Showing posts with label adrizAuni Health and Beauty. Show all posts
Showing posts with label adrizAuni Health and Beauty. Show all posts

Monday, December 30, 2013

#Shaklee: Set budget tambah susu ibu, insyaallah meriah.

Salam uols...

Hari ni ash nak kongsikan tentang set budget menyusu yang dapat membantu anda menambah susu. Kalau ash cakap ‘budget’ tu memang betul-betul save/jimat/bayar sikit/less money haa...semua ash tulis..hehe

Hanya dengan ESP(Energizing Soy Protein) dan Alfalfa Complex insyaallah susu puan puan akan bertambah dan pekat. Sangat menyelerakan buat baby-baby comel yang meminumnya. Baby pun akan cepat kenyang walaupun menyusu sekejap je. Jangan risau ye ibu, apabila bayi kita melepaskan putting susu kita, bermaksud dia dah kenyang. Itu yang kita mahu, bukan nye merengek-rengek, marah, mengamuk sebab susu tak cukup.



Di dalam ESP, terdapat protein. Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Maksudnya, tulang, kulit, rambut, organ, antibody, enzim, hormon, dan sel-sel badan manusia terdiri dari protein. Protein penting untuk badan kerana membantu serta membina tisu badan yang telah rosak atau mati, enzim-enzim berfungsi dengan baik dan hormon.

Kebaikan ESP yang lain :-

1)       ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

2)       ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak. 

3)       ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya. 

4)       ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah. 

5)       ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru.

6)       ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna. 

7)       ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi. 



Alfalfa(bahasa Arab) atau dikenali sebagai Bapa mahupun Raja Tumbuhan, mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi kerana kebolehannya menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah.

Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitaminB6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink. 

Antara kebaikan Alfalfa, membersihkan badan, mengawal keasidan badan, meningkatkan ketahanan badan (antibody), membentuk sel-sel darah, serta penggantian sel-sel badan yang rosak atau mati.

Kebaikan Alfalfa :-

1)       Mengawal Kandungan Kolesterol Darah
2)       Mengatasi masalah pencernaan
3)       Menyingkirkan Toksin Dari Badan 
4)       Mengurangkan gejala menopaus
5)       Tinggi kandungan Vitamin K
6)       Dapat melegakan asma
7)       Mencegah Kanser  
8)       Sifat diuretik
9)       Untuk merawat Anemia
10)   Menghilangkan ketagihan alcohol

Jadi tunggu apa lagi, mai cepat order dengan ash, insyaallah ash akan berikan harga yang berpatutan dengan budget anda.


Saturday, November 30, 2013

#Shaklee : Kurus dengan hanya menyusu kan bayi .. betul ke?

Hi all,

Memang betul menyusukan bayi selepas bersalin dapat mengembalikan bentuk asal seorang ibu kepada bentuk badan sebelum dia mengandung. Malah ada juga ibu yang berjaya mendapatkan semula berat asal seperti mula sebelum kahwin. Zaman muda, anak dara gitu. Siapa yang tak mahu kan??

Menyusukan anak sehari dapat membakar kalori di dalam badan, 200-500 kalori per sesi. Sebab itulah ibu akan sentiasa berasa lapar, cepat lapar. Oleh hal demikian, kita akan makan lebih kerap. Makan dengan lebih kerap ini pula dapat membantu mempercepatkan atau mempertingkat kadar metabolisma dalam badan. Jadi banyak la lemak yang baru di makan or lemak yang lama digunakan sebagai tenaga si ibu. 

Tapi tak semua orang badannya sama, ada juga yang tidak berjaya menurunkan berat badan. Mungkin ada silap nya di mana-mana. Gaya pemakanan, kehidupan seharian, faktor genetik/keturunan malah cara berpantang pun mungkin boleh mengakibatkan berat badan tak turun-turun walaupun menyusukan anak secara esklusif selama 2 tahun. 

Jangan risau, mungkin Set Kurus dari Shaklee dapat membantu anda. Jika anda konsisten dan mengamalkan diet dan cara kehidupan yang sihat, insyaallah badan anda akan kekal langsing walaupun selepas tidak menggunakan produk ini lagi. Yang berbaloi-baloi, produk ini sekali beli boleh tahan selama 3-4 bulan (bagi yang begitu cermat/jimat). 

Supplement untuk Set Kurus Shaklee :-



* Lecithin dan Alfalfa adalah suplement wajib untuk anda ambil sekiranya mahu kurus disamping menyusukan anak. Dan sebagai tambahan (jika berkemampuan or ada budget lebih) ambil sekali ESP.


Ramai sudah berpuas hati dengan hasil dari menggunakan ketiga-tiga produk di atas dan saya juga tidak terkecuali. Memang berbaloi. Apa tunggu lagi, cepat-cepat tempah Set Kurus Shaklee anda. Jangan bimbang tentang harga, saya akan memberikan konsultasi dan harga yang terbaik mengikut budget anda.


Friday, November 22, 2013

#Baby Journey : Teknik Power Pumping memang berkesan

Salam semua, sejak aku menjadi mommy ni memang la tersangat busy. Bukan busy dengan kerja-kerja rumah je or keje opis, dah tambah satu lagi tugas baru iaitu menjaga baby. Alhamdulillah Rizqi sekarang dah 4 bulan. Sihat walafiat dan makin kuat minum susu.

My cute little prince: Muhammad Adam Rizqi b Abdul Rhuzaine
Alkisah tentang susu aku tetibe je merajuk aka merudum. Pada hari Isnin lepas akupam susu seperti biase di opis. akuselalunya akan pam susu 4 sesi die opis. Start dengan pukul 8 pagi, pukul 11 pagi, pukul 2 ptg dan pukul 4 ptg. Nak dijadikan cerita, sesi pagi tu aku pam dapat 1oz lebih sikit je, tak sampai 2oz pn untuk sebelah kanan. Selalu aku akan dapat dalam 2oz ke atas. OK xpe aku teruskan pam sebelah kiri plak. Ohya  lupa plak nak beritahu, pagi tu tak de LDR. Hanya 3titik je LDR dari sblah kiri. Selalu dapat la jugak 30ml. Selepas ckup 10minit pam sblh kiri, aku pn stop and nak transfer la susu ke dalam container. Sekali aku tgk dapat 2oz je. Ahh sudah kenapa sikit sangat. Tapi nak sedap kan hati, aku cakap mungkin sebab pagi tadi Rizqi df kul 6.15, so belum ckup produce sangat la kot. aku pun simpan la.

LDR Power Pumping Day 1

Power pumping Day 1 : Pump each breast 10minutes

LDR + Pumped EBM Power Pumping Day 1

Sesi kedua pun aku dapat sikit jugak dalam 2.5oz je. aku dah tak sedap hati. Sesi ketiga and keempat pun sama. So hari Isnin tu aku dapat bawa balik 3btol yg setiap satunya 100ml je. Mana cukup Rizqi perlukan 5botol. 2 botol 2.5oz(80ml) 3 botol lagi 100ml stiap satu. So terpaksa la malam tu aku mengepam susu sambil df Rizqi.  Tapi sampai ke pagi esoknya, susu tetap x ckup walupun aku bekal 5botol sebab stiap satu botol xckup isipadu yg sepatutnya. Even time Rizqi tgh menyusu bahagian blah kiri pun die ngamuk. Macam susu aku xkeluar dan dia tak puas. Bila pam malam pun susu blah kiri memang keluar beberapa titik je. Macam dan kering. Petang tu dalam kul 4 pengasuh nursery msg btau susu tak cukup. Tapi nasib baik la aku dah nak balik dah 4.30ptg. So aku trus gerak dari opis, sampai nursery dalam kul 5, depan2 umah org tu aku df Rizqi. Sebab Rizqi ni kalau perutnya lapar dia akan cepat mengamuk, dah la perjalanan ke rumah nak kena tempuh jem lagi. Ade kang bontot Merc or BMW yang aku akan cium jap lagi.

Power Pumping session Day 2
Owh lupa lagi, hari Selasa dan Rabu pun sama jugak hasil pengepaman susu yang aku dapat bawa balik malah makin sikit. Jadi aku pun whatsapp Kak Yati, consultant Shaklee yang mmg selalu bantu aku. aku cerita la masalah aku dari A-Z. Dia pun xpasti puncanya susu aku merudum macam tu sekali. Dia cakap mungkin sebab aku minum kopi kot. (aku baru je 4hari berturut minum kopiko LA coffee secwan setiap hari). Jadi dia nasihatkan berhenti minum kopi dulu sementara and try buat power pumping. Jadi ari Khamis aku sampai opis trus aku buat power pumping. Ash mmg sampai awal dan opis aku bebudak akan sampai dalam kul 10 so sebelum dorg sampai, aku pun start la projek, hehehe.

Power Pumping session Day 3
Alhamdulillah, teknik benar-benar memberi kesan, susu aku dh kembali meriah. Maksud aku kembali ke kuantiti normal yg selalu aku dapat. Malah pada sesi yg ketiga aku berjaya dapat extra 2oz. Syukur alhamdulillah. Aku seronok and gembira, itu lagi membuatkan susu aku dihasilkan dengn cepat and banyak. Yela nak maintain susu kene tenang ye, tak boleh stress. Aku pun whatsapp Kak Yati, die pun gembira dengar. So starting dari hari itu, aku akan selalu buat power pumping setiap hari di waktu pagi dalam kul 8 camtu and stiap kali pump aku akan extrakan masa pump. Dulu just 10minutes for each breast, now i buat 15-20minit setiap pam. Kalau betul2 tak sempat aku akan buat sebelah malamnya nak menjelang ke Subuh. Jadi kepada mommy yang masih ragu-ragu dengan teknik Power Pumping ni or macam malas je nak buat, try dan buatlah sedisplin yang mungkin k. Seminggu dua kali or seminggu sekali pun cukup kot. Dan jangan pulak bila pertama kali buat dah trus nak hasilnye banyak. Bersabar. Setiap ibu lain, jadi mungkin ada yang lambat sikit de yang cepat k. Jangan putus asa.

Kalau de pape pertanyaan boleh je tinggalkan komen di bwah k...

Thanks for Viewing!!!

Thursday, July 12, 2012

Penting: Apa itu Keputihan?

Seperti semua sedia maklum, keputihan adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi wanita. Penyakit keputihan ini menyerang tidak kira usia muda mahupun berumur. Kebanyakkan wanita mengalami nya cuma serius atau tidak.

Keputihan ini disebabkan jangkitan jangkitan yis (Candida) atau bakteria (bacterial vaginosis). Hal ini akan menyebabkan bahagian sulit kita mengeluarkan bau yang tak sedap, keluarnya cairan berwarna putih kekuningan, gatal, rasa terbakar bahkan hingga menjadi bengkak.

Source: Google
Bacterial vaginosis (BV) adalah jangkitan yang paling biasa berlaku di kawasan vagina dan ia menyebabkan seseorang jadi tidak selesa disebabkan penghasilan cecair berbau dan rasa gatal di kawasan vagina. Perkara ini berlaku disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan di kawasan vagina dan ia boleh menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa dan tidak bersih. Tambahan pula, BV amat sukar untuk dirawat. Penyakit yang digambarkan dengan perkataan “osis” atau “itis” pada hujungnya biasanya mewakili keadaan yang kronik atau tiba-tiba bersama kewujudan inflamasi(radang). Walaupun telah banyak antibiotik yang telah diguna ia tetap sukar untuk disingkirkan.

Bagaimana pula dengan Jangkitan Yis???

Candida albicans, iaitu kulat beryis dan strain Candida lain biasanya terdapat dalam trek pencernaan, usus, mulut, tengkok dan trek genitourinari (berkaitan saluran kencing). Candida albicans merupakan flora yang terdapat di usus mempunyai fungsi-fungsi yang positif seperti melindungi sistem pencernaan daripada bakteria yang merbahaya. Candida mampu mengenalpasti dan membunuh bakteria dan patogen lain yang merbahaya dalam saluran usus. Dalam keadaan normal, seseorang memiliki berjuta-juta Candida yang memberikan manfaat pada seseorang individu.

Ketakseimbangan hormon (seperti ketika haid), pengambilan antibiotik, ubat preskripsi, steroid dan juga pil perancang keluarga juga boleh mencetuskan pembentukan jangkitan yis. Faktor cara hidup seperti tekanan, kebersihan, aktiviti seksual dan juga pakaian yang dipakai boleh membantu dan meransang pertumbuhan Candida yang berlebihan.

Oleh itu setiap wanita tidak boleh memandang remeh tentang masalah keputihan ini kerana keputihan boleh menjadi serius jika tidak ditanganni dengan baik. Ikuti entry akan datang untuk mengenal pasti simtom-simtom keputihan.

Thanks for Viewing!!!

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday ## | breakfast!!

Just a simple reminder to all,

BREAKFAST is IMPORTANT...


this is my breakfast for today!! colorful isn't it?

Thanks for Viewing!!!

Friday, May 4, 2012

I'm so down...down...down...


Just a short entry post from me...today is friday i'm so D.O.W.N...

Reason :
8 out 10 of my newly wed friends already pregnant accept me =(

Sometime....Tensionnn douhh....!!!

But maybe it is not my time yet...i need to be patient and be prepared as prepared as i could.
Chill gurl...kalau ade rezeki nanti adalah kan!!

Thank for Viewing!!!

Friday, April 27, 2012

Tips: Superstar from JuiceWork (Detox Juices)


Just now me and my colleague went to The Curve for lunch. Before went back to our office, we buy JuiceWork and today flavour is Superstar from Detox Juices group. It is a combination of Apple, Star Fruit and Guava that act as anti-bacterial drink. 

Just want to share with all on those fruits benefits.

Benefits of Apple Juice
  1. Apple juice reduces bad cholesterol levels and enhances the cardiovascular health of a person. The risk of getting heart disease is reduced significantly by drinking apple juice.
  2. Apple juice is helpful for weight loss. Hence you can remain fit and slim by drinking apple juice.
  3. Apple juice is very rich in potassium, hence it is very beneficial for people suffering from arthritis and rheumatism.
  4. Apple juice improves the functioning and health of intestines. Hence it combats constipation effectively.
  5. Raw apple juice cleans liver and kidneys and reduces the risk of kidney and liver disease.
  6. Drinking apple juice improves digestion and eliminates harmful toxins from the body.
  7. Apple juice together with honey and milk is very useful in nervous debility.
  8. Apple juice with honey is very effective in treating pregnancy anemia.
  9. Apple juice contains antioxidants which prevent different kinds of cancer.
  10. Apple juice is very good for lungs and it lowers the risk of asthma.

Benefits of Guava Juice
  1. Improving digestion. Fibres content is high enough on Guavas is good enough to facilitate digestion.
  2. Helps cure of infection. The ripe guava juice to cure cold, difficult to breathing or asthma, and inflammation of the throat.
  3. Lowering cholesterol. The benefit of pectin in Guavas is to lower cholesterol because pectin is able to bind cholesterol and bile acids in the intestines and help remove it.
  4. Antioxidants
  5. Clean the blood. Guavas juice helps reduce heartburn and relieve constipation and thirst.

Benefits of Star fruit Juice
  1. As a drug to lower high blood pressure (hypertension).
  2. As an antioxidant and anti cancer.
  3. Increase endurance or stamina.
  4. Preventing and treating canker sores.
  5. Facilitate digestion and constipation.
  6. Lowering cholesterol and blood sugar levels.
  7. For women, of course, the benefits of star fruit juice can be used to treat skin and facial beauty. With the vitamin C content high enough, star fruit juice can be used as an ingredient for face masks. So that makes the skin of the face is always fresh, stay awake elasticity, and make women look younger.

Thanks for Viewing!!!

Friday, April 13, 2012

Tips: Kehebatan Madu Mentah

Source: Google (image)
Madu mentah yang belum diproses, asli, tidak dihangatkan lagi.
Madu mentah mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus dan ciri-ciri antibiotik.

Ia juga merupakan antioksida yang kuat yang paling penting ia mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan luka
dan merawat jangkitan kulat.

Selain dari itu, madu juga pemberi tenaga yang baik untuk badan kita.
Satu sudu setiap pagi dapat memberikan tenang yang diperlukan untuk tugasan seharian.

Jangan lupa juga tambahkan madu dalam senyuman k..

Thanks for Viewing!!!