Thursday, July 5, 2012

Quotes: Work best under pressure!!

Huhu faham tak maksud quotes di atas? mesti ramai yang dah pernah dengar or gunakan ia dalam perbualan anda.

Tapi bagus kah kalau kita mengamalkan cara sebegini terlalu kerap? Macam ash kadang-kadang ash pun selalu juga macam ni. Contohnya dalam pekerjaan ash ni as programmer. Lebih-lebih agi bila dateline tu tggal lagi dua jam tapi ash berjaya menyiapkan kerja tu dengan baik. Tapi keburukan yang ash dapati ialah akan ada tempat lain yang kita tak sempat nak cek sepenuhnya. Mungkin tempat lain keluar error disebabkan ash ubah coding di tempat lain. So bila time presentation mula kantoi...huhu


Satu lagi time study dulu, buat assignment or FYP. Masa time byk lagi asyik berfoya-foya je (bukan ke clubbing or berseronok dgn jantan ok) bila time dateline barulah nak terkial-kial siapkan. Sampai tidur pun tak de masa. Asyik stay up late je. Akhirnya apa yang kite buat tu siap mmg siap tapi kualiti persembahannya ala kadar je betul tak? Yela de satu lagi quote yg selalu student gunakan "Asalkan siap!!" huhu

Tu la semua pengalaman ash. Ada kala nya ia membantu kita tapi ada masa ia adalah musuh kite yang akan memakan diri kita sendiri contohnye dapat gred C tuk FYP. hik hik hik sape la tuh kan...

Source: Google
Kenapa la ash tetibe merepek tentang hal ni ek?? huhu sebab malam ni ash kne stay back dekat opis lewat. Esok pagi de meeting yang memerlukan kerja-kerja in hand siap. Bukan ash shj semua team mate pun kne. Lagipun ash "car pool" with akma. So kne la tggu die walaupun kerja ash dah siap...huhuhu

So "sediakan payung sebelum hujan" k...maksudnya sebelum korang kene marah dengan bos or dapat "F" utk FYP/assignment. Sila la urus time anda untuk menyiapkan task korang tu k. Jangan amalkan kerja last minute ni. Susah nanti kalau dah terbiasa.

"The world only exists in your eyes-your conception of it. You can make it as big or as small as you want to."

Thank for Viewing!!

No comments:

Post a Comment