Thursday, July 26, 2012

Resepi: Almond London (raya promotion)

Sebelum puasa ash ade test buat Almond London Cookies for sample. Saje nak test market dekat office ash. Tapi ash dah terlambat mengeluarkan sample so depa ni semua dah pakat beli kat oghang lain. Sedih. Takpalah bukan rezeki ash.

So di hari mulia ni ash nak share with all my viewers (ceh macam la ramai yang view blog kamoo) the recipe keh. Ash tak ingat di mana ash salin resepi ni. Tapi i've tried and kengkawan office pun cakap sedap and rangup/rapuh so sesiapa mahu try silakan.




Almond London

Bahan-bahan/Ingredient:
250gm butter (i used Buttercup)
125gm gula halus/icing sugar
1         biji telur/egg
1         tsp esen vanila/vanilla extract
50gm  serbuk badam/almond powder
200gm tepung jagung/corn flour
300gm tepung gandum/wheat flour
2          tbsp tepung beras/rice flour
1          tsp baking powder
200gm almonds



Cara-cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sebati.
3) Masukkan serbuk badam dan gaul sebati dengan sepatula. Kalau nak lebih sedap gunakan badam yang di panggang  dan dikisar sendiri.
4) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Adun sehingga menjadi doh.
5) Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz dikehendaki. Boleh letakkan almond di dalam doh.
6) Bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 20 minit.
7) Sejukkan sebelum dicelupkan kedalam coklat dan taburkan sedikit almond nib di atasnya.


Amacam mengancam tak Almond London ash? Biskut ni memang wajib ada pada setiap tahun raya. Belum raya pun biskut ini akan tinggal setengah dah. hehe pelahap betul. So kalau sesiapa yang mahu dan malas nak membuatnya bleh ke tempah dengan ash. PM or leave your comment below k.

50 biji = 1 bekas = RM20
*tidak termasuk postage ye!

Thank for Viewing!!

No comments:

Post a Comment