Showing posts with label keputihan. Show all posts
Showing posts with label keputihan. Show all posts

Monday, January 27, 2014

#Shaklee : Keputihan melampau.

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ni ash nak kongsi cara ash menangani keputihan ash yang melampau suatu ketika dulu. Seperti yang semua tahu, setiap wanita pasti mengalami keputihan, cume serius atau tidak. Keputihan ini akan menjadi melampau/serius sekiranya,
1) Tidak menjaga kebersihan seluar dalam harian, lembab
2) Tension, emosi tidak stabil
3) Terlalu banyak memakan atau meminum makanan/minuman bergula (makanan untuk yis/kulat keputihan)
4) Jangkitan dari suami atau isteri yang berpenyakit keputihan.

Dahulu, selepas ash berkahwin keputihan ash sangat teruk. Setiap hari terasa sangat gatal, sakit, memang rasa sangat tak selesa. Ash dh la memang tension bila keputihan tu teruk lagi la ash tension. Hinggakan kalau bersama dengan suami, ash akan sakit dan pedih. Memang hilang mood. Lebih menambah lagi tension ash, bila ash dapat tahu yang keputihan ini boleh menyebabkn kita lambat mengandung. Kalau mengandung pn mungkin boleh gugur kerana bakteria ni sangat aggresif. Family dah sibuk tanya, "Ada isi ke belum?", memang menangis selalu dengan En Hubby.



Ash pernah google, dan ash membeli buku panduan cara mengatasi keputihan, tapi ternyata tidak berkesan. Sehinggalah ash berjumpa dengan Alfalfa Shaklee. Ash pun berborak la dengan kakak yg menjual Alfalfa Shaklee tu secara online. Dia cakap memang semua yang dah mencuba mendapat hasil yang baik. Jadi sebelum ash membelu secara online, ash cuba cari di farmasi, guardian, watson tetapi produk Shaklee tidak di jual di tempat tersebut. Jadi ash mengambil keputusan untuk membeli secara online. Kakak tu mencadangkan ash mencuba dahulu trial set Shaklee yang bertahan untuk sebulan untuk melihat hasilnya.
Ash pun setuju.

Dan alhamdulillah, keputihan berkurangan, hubungan ash dan suami pun bertambah intim, dan ash pun hamil. Ternyata kebersanan Alfalfa Shaklee dalam mengurangkan keputihan. Sehingga ke hari ni selepas habis pantang ash mengambil Alfalfa untuk maintain kesihatan dalaman ash. Tiada lagi tension memikirkan keputihan. Dah tak malu dah dengan suami. Yang paling penting, berat badan ash pun turun dengan sangat banyak kerana selain untuk kesihatan wanita, Alfalfa juga adalah pembuang toksin/lemak yang sangat baik.

Jadi bagi sesiapa yang mempunyai masalah keputihan seperti ash boleh la emailkan/whatsapp sebarangan pertanyaan anda. Jangan risau segala masalah/rahsia/cerita yang anda kongsikan akan menjadi rahsia kita shj. Ash berkongsi kisah benar ash kerana ash yakin ramai di luar sana yang mengalami masalah yang sama tapi malu untuk berkongsi. Insyaallah ash akan cuba membantu dan jika berminat untuk mencuba Alfalfa selama sebulan pun boleh. Harga terbaik bagi anda ash berikan.



Thanks for Viewing !!!

Thursday, July 12, 2012

Penting: Apa itu Keputihan?

Seperti semua sedia maklum, keputihan adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi wanita. Penyakit keputihan ini menyerang tidak kira usia muda mahupun berumur. Kebanyakkan wanita mengalami nya cuma serius atau tidak.

Keputihan ini disebabkan jangkitan jangkitan yis (Candida) atau bakteria (bacterial vaginosis). Hal ini akan menyebabkan bahagian sulit kita mengeluarkan bau yang tak sedap, keluarnya cairan berwarna putih kekuningan, gatal, rasa terbakar bahkan hingga menjadi bengkak.

Source: Google
Bacterial vaginosis (BV) adalah jangkitan yang paling biasa berlaku di kawasan vagina dan ia menyebabkan seseorang jadi tidak selesa disebabkan penghasilan cecair berbau dan rasa gatal di kawasan vagina. Perkara ini berlaku disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan di kawasan vagina dan ia boleh menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa dan tidak bersih. Tambahan pula, BV amat sukar untuk dirawat. Penyakit yang digambarkan dengan perkataan “osis” atau “itis” pada hujungnya biasanya mewakili keadaan yang kronik atau tiba-tiba bersama kewujudan inflamasi(radang). Walaupun telah banyak antibiotik yang telah diguna ia tetap sukar untuk disingkirkan.

Bagaimana pula dengan Jangkitan Yis???

Candida albicans, iaitu kulat beryis dan strain Candida lain biasanya terdapat dalam trek pencernaan, usus, mulut, tengkok dan trek genitourinari (berkaitan saluran kencing). Candida albicans merupakan flora yang terdapat di usus mempunyai fungsi-fungsi yang positif seperti melindungi sistem pencernaan daripada bakteria yang merbahaya. Candida mampu mengenalpasti dan membunuh bakteria dan patogen lain yang merbahaya dalam saluran usus. Dalam keadaan normal, seseorang memiliki berjuta-juta Candida yang memberikan manfaat pada seseorang individu.

Ketakseimbangan hormon (seperti ketika haid), pengambilan antibiotik, ubat preskripsi, steroid dan juga pil perancang keluarga juga boleh mencetuskan pembentukan jangkitan yis. Faktor cara hidup seperti tekanan, kebersihan, aktiviti seksual dan juga pakaian yang dipakai boleh membantu dan meransang pertumbuhan Candida yang berlebihan.

Oleh itu setiap wanita tidak boleh memandang remeh tentang masalah keputihan ini kerana keputihan boleh menjadi serius jika tidak ditanganni dengan baik. Ikuti entry akan datang untuk mengenal pasti simtom-simtom keputihan.

Thanks for Viewing!!!