Saturday, November 30, 2013

#Shaklee : Kurus dengan hanya menyusu kan bayi .. betul ke?

Hi all,

Memang betul menyusukan bayi selepas bersalin dapat mengembalikan bentuk asal seorang ibu kepada bentuk badan sebelum dia mengandung. Malah ada juga ibu yang berjaya mendapatkan semula berat asal seperti mula sebelum kahwin. Zaman muda, anak dara gitu. Siapa yang tak mahu kan??

Menyusukan anak sehari dapat membakar kalori di dalam badan, 200-500 kalori per sesi. Sebab itulah ibu akan sentiasa berasa lapar, cepat lapar. Oleh hal demikian, kita akan makan lebih kerap. Makan dengan lebih kerap ini pula dapat membantu mempercepatkan atau mempertingkat kadar metabolisma dalam badan. Jadi banyak la lemak yang baru di makan or lemak yang lama digunakan sebagai tenaga si ibu. 

Tapi tak semua orang badannya sama, ada juga yang tidak berjaya menurunkan berat badan. Mungkin ada silap nya di mana-mana. Gaya pemakanan, kehidupan seharian, faktor genetik/keturunan malah cara berpantang pun mungkin boleh mengakibatkan berat badan tak turun-turun walaupun menyusukan anak secara esklusif selama 2 tahun. 

Jangan risau, mungkin Set Kurus dari Shaklee dapat membantu anda. Jika anda konsisten dan mengamalkan diet dan cara kehidupan yang sihat, insyaallah badan anda akan kekal langsing walaupun selepas tidak menggunakan produk ini lagi. Yang berbaloi-baloi, produk ini sekali beli boleh tahan selama 3-4 bulan (bagi yang begitu cermat/jimat). 

Supplement untuk Set Kurus Shaklee :-



* Lecithin dan Alfalfa adalah suplement wajib untuk anda ambil sekiranya mahu kurus disamping menyusukan anak. Dan sebagai tambahan (jika berkemampuan or ada budget lebih) ambil sekali ESP.


Ramai sudah berpuas hati dengan hasil dari menggunakan ketiga-tiga produk di atas dan saya juga tidak terkecuali. Memang berbaloi. Apa tunggu lagi, cepat-cepat tempah Set Kurus Shaklee anda. Jangan bimbang tentang harga, saya akan memberikan konsultasi dan harga yang terbaik mengikut budget anda.


Friday, November 22, 2013

#Baby Journey : Lahirnya Muhammad Adam Rizqi

Tanggal 21hb Julai 2013, tepat 2.30 pagi, lahir lah puteraku, yang diberi nama Muhammad Adam Rizqi bin Abdul Rhuzaine. Kenapa nama ini dipilih? Actually nak mengekal Capital Letter nama ayahnya, Abdul Rhuzaine, hehehe...

Adam Rizqi 1st Day at Hospital : 2.97kg

Adam Rizqi 1 week : 3.5kg

Adam Rizqi 2 weeks

Adam Rizqi 1 month : 4.5kg

Adam Rizqi 1 month 2 week

Adam Rizqi 2 months : 5.8kg

Adam Rizqi 2 months 2 weeks

Adam Rizqi 3 months : 6.5kg

Adam Rizqi 3 months 2 weeks 

Adam Rizqi 3 months 3 1/2  weeks
4 bulan sudah my little prince ni. Macam baru semalam je mama lahirkan kamu sayang. Bersyukur mama dan papa dapat kamu kerana kamu la pengikat lagi kuat kasih sayang antara kami. Mama dan Papa kamu akan membesar menjadi anak yang Soleh dan berguna dunia dan akhirat. Kami berjanji akan membesarkan dan manjaga kamu sebaiknya sayang. ILOVE U SO MUCH...muahxxx...

Walaupun entry ni entry dah basi but who cares...nak post jgak...hehehehe...Entry ni boleh dibuat kenangan terindah...Will update more of my little prince pictures okey.....daa~

Thanks for Viewing!!!

#Baby Journey : Teknik Power Pumping memang berkesan

Salam semua, sejak aku menjadi mommy ni memang la tersangat busy. Bukan busy dengan kerja-kerja rumah je or keje opis, dah tambah satu lagi tugas baru iaitu menjaga baby. Alhamdulillah Rizqi sekarang dah 4 bulan. Sihat walafiat dan makin kuat minum susu.

My cute little prince: Muhammad Adam Rizqi b Abdul Rhuzaine
Alkisah tentang susu aku tetibe je merajuk aka merudum. Pada hari Isnin lepas akupam susu seperti biase di opis. akuselalunya akan pam susu 4 sesi die opis. Start dengan pukul 8 pagi, pukul 11 pagi, pukul 2 ptg dan pukul 4 ptg. Nak dijadikan cerita, sesi pagi tu aku pam dapat 1oz lebih sikit je, tak sampai 2oz pn untuk sebelah kanan. Selalu aku akan dapat dalam 2oz ke atas. OK xpe aku teruskan pam sebelah kiri plak. Ohya  lupa plak nak beritahu, pagi tu tak de LDR. Hanya 3titik je LDR dari sblah kiri. Selalu dapat la jugak 30ml. Selepas ckup 10minit pam sblh kiri, aku pn stop and nak transfer la susu ke dalam container. Sekali aku tgk dapat 2oz je. Ahh sudah kenapa sikit sangat. Tapi nak sedap kan hati, aku cakap mungkin sebab pagi tadi Rizqi df kul 6.15, so belum ckup produce sangat la kot. aku pun simpan la.

LDR Power Pumping Day 1

Power pumping Day 1 : Pump each breast 10minutes

LDR + Pumped EBM Power Pumping Day 1

Sesi kedua pun aku dapat sikit jugak dalam 2.5oz je. aku dah tak sedap hati. Sesi ketiga and keempat pun sama. So hari Isnin tu aku dapat bawa balik 3btol yg setiap satunya 100ml je. Mana cukup Rizqi perlukan 5botol. 2 botol 2.5oz(80ml) 3 botol lagi 100ml stiap satu. So terpaksa la malam tu aku mengepam susu sambil df Rizqi.  Tapi sampai ke pagi esoknya, susu tetap x ckup walupun aku bekal 5botol sebab stiap satu botol xckup isipadu yg sepatutnya. Even time Rizqi tgh menyusu bahagian blah kiri pun die ngamuk. Macam susu aku xkeluar dan dia tak puas. Bila pam malam pun susu blah kiri memang keluar beberapa titik je. Macam dan kering. Petang tu dalam kul 4 pengasuh nursery msg btau susu tak cukup. Tapi nasib baik la aku dah nak balik dah 4.30ptg. So aku trus gerak dari opis, sampai nursery dalam kul 5, depan2 umah org tu aku df Rizqi. Sebab Rizqi ni kalau perutnya lapar dia akan cepat mengamuk, dah la perjalanan ke rumah nak kena tempuh jem lagi. Ade kang bontot Merc or BMW yang aku akan cium jap lagi.

Power Pumping session Day 2
Owh lupa lagi, hari Selasa dan Rabu pun sama jugak hasil pengepaman susu yang aku dapat bawa balik malah makin sikit. Jadi aku pun whatsapp Kak Yati, consultant Shaklee yang mmg selalu bantu aku. aku cerita la masalah aku dari A-Z. Dia pun xpasti puncanya susu aku merudum macam tu sekali. Dia cakap mungkin sebab aku minum kopi kot. (aku baru je 4hari berturut minum kopiko LA coffee secwan setiap hari). Jadi dia nasihatkan berhenti minum kopi dulu sementara and try buat power pumping. Jadi ari Khamis aku sampai opis trus aku buat power pumping. Ash mmg sampai awal dan opis aku bebudak akan sampai dalam kul 10 so sebelum dorg sampai, aku pun start la projek, hehehe.

Power Pumping session Day 3
Alhamdulillah, teknik benar-benar memberi kesan, susu aku dh kembali meriah. Maksud aku kembali ke kuantiti normal yg selalu aku dapat. Malah pada sesi yg ketiga aku berjaya dapat extra 2oz. Syukur alhamdulillah. Aku seronok and gembira, itu lagi membuatkan susu aku dihasilkan dengn cepat and banyak. Yela nak maintain susu kene tenang ye, tak boleh stress. Aku pun whatsapp Kak Yati, die pun gembira dengar. So starting dari hari itu, aku akan selalu buat power pumping setiap hari di waktu pagi dalam kul 8 camtu and stiap kali pump aku akan extrakan masa pump. Dulu just 10minutes for each breast, now i buat 15-20minit setiap pam. Kalau betul2 tak sempat aku akan buat sebelah malamnya nak menjelang ke Subuh. Jadi kepada mommy yang masih ragu-ragu dengan teknik Power Pumping ni or macam malas je nak buat, try dan buatlah sedisplin yang mungkin k. Seminggu dua kali or seminggu sekali pun cukup kot. Dan jangan pulak bila pertama kali buat dah trus nak hasilnye banyak. Bersabar. Setiap ibu lain, jadi mungkin ada yang lambat sikit de yang cepat k. Jangan putus asa.

Kalau de pape pertanyaan boleh je tinggalkan komen di bwah k...

Thanks for Viewing!!!

Thursday, November 21, 2013

#Baby Journey : Perihal botol susu MAM, Tommy Tippee, NUK

Lama aku tak update blog. Kalau blog ni ada janggut mesti dah berjela dah. Alhamdulillah 21hb Julai 2013 aku selamat melahirkan seorang putera, yang diberi nama Muhammad Adam Rizqi. Kalau ikutkan duedate is on 29th Julai 2013. Walaupun awal seminggu, Adam dalam umur yang sesuai or cukup dah tuk dilahirkan. Pengalaman bersalin?? next entry will tell u'olls cmne ash before masuk wad until la keluar labour room.

Waktu dah semakin hampir untuk aku melangkah masuk semula ke pejabat. Yela cuti hanya dua bulan itupun stgh bulan unpaid leave. Nak buat cmne tak cukup setahun lg aku berkhidmat di SVM Malaysia. Jadi nak tak nak aku terpaksa mengajar anak ku Rizqi minum susu dari botol. Kesian pun ada jugak. Kali pertama aku memberinya susu botol, die menangis, meraung, mengamuk semua ada. Sampaikan aku pun nak menangis yela membayangkan kalau dgn aku pun die dah ngamuk macam ni apetah agi bila bersama pengasuh di nursery nanti. Tapi ini semua persediaan untuk Rizqi nak tak nak terpaksa latih kan jugak.

Memula tu aku gunakan botol susu NUK dan aku terpaksa bagi susu formula sebab aku tak membuat stok. Masa ni memang jahil sgt psl BF. Memula mmg die minum la jugak tapi bila dah selalu disuakan susu mmg die keluarkan or luahkan time kite sumbat mulutnya dengan botol susu. Aku try plak tukar ke botol Pureen pon macam tu gak, tapi langsung direjectnya bulat2. Baik lagi time die minum dari botol NUK tuh. So aku pun mula menggoogle solution untuk anak ku ini. Sekali terjumpa satu blog yang mengatakan anaknye terima susu botol jenama MAM. Jadi aku trus mencari laman web MAM. Mengikut yg die tulis botol ini menggunakan Silk Teat yang lembutnye meyerupai nipple ibu. So xde la nipple confusion akan berlaku. Aku pun google la mn nak beli or kedai yg berdekatan dengan aku yg ada menjual botol MAM. Tapi hampeh tak da pun kedai yang menjual botol ni. Aku pun mengorder online. Harga sebotol RM27.90. Silk teat tu mengikut umur bayi. Start dari 0 hingga 4bulan. Umur selepas itu digalakkan menggunakan cawan. Aku pilih
Baby Bottle 270ml yang 2++ months Silk Teat. Owh perbezaan umur ini untuk menentukan flow or lubang pada teat tuh. Kalau 0-2months flow agak perlahan n satu lubang je. Kalau 2++ month flow sederhana and 4++months flow laju.

Lebih  kurang seminggu parcel pun sampai. Punye la excited so try la bagi botol tu dekat Rizqi. Memula dia macam tgh merasa. Mungkin die dapat rasa yg botol kali ni lain. Lepas beberapa minit die minum susu dalam botol tu sampai habis sampai tak cukup. Alhamdulillah die terima botol tuh. Jadi aku pun teruskan penyusuan botol menggunakan botol jenama MAM.

Cantik packaging botol MAM ni, Blue for baby boy hehe
 Tapi selepas beberapa hari, masalah mangamuk kembali. Sebab aku hanya trained Rizqi minum botol waktu siang je. Malam mmg fully df. So sebabkan yang memberi susu botol tu pun aku jugak agaknya die marah yela aku mommy die yg boleh bf or df dia tapi kenapa bagi botol. Even aku perah susu masuk dalam botol pun die susah nak ngabih kan. Kena nangis dulu baru minum. Kesian sangat. Tiba la hari aku nak bekerja and time tu Maklong aku yang jaga Rizqi dulu sebab aku nk mula hntr nursery 1hb 10. Macam tu la Rizqi dengan Maklong. Mengamuk jugak. Bila aku sampai ptg df Rizqi mcam xcukup susu die mnggila isap breast. Tapi biase la kite still kena ajar dia sebab tak mahu dia mengalami kesukaran bila dah bersama pengasuh nanti.

Dari kiri: Pureen, MAM and NUK
Alhamdulillah sekarang dah dua bulan dah pun Rizqi di taska. Seminggu selepas hantar taska, hujung minggu di rumah aku saja la nak test Rizqi, bagi susu dalam botol and resultnya sangat memuaskan. Dia langsung tak nangis or luahkan semula susu. Minum sampai habis. Good boy and well done my son. Aku pun dah mengorder sebanyak dua botol lagi botol MAM ni..hehe Combo Twin pack, ada warna Hijau and Pink. Boleh la buat ganti-ganti. Akhirnya tiada masalah lagi yang perlu dirisaukan sekiranya Rizqi terpaksa tinggal di nursery or dengan Mak Long aku. Cuma perlu bekalkan EBM yang cukup je.

Bersusah Rizqi minum sampai kembang-kembang hidung.

"Mama, Kenapa tutup muka Rizqi, aiyaaa...mama ni......"
Ohh, sebelum terlupa, aku pernah juga try Tommy Tippee, tapi Rizqi tak minat. Nipple nye sangat lembut, n boleh ditolak2  guna lidah. So masa die minum susu tu, di juihkan puting tu keluar. Nasib baik la botol Tommy Tippee tu diberi oleh jiran sebelah rumah Mak Long, Nana. Anaknye pun pakai sekejap je. Dengar aku nak beli dan try jenama tu, dia terus bagi. Dia kata try dulu, buatnya Rizqi tak mahu kan membazir. Tak mahu membazir ye mommy, amalan Syaitan..ish ish ish... Sesiapa yang nk try boleh je. Mana tau baby suka dan boleh diterima.

Thank you MAM!! you bottle save my life...hehehe

Thanks for Viewing!!!