25hb Nov 2011, 9.47am - Satu panggilan diterima dari Mak long.
"Kak Long ni ade berita yang tidak baik. Tok Iman baru je meninggal."
"Innalillahi wa innailaihirojiun...bila ma?"
"Pagi ni baru je. Kak Long kalau boleh amik cuti setengah hari ke mungkin buat kat rumah ni. Call ibu suruh ibu balik kalau boleh."
"haa...ok nt akak cuba tengok macam mana."
tutt tuttt.....tutt...[panggilan ditamatkan]
Tahun 2011 aku telah kehilangan 2orang nenek dan seorang datuk sedara (adik nenek belah ibu).
Sangat sedih kerana esok pula hari jadi aku yang ke-24 tahun. Kedua orang nenek aku tak sempat pun melihat cucunya ini bersanding. Aku cucu yang sulung.
"nenek, opah dan tok iman...akak minta ampun di atas segala dosa akak pada kalian dari saat akak dilahirkan sehinggalah sekarang ni...doakan kebahagiaan akak bersama suami ye...akak berjanji akak akan jaga keluarga kita...akak xkan biarkan orang lain mengganggu keluarga kita...
akak doakan nenek, opah dan tok iman ditempatkan di tempat orang yang beriman...di Syurga..."
Al-Fatihah buat
Allahyarhamah Zaiton Sidek (nenek), Allahyarhamah Zawiyah (opah) dan Allahyarham Iman (Tok Iman)
semoga diampunkan segala dosa mereka dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman...amin