Wednesday, April 16, 2014

#Tips : Amalan Diet yang boleh korang cuba.

Tengah-tengah buat kerja opis tadi, tergerak pula nak google, pasal losyen Anugerah. Untuk pengetahuan semua sebelum bersalin lagi Ash dah gunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah.
Tapi nanti la Ash cerita pasal losyen tu k Sebab entry kali ni pendek je.

Tadi de terbaca dari sebuah blog tentang diet yang tidak memerlukan senaman. Tapi agak extreme juga la. Tapi mana yang Ash rasa ok itu shj yang Ash kongsikan k. And kebetulan pula ada juga yang Ash memang dah amalkan.

Basically, time makan kita ni ada 3 phase:

Detoxification Phase (Fasa Detoksifikasi) - 6 a.m - 12 p.m
Seeloknya 1 jam ke 11/2 jam ambilah sarapan.
Jangan biarkan melebihi 2jam perut kita berlapar, kerana 5% kadar metabolism kita akan jatuh.
Selain dari itu, kita akan mempunyai nafsu yang sangat tinggi dan membuatkan kita makan dengan lebih banyak.

Sarapan yang disyorkan:-
Buahan-buahan
Roti wholemeal
Jacob crackers

Nota: Yogurt kurang sesuai bagi yang gemuk air. (not sure why will update)

(Ash selalu pagi memang makan berat terus, mee goreng, bihun, maggi goreng tapi sekarang dah kurang makan nasi lemak)

Digestion Phase (Fasa Perncernaan) - 12 p.m - 8 p.m
Snacks - 3jam selepas sarapan - seeloknya buah-buahan/biskut
Lunch
1 gengam nasi, lauk banyak tak pa terutamanya sumber protein kerana protein ini melambatkan rasa lapar.
Jangan dilupa sayur-sayuran penting whoooaaaa
Snacks - 3jam selepas lunch - seeloknya biskut
Dinner
* kurangkan memakan karbohidrat, seeloknya makan yang mudah dihadam. Cth makan lauk shj.
Kalau nak makan nasi juga, still kuantitinya segenggam kalau boleh jangan melebih jam 7 p.m sebab lambat dah tu nak dihadam.


Absorption Phase (Fasa penyerapan) - 8 p.m - 4 p.m
Boleh minum air masak, coklat, barli, susu kerana kadar penyerapan time ni tinggi.
Tapi selepas pukul 10 p.m jangan minum air banyak k. Sebab air akn terkumpul dalam badan dan menyebabkan kita buncit, boroi dan menyebabkan kita lesu di pagi hari.

Kalau sebelum pukul 10malam memang bagus minum air masak banyak sekurangnya 3-4liter sehari. Minum air yang cukup dapat membantu membuang air yang berlebihan dalam badan. Sambil air berlebihan tu keluar, keluar juga la toksin dan lemak-lemak yang membuatkan kita kurus selepas itu. hehehe
Oklah nak sambung keje. Ash hanya berkongsi apa yang Ash bace. Kalau rasa logik boleh cuba k dan sharekan die comment bawah supaya ramai yang boleh cuba juga jika berhasil

Yang pasti ini lah yang Ash amalkan selepas bersalin tetapi dengan sedikit bantuan Shaklee dan juga Anugerah.

Thanks for Viewing!!!

1 comment:

  1. errrmmm..errrmmm...... kena disiplin tinggi ni... kalo hangat2 tahi ayam... takut lagi gemok dari sebelum....

    ReplyDelete