Monday, May 28, 2012

Resepi: Pasta Seefood Goreng

Hai semua, tetibe je ash teringin nak makan Pasta Goreng. Ash mmg hantu pasta and pastry. So arini ash nak share resepi ash yg korang bleh try lepas ni k.

Resepi : Pasta Seefood Goreng
Bahan-bahan:

 1. Pasta Italian Rigatoni (selalu ash guna Spaghetti or Angle Hair or Spiral)

 2. Sayuran - kubis, lobak merah dan tomato (terpulang pada masing-masing)

 3. Bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk (or blend dengan cili kering k)

 4. Cili kering (ash malas nak blend so gune packet je)

5. Seafood - sotong dan udang (boleh guna yang bebola or stick k)

6. Gabungan sos tiram, cili dan kicap

Cara-cara:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk/kisar beserta3 cili sehingga pecah minyak. Pastikan betul-betul masak k nanti sakit perut.
2) Masukkan seafood dan gaulkan sebentar. Masukkan pula sos cili dan sos tiram. Kalau nak masam sikit lagi masukkan sos tomato k.
3) Bila dah masak seafood kita, masukkan pula sayuran serta garam dan kicap. Boleh letak aginomoto tapi ash tak pakai.
4) Akhir sekali masukkan pasta yang telah direbus. Gaul sebati dan rasa la kemasinannye klo kurang masin tambah lagi kicap k.

Tada siap dah Pasta Seefood Goreng kita. Senang je. Macam mee goreng juga. Tapi gunakan pasta. Kalau Spaghetti or Angel Hair lagi sedap.....Satu mangkuk ash sorang je. huhu

Selamat mencuba!!!

2 comments: