pagi, aku hantar my mom balik dekat TBS. Dalam TBS punya sejuk. Dah la Rizqi pakai sleveless shirt and short pant. Ala kesian nya anak mama, terus kami pergi mencari baju baru, seluar panjang dan baju lengan panjang untuk Rizqi sementara tunggu bas datang. Tapi dapat jumpa baju lengan pendek dan seluar panjang je, one set. so dari tak da belilah, RM25. Lepas dah tukar pun still sejuk yela lengan pendek, tunggu la kami dalam 30minit camtu. After my mom dah naik bas, aku pun bawa Rizqi balik. Tapi yela lepas keluar suhu sejuk masuk kereta suhu panas plak. Hmm sah la budak ni bakal demam. Dah la after that bukan terus balik rumah. Aku nak bawa Rizqi pergi inject imunisasi 5bulan. Time tu jam 12.00 tgh hr. Huiyoo mmg panas terik la. Ondaway sekali tergerak hati nak call klinik nak tanya buka ke tak. Nurse tu cakap buka tapi stok injection habis. Lorr...aku dah ondaway dah ni. Rizqi pun dah tertidur dah dalam kereta ni. Oleh kerana dah dekat nak sampai dah ke Seri Kembangan so aku decided untuk ke Jusco Equine Park. Sampai Jusco nasib dapat parking cepat tak payah pusing-pusing. Tapi dah setel parking Rizqi still lagi tidur, so tunggu la dalam kereta tunggu dia bangun sekejap sebab selalunya tidur tengah hari dia tak tidur lama.

Khusyuk tengok tv...hai anak mama...

Ni dah start nak merengek dah...

Huhu tak de orang layan, die pikir cmne plak nk buat agi...

Rizqi pun bangun dah, so aku pn bawa masuk Jusco. Dalam Jusco pun sejuk. Tapi nasib baik Rizqi cepat meragam time tu. Aku tak leh nak shopping lebih sikit dia dah merengek. So kami pun balik. Then malam Ahad tu Rizqi panas. Hmm bagi ubat demam and selsema, malam tu dia tidur macam biase tapi aku pastikan suhu dia tak terlalu panas. Sentiasa tuam dengan kain air sejuk(bukan air ais). Keesokkan harinya time nak pergi keje, Rizqi tak kebah juga. Nak tak nak call my aunt jemput Rizqi sebab kesian nak hantar nursery.
So selama seminggu ni aku ulang alik dari Damansara ke Cyberjaya. Tapi memang la kali ni demam Rizqi adalah demam yang paling teruk. Tak mahu letak langsung. Nak dukung je. Nasib baik Selasa cuti Maulud Nabi so aku adalah dekat rumah maklong tuk menjaganya. Tapi memang mencabar, even dia dah tertidur masa time menyusu, gerak sikit or gerak nak alihkan die ke tilam menangis macam kena dera. Menjerit marah. Terpaksa biarkan dia tidur di pangku. Kul 12 malam, still lagi dia nak tidur tapi macam takut nak tertidur. Mesti terkejut and nangis. Kitorang dah risau so bawa ke Klinik Family Taman Tun. Tapi doktor cakap normal umur 6bulan baby akan start demam. Hari Rabu pun macam tu jugak tapi aku keje. Bila balik petang nampak dah dia ok sedikit, cuma malam tu la dia buat lagi. mungkin sebab panas badan kan. Tinggi juga suhunya. Tapi aku still tuam dengan air. Towel langsung tak tinggal mesti ada atas kepalanya. Kepala je panas tapi tangan kaki sejuk. So tuam kepala, kaki pakai stokin dan selimut.

Ni picture masa ke Jusco...botak dah...
Semalam time dekat office, Maklong call, cakap suh balik awal Rizqi dah nampak campaknya keluar. Adoi...tapi dalam hati aku lega bila tahu yang dia demam campak, bukan denggi. Walupun campaknya keluar tapi badannya tak berapa panas, dedar je. Cuma sebab aku tiada di rumah dia buat perangai la. Habis sume orang dalam rumah tu di bulinya. Nak dukung, tak mahu letak langsung. Sampai semua orang surrender penat dah. hahaha. tu la manja kan lagi.hambik...hehehe

Huhu cam panjang sangat je cerita aku ni...penat la plak nak tapi lagi...nanti la aku sambung ye..sebab ceritanya memang panjang...hehehe...

Monday, December 30, 2013

#Shaklee: Set budget tambah susu ibu, insyaallah meriah.

Salam uols...

Hari ni ash nak kongsikan tentang set budget menyusu yang dapat membantu anda menambah susu. Kalau ash cakap ‘budget’ tu memang betul-betul save/jimat/bayar sikit/less money haa...semua ash tulis..hehe

Hanya dengan ESP(Energizing Soy Protein) dan Alfalfa Complex insyaallah susu puan puan akan bertambah dan pekat. Sangat menyelerakan buat baby-baby comel yang meminumnya. Baby pun akan cepat kenyang walaupun menyusu sekejap je. Jangan risau ye ibu, apabila bayi kita melepaskan putting susu kita, bermaksud dia dah kenyang. Itu yang kita mahu, bukan nye merengek-rengek, marah, mengamuk sebab susu tak cukup.



Di dalam ESP, terdapat protein. Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Maksudnya, tulang, kulit, rambut, organ, antibody, enzim, hormon, dan sel-sel badan manusia terdiri dari protein. Protein penting untuk badan kerana membantu serta membina tisu badan yang telah rosak atau mati, enzim-enzim berfungsi dengan baik dan hormon.

Kebaikan ESP yang lain :-

1)       ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

2)       ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak. 

3)       ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya. 

4)       ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah. 

5)       ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru.

6)       ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna. 

7)       ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi. 



Alfalfa(bahasa Arab) atau dikenali sebagai Bapa mahupun Raja Tumbuhan, mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi kerana kebolehannya menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah.

Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitaminB6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink. 

Antara kebaikan Alfalfa, membersihkan badan, mengawal keasidan badan, meningkatkan ketahanan badan (antibody), membentuk sel-sel darah, serta penggantian sel-sel badan yang rosak atau mati.

Kebaikan Alfalfa :-

1)       Mengawal Kandungan Kolesterol Darah
2)       Mengatasi masalah pencernaan
3)       Menyingkirkan Toksin Dari Badan 
4)       Mengurangkan gejala menopaus
5)       Tinggi kandungan Vitamin K
6)       Dapat melegakan asma
7)       Mencegah Kanser  
8)       Sifat diuretik
9)       Untuk merawat Anemia
10)   Menghilangkan ketagihan alcohol

Jadi tunggu apa lagi, mai cepat order dengan ash, insyaallah ash akan berikan harga yang berpatutan dengan budget anda.


Friday, November 22, 2013

#Baby Journey : Lahirnya Muhammad Adam Rizqi

Tanggal 21hb Julai 2013, tepat 2.30 pagi, lahir lah puteraku, yang diberi nama Muhammad Adam Rizqi bin Abdul Rhuzaine. Kenapa nama ini dipilih? Actually nak mengekal Capital Letter nama ayahnya, Abdul Rhuzaine, hehehe...

Adam Rizqi 1st Day at Hospital : 2.97kg

Adam Rizqi 1 week : 3.5kg

Adam Rizqi 2 weeks

Adam Rizqi 1 month : 4.5kg

Adam Rizqi 1 month 2 week

Adam Rizqi 2 months : 5.8kg

Adam Rizqi 2 months 2 weeks

Adam Rizqi 3 months : 6.5kg

Adam Rizqi 3 months 2 weeks 

Adam Rizqi 3 months 3 1/2  weeks
4 bulan sudah my little prince ni. Macam baru semalam je mama lahirkan kamu sayang. Bersyukur mama dan papa dapat kamu kerana kamu la pengikat lagi kuat kasih sayang antara kami. Mama dan Papa kamu akan membesar menjadi anak yang Soleh dan berguna dunia dan akhirat. Kami berjanji akan membesarkan dan manjaga kamu sebaiknya sayang. ILOVE U SO MUCH...muahxxx...

Walaupun entry ni entry dah basi but who cares...nak post jgak...hehehehe...Entry ni boleh dibuat kenangan terindah...Will update more of my little prince pictures okey.....daa~

Thanks for Viewing!!!

Thursday, November 21, 2013

#Baby Journey : Perihal botol susu MAM, Tommy Tippee, NUK

Lama aku tak update blog. Kalau blog ni ada janggut mesti dah berjela dah. Alhamdulillah 21hb Julai 2013 aku selamat melahirkan seorang putera, yang diberi nama Muhammad Adam Rizqi. Kalau ikutkan duedate is on 29th Julai 2013. Walaupun awal seminggu, Adam dalam umur yang sesuai or cukup dah tuk dilahirkan. Pengalaman bersalin?? next entry will tell u'olls cmne ash before masuk wad until la keluar labour room.

Waktu dah semakin hampir untuk aku melangkah masuk semula ke pejabat. Yela cuti hanya dua bulan itupun stgh bulan unpaid leave. Nak buat cmne tak cukup setahun lg aku berkhidmat di SVM Malaysia. Jadi nak tak nak aku terpaksa mengajar anak ku Rizqi minum susu dari botol. Kesian pun ada jugak. Kali pertama aku memberinya susu botol, die menangis, meraung, mengamuk semua ada. Sampaikan aku pun nak menangis yela membayangkan kalau dgn aku pun die dah ngamuk macam ni apetah agi bila bersama pengasuh di nursery nanti. Tapi ini semua persediaan untuk Rizqi nak tak nak terpaksa latih kan jugak.

Memula tu aku gunakan botol susu NUK dan aku terpaksa bagi susu formula sebab aku tak membuat stok. Masa ni memang jahil sgt psl BF. Memula mmg die minum la jugak tapi bila dah selalu disuakan susu mmg die keluarkan or luahkan time kite sumbat mulutnya dengan botol susu. Aku try plak tukar ke botol Pureen pon macam tu gak, tapi langsung direjectnya bulat2. Baik lagi time die minum dari botol NUK tuh. So aku pun mula menggoogle solution untuk anak ku ini. Sekali terjumpa satu blog yang mengatakan anaknye terima susu botol jenama MAM. Jadi aku trus mencari laman web MAM. Mengikut yg die tulis botol ini menggunakan Silk Teat yang lembutnye meyerupai nipple ibu. So xde la nipple confusion akan berlaku. Aku pun google la mn nak beli or kedai yg berdekatan dengan aku yg ada menjual botol MAM. Tapi hampeh tak da pun kedai yang menjual botol ni. Aku pun mengorder online. Harga sebotol RM27.90. Silk teat tu mengikut umur bayi. Start dari 0 hingga 4bulan. Umur selepas itu digalakkan menggunakan cawan. Aku pilih
Baby Bottle 270ml yang 2++ months Silk Teat. Owh perbezaan umur ini untuk menentukan flow or lubang pada teat tuh. Kalau 0-2months flow agak perlahan n satu lubang je. Kalau 2++ month flow sederhana and 4++months flow laju.

Lebih  kurang seminggu parcel pun sampai. Punye la excited so try la bagi botol tu dekat Rizqi. Memula dia macam tgh merasa. Mungkin die dapat rasa yg botol kali ni lain. Lepas beberapa minit die minum susu dalam botol tu sampai habis sampai tak cukup. Alhamdulillah die terima botol tuh. Jadi aku pun teruskan penyusuan botol menggunakan botol jenama MAM.

Cantik packaging botol MAM ni, Blue for baby boy hehe
 Tapi selepas beberapa hari, masalah mangamuk kembali. Sebab aku hanya trained Rizqi minum botol waktu siang je. Malam mmg fully df. So sebabkan yang memberi susu botol tu pun aku jugak agaknya die marah yela aku mommy die yg boleh bf or df dia tapi kenapa bagi botol. Even aku perah susu masuk dalam botol pun die susah nak ngabih kan. Kena nangis dulu baru minum. Kesian sangat. Tiba la hari aku nak bekerja and time tu Maklong aku yang jaga Rizqi dulu sebab aku nk mula hntr nursery 1hb 10. Macam tu la Rizqi dengan Maklong. Mengamuk jugak. Bila aku sampai ptg df Rizqi mcam xcukup susu die mnggila isap breast. Tapi biase la kite still kena ajar dia sebab tak mahu dia mengalami kesukaran bila dah bersama pengasuh nanti.

Dari kiri: Pureen, MAM and NUK
Alhamdulillah sekarang dah dua bulan dah pun Rizqi di taska. Seminggu selepas hantar taska, hujung minggu di rumah aku saja la nak test Rizqi, bagi susu dalam botol and resultnya sangat memuaskan. Dia langsung tak nangis or luahkan semula susu. Minum sampai habis. Good boy and well done my son. Aku pun dah mengorder sebanyak dua botol lagi botol MAM ni..hehe Combo Twin pack, ada warna Hijau and Pink. Boleh la buat ganti-ganti. Akhirnya tiada masalah lagi yang perlu dirisaukan sekiranya Rizqi terpaksa tinggal di nursery or dengan Mak Long aku. Cuma perlu bekalkan EBM yang cukup je.

Bersusah Rizqi minum sampai kembang-kembang hidung.

"Mama, Kenapa tutup muka Rizqi, aiyaaa...mama ni......"
Ohh, sebelum terlupa, aku pernah juga try Tommy Tippee, tapi Rizqi tak minat. Nipple nye sangat lembut, n boleh ditolak2  guna lidah. So masa die minum susu tu, di juihkan puting tu keluar. Nasib baik la botol Tommy Tippee tu diberi oleh jiran sebelah rumah Mak Long, Nana. Anaknye pun pakai sekejap je. Dengar aku nak beli dan try jenama tu, dia terus bagi. Dia kata try dulu, buatnya Rizqi tak mahu kan membazir. Tak mahu membazir ye mommy, amalan Syaitan..ish ish ish... Sesiapa yang nk try boleh je. Mana tau baby suka dan boleh diterima.

Thank you MAM!! you bottle save my life...hehehe

Thanks for Viewing!!!