Friday, January 28, 2011

Alhamdulillah...ini la rezeki kita pada hari ini...

Burppp...alhamdulillah...oppss sowie tak senonoh btul aku ni...hehehe kenyang sangat hari ini sebab kat opis ada wat makan-makan sikit.

Menu hari ini adalah NASI BERIANI..ada lauk dalca, ayam masak merah, kurma kambing dan acar...sedap sangat!!! Makan tengah hari ini telah di sponsor oleh En Roslan dan di masak oleh Puan Khamsiah...En Lan Saje je belanja satu opis makan hari ni...


Tapi sowie la tak sempat nak amik picture hehehe sebab lapar sangat tadi...huhuhu

Pape pun Thank You and domo arigatou En. Lan...Nanti  "de rezeki agi" belanja la lagi...hehehehe

Karipap IKEA yang cedap tangatttt!!!

Ianya bermula dari status ym hazima (opismate aku)..." Nak Karipap IKEA.."

So aku pun tanya lah sedap sgt ke karipap kat IKEA? Besar ke? Berapa harganya?

Hazima : "Sedap sangat! Kena cuba sendiri baru tau.."

Kitorang pun g la IKEA or IKANO untuk membeli karipap yg menjadi sebutan ramai ni. Sekeping rm1 and kalau beli 1/2 dozen rm5.50 (6 keping)...





Dan akhirnya dapat jugak aku rasa Karipap IKEA...Memang sedap sangat...berbaloi la rm1..hehehe yang donut tuh dr Dunkin Donut (Choc Pudding)...teringin nak makan donut so beli la sekali...hehehe

So kpd sesiapa yg belom pernah rs Karipap IKEA sila lah beli di IKEA...Memang Berbaloi !!!

Hujan di tengah hari...

Wahh bestnye hujan. Sejuk giler kat opis nih. Kalau dekat rumah ni tiada aktiviti lain la yang akan di lakukan selain....... 


TIDO...!!!





Begini la 'view' dari opis tempatku mencari rezeki.....HRSC, Neo Damansara.

Sejuk je kan pemandangan ni...tapi aku masih di opis so kne la "go on continue my work"...daa~

Thursday, January 27, 2011

Tensinyerrrr ngan mySQL !!!

Tensiiiiii betul!!! Dari semalam try to restore database ke localhost. Tak boleh-boleh.

Dan akhirnya pagi ni datang awal ke opis, uninstall sume mySQL dan install yg baru.

Dengan bantuan Hallmi berjaya jugak nak restore database. Yeay!!! So peringatan kepada sume yang nak install mySQL Aministrator dan mySQL Server mestilah sama version. Jangan lah guna version yang berlainan confirm sampai bila-bila pun x compatible.huhuhuhu

Sowie lah kepada sesiapa yang kurang memahami syntax-syntax di atas. Dan bagi yang memahami mesti korg tau kan betapa tensinya saya.

Wednesday, January 26, 2011

wahhh...blog...i'm a blogger!!!

        Tidak pernah terfikir di fikiran akan adanya blog sendiri. Hahahaha...ni adalah sesuatu yang baru dalam hidup norashikin binti Hapizi aka ash or aslee...

Selama ni punya la malas nak mengadap laptop mahupun pc (padahal keje pun kene ngadap pc) tup tup nak jadi "blogger". Fb pun dah 'inactive'..Kesian member-member dalam fb. Tapi jgn risau aku akan kembali di fb...huhuhuhu...

        Hehehe sebenarnya aku menjadi blogger ini kerana satu "misi" ...misi yang tidak diungkap dengan kata-kata. Nanti bila misi dah tercapai barulah aku akan umumkan apakah misi utama aku menjadi blogger. 

        Diharapkan semua blogger diruangan blog ini akan menyokong aku yang masih baru dalam dunia blogger ini.

Akhir sekali salam perkenalan dari ash....Assalammualaikum.w.b.t...