Friday, March 21, 2014

Skype conversation: Perubahan


[10:26:46 AM] : belom...
[10:26:51 AM] : kawan sye meninggal..
[10:29:04 AM] : xtau awk..sye bkk fb die ckp die jatuh..pastu trs meninggal..
[10:29:09 AM] : sedeynyerr....
[10:29:11 AM] : huhuhuhu..
[10:29:20 AM] : kwn close sye mse skolah dlu..
[10:29:28 AM] : die kt kelantan skrg...
[10:29:38 AM] : die br jer bersalin bulan 1 aritu..
[10:29:42 AM] : cian bby die...
[10:29:44 AM] : huhuhuhu
[10:30:19 AM] norashikin hapizi: la yeke?
[10:30:41 AM] norashikin hapizi: kesiannye...ala sedihnye...sb sy sllu je terpikir pe la jd kt adam kalau sy xde...
[10:30:54 AM] norashikin hapizi: xdpt sy nk bygkan...sape yg akn jaga...nk minum susu pe...
[10:30:59 AM] norashikin hapizi: ala kesiannye
[10:31:58 AM]: suami die ade lg...
[10:32:09 AM] : klu awk nk tau..kwn sye nie ade anak angkat..
[10:32:21 AM] : die jge sebelom kawen lg..sbb ade org nk buang budak nie...
[10:32:43 AM] norashikin hapizi: buang budak?
[10:34:30 AM] : haah..mak budak tu xbetol..nk campak anak tu...
[10:34:37 AM] : trs die amik jage..
[10:34:39 AM] : huhuhuhu..
[10:34:48 AM] : then awk tau suami die plak oku..
[10:34:54 AM] : kaki lumpuh...
[10:35:03 AM] norashikin hapizi: besarnye pengorbanan die...
[10:35:23 AM] : mmg lumpuh sebelom kawen..
[10:35:30 AM] : die terima suami die seadanya...
[10:35:48 AM] : syg sggh die ngan suami die wlpn suami die cacat...
[10:35:51 AM] : huhuhuhu..
[10:35:59 AM] : sekarang die dh pergi...
[10:36:06 AM] : sedey sgt rasenyer...
[10:36:41 AM] norashikin hapizi: haah kesiannye..cmne la suami die nk jaga baby...
[10:36:47 AM | Edited 10:36:52 AM] norashikin hapizi: br 3bulan kan?
[10:37:12 AM] norashikin hapizi: minta2 la baby die akn kuat cam dia juga...hmmm sedih
[10:37:28 AM] : haah...3bulan dh...
[10:38:27 AM] norashikin hapizi: huhu sejak jd isteri n ibu ni kan..hati sy ni sgt sensitif...huhu kalau dgr citer2 cmni kan mmg rs mcm nk menangis...bergenang air mata...
[10:38:47 AM] norashikin hapizi: huhu naluri kuat sgt...sedihnye....kdg2 sampai xsanggup nk dgr or bace...
[10:38:49 AM] norashikin hapizi: huhu
[10:39:44 AM] : xyah la nanges awk eh...
[10:39:48 AM] : nilah kehidupan..
[10:40:03 AM] : sye xle nk nanges lg sbb sye terkejut..
[10:40:05 AM] : huhuhuhu

Di atas adalah perbualan ku bersama seorang kawan di office, pagi tadi. Sedihnya bila mengenangkan kalau ia terjadi pada keluarga ash. Soalan yang pertama yang akan ash tanya : "Siapa yang akan menjaga dan menyusukan adam? Adam minum susu badan aku..."

Kemudian barulah soalan lain yang akan terpacul keluar dari mulut ini. Memang bergenang air mata ku semasa berbual tadi. Sehinggakan ash nk je tulis, boleh tak jangan cerita tentang ni lagi. Ash pun tak tahu kenapa bende macam begitu memberi kesan kepada ash. Pernah juga dulu ash online fb then suddenly ternampak picture, seorang bayi sedang menyusu dari ibunya yang dah mati akibat peperangan. Sedih dan ash menangis melihatkan kejadian tu. Ash tak dapat bayangkan sebab ibunya dah mati, masih ada lagi kah susu yang diisap oleh bayi itu? Tahu kah dia yang ibu nya sudah tiada? Apa nasib bayi itu? Adakah dia juga akan mati akibat bom atau tidak makan? Dalam hati ash hanya mampu berdoa, semoga seseorang yang berhati mulia akn mengambil dan menjaganya. Sehingga ke hari ini, imej tu langsung tak hilang dari kotak minda ash.

Sejak menjadi isteri, dan sekarang menjadi ibu, hati ash betul2 sensitif. Ash dah tak sanggup lagi nak mendengar cerita-cerita seperti di atas lagi. Ash tak mampu nak menatap imej2 sedekimian lagi. Dalam hati setiap kali tengah memandu ke tempat kerja atau balik ke rumah, selalu berdoa hindari dari berlaku kemalangan atau perkara yang tidak di ingini. Ash perlu kuat, ash perlu teruskan hidup untuk anak dan suami ash. Ash tahu tanpa ash mereka takkan mampu hidup seperti mana sekarang. Hubby takkan boleh menjaga Adam Rizqi sendirian. Dia pun akan tidak terurus. Mereka belum bersedia untuk ash tinggalkan. Jadi ash perlu menjaga diri ash demi menjaga mereka sehingga mereka bersedia.

Mungkin kawan ash tadi belum lagi mengerti apa yang ash maksudkan. Tak pa lah dia pun akan berkahwin tidak lama lagi, dan mungkin akan mendapat anak selepas itu. Biarkanla dia merasa seperti mana ash rasakan. Dan pada hari itu mungkin barulah dia akan faham. Mungkin ada juga ibu-ibu atau isteri-isteri yang merasakan begini. Jadi tabahlah wahai wanita. Kamu sangat istimewa!!!

Apepun,

Ya Allah yang Maha Esa, Aku belum bersedia....!!!

Thanks for Viewing!!!

Thursday, March 20, 2014

Penguat hati seorang isteri, peringatan buat seorang suami!!

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Sekadar hiasan

Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT."

Kerana isteri, rezekimu bertambah. Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. Kerana isteri, makan pakai mu dijaga. Kerana isteri, tenang hati mu. Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, ianya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. renungan sepintas lalu...

Sekadar hiasan

Sekadar hiasan
"Mengapa WANITA sering menangis? "

Jawab Tuhan :
Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi. WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru. WANITA sangatlah istimewa..

Wednesday, March 19, 2014

#Shaklee: Makan set slim shaklee tapi tak kurus...hmmm

Hi salam semua yang dikasihi.
Ash terpanggil untuk menulis entry kali ni bila pagi tadi ash call seorang kawan ash yang membeli set slim budget Shaklee which consists of ESP, Alfalfa and  Lecithin.
Yang ash terkejutnya dah 2bulan juga la die ambil set ni. and pagi tadi lagi sekali dia cakap dia stop ambil shaklee dulu sebab beratnya naik.

Adoiii...ni kali kedua dah. Sebab bulan lepas ash ada juga call bertanya khabar pun dia cakap berhenti. Tapi ash consult semula tanya cara pengambilan and pemakanan harian dia. So ash guide semula tuk ambil Shaklee dengan betul. Alhamdulillah selama semnggu tu berjaya la turun semula. Tapi arini dia cakap dia tak berjaya kawal nafsu makan dan beratnya naik semula.

Ok kawan-kawan sekalian sebelum anda berdiet anda perlu la tahu yang sebenarnya kalau anda berdiet yang salah dengan menahan diri anda dari makan or makan dengan kuantiti yng sedikit dari yang sepatutnya or kurangkan waktu makan akan membuatkan badan anda kehilangan zat or kalori yang secukupnya. Jadi bila badan letih lemah, mula kita akan craving tuk bende makanan yang tinggi kalori, tinggi gula, minyak untuk menggantikan semua yang hilang or tidak cukup tu dalam waktu yang singkat. Contohnye dulu ash akan sentiasa letih dan apa yang ash akan buat ash akan minum ribena or coke satu tin untuk dapat gula yang cukup tuk tenaga ash hari itu. Tapi ash kurang bersenam, tenaga dari air ribena or coke tu tak sempat habis dipakai pun badan ash, so nak tak nak tersimpan la ia menjadi lemak dan seterusnya dalam masa sebulan lagi bertukar menjadi lemak tepu pula. So akhir bulan, timbang naik berkilo-kilo.

Jadi bagi sesiapa yang mahu menguruskan diet jangan la skip makan. Makan ni bagus tuk menaikkan metabolism dalam badan kita. Cuma kita perlu kawal ape jenis makanan yang kita ambil dan kurangkan kuantiti makanan yang kurang berkhasiat ni. Banyakkan sayur dan buahan. Ni tak bila bab suh makan nasi yang lebih, ikan besar, sayur ciput. Sihat mende namanya tu. Tahu tak kegunaan sayur and buahan tu sebenarnya? Sila lah google ye kalau tak tahu. So bila tak kawal makan, walau makan mak nenek supplement pun takkan kurus. Mana taknya: makan tengah hari 100% lemak/kalori, minum ESP tuk bakar lemak 35% je. so yang lagi 65% tu kalau tak exercise, tak berpeluh mana nak dicampaknya lemak tu? Jadi kalau logiknya, jika ambil makan yang mengandungi 50% or less lemak/kalori dibakar plak oleh ESP 35% so now dah tnggal berapa dah lemak dari makanan yang kita makan tadi? 15% je kan? Turun naik tangga, berjalan ke tandas 5kali sehari kan dah boleh dah bakar 15% lemak yang tinggal berbanding 65% yang atas tadi tu.

So pokok pangkalnya kalau nak kurus tu sume kalau tak disertai usaha yang kuat takkan berjaya. Then satu lagi de juga yang belum cuba dah tak yakin or pernah cuba tapi gagal at the end salahkan produk or org yang jual. Semua orang lain ragam badannya. Jadi tugas diri sendiri la yang perlu mengenal diri tu and mencari apa yang sesuai tuk badan kita. Orang lain yang menjual or suggest tu selalunya dah pernah cuba dan berjaya jadi maksudnya memang sesuai la dengan badannya. Jadi kita ni kalau tak berjaya tolong la tanya diri dulu apa yang salah sebelum menunding jari menyalahkan orang. Anda sendiri yang nak cuba, nak ambil risiko dan membelanjakan duit anda jadi kalau tak berjaya kenapa perlu salahkan orang lain? Cam ade kawan ni dia cakap dh pernah ambil macam-macam dah, tapi tak berjaya termasuklah pernah ambil herbalife, tapi tak kurus juga, then ash suggest la try shaklee then bleh plak "Terasa nak cuba lah tapi kalau tak berjaya saya salahkan awak..." What the.......??? huhu Ape yang dah jadi dengan phrase "Terasa nak cuba.........bla bla bla"? Diri sendiri yang nak, ash tak paksa, cume cadang boleh ditolak dengan baik jadi kalau tak berjaya perlu ke ash yang disalahkan? Kenapa ash yang dulu ambil Herbalife boleh berjaya kurus, kawan lain pun sama. Sekarang ash dan kawan2 lain ambil Shaklee pun berjaya. Sume nya tepuk dada tanya selera!!! (eh kena ke dengan maksd ayat tadi?? huhu)

Lastly, bagi kawan-kawan yang ske skip makan or lewatkan waktu makan ni, jangan harap la ye bleh dapat berat yang di targetkan. Bila orang cakap perlu sarapan, sila la sarapan dalam range 7-9pagi. Kalau kul 10 baru nak breakfast, tu bukan breakfast lagi dah. Makan tengah hari dah. Orang selalu buat begini akan cenderung tuk makan lebih banyak. Sebab badannya dah dibiarkan lapar dengan terlalu lama. Ini salah ye. Jadi macam mana metabolism anda nak naik? Makan la ikut masa. Time makan, makan, time tidur tidur. Ni tak dinner kul 10malam. Balik kul 11 terus tido. Hmm perut pun marah sebab kul 10 tu waktu tidur dan rehat die dah. Tahukan perut kita ambil masa sekurang-kurangya 4jam tuk pencernaan? Tak tahu sila la google. Jadi makan la dalam range kul 6-8 malam. Jadi sempat la perut nak menghadam makanan tuk. Tak da la semuanya bertukar lemak.

So enough of celoteh. Sila kaji semula ye cara hidup, pemakanan, pengambilan supplement anda. Ramai yang dah berjaya, jadi anda pun kena la pastikan diri anda berjaya. Dah beli produk memahal takkan nak membazir. Baru pakai sehari dua jangan harapkan result yang sama macam orang dah pakai 1tahun. Kan tak betul tu. Pape msg or email or comment la bawah ni ye. Ash akan membantu sedaya mungkin. daa~~~

Thanks for Viewing!!!


Tuesday, March 11, 2014

#GA : Blog Paling Smart by cik Aish

Selamat pagi dan Assalammualaikum

Entry kali ni berkaitan Giveaway...lama tak join GA. Ga kali by Belog Cik Aish : Contest BLOG PALING SMART.



Smart ke blog ash ni? Semalam baru je ash tukar design page. Hajat di hati nak guna free template. Sekali tak boleh nak edit langsung width, sidebar sume. Hmm tak payah la. so ash pun guna la template by blogger je. Dan ni la hasilnya. Bagi ash ok dah. Simple and fresh especially part side bar yang de picture tu. Sukeeee...hihi terlebih sudah puji blog sendiri. LOL!!

Ohh kenapa nak join GA ni? sebabnya hadiah die SET VITAMIN PENJAGAAN KULIT SHAKLEE, wow mesti ada Vitamin D dan Vitamin C. Uolllss this two supplement adalah supplement yang boleh tahan juga harganya. Dan kebetulan pula stok ash sendiri pun dah nak habis, bila ada yang mahu beri as a gift why not kita try kan??

So hope, i can win the title "BLOG PALING SMART". Kengkawan lain jom pertaruhkan blog anda juga =)

Thanks for viewing!!!

Thursday, March 6, 2014

#Shaklee: ESP tengah murah uols...


Jom-jom promo bulan Mac ni, Hot -Selling item ESP. Huish berbaloi kalau beli time ni. Tersangat murah.

Mai la order dengan Ash, Ash akan beri harga yang murah pada uols.

Maaf la tak leh nak tulis panjang lebar. Tengah koje...hhuhu...jumpa lagi nanti. ye...

Thanks for Viewing !!!


Tuesday, March 4, 2014

Merajuk

Hmm pagi sedih sgt sebab En Hubby merajuk, or maybe hangin...hmm xsure la yg pasti we are in silent mode/therapy sekarang ni. Aku dah puas pujuk or call dah tapi no used. He won't answer or reply my sms.

Bendenye jadi semalam, kitorang sekeluarga keluar makan bersama. Then masa balik tu, time nk park kereta. Radio yang dipasang kuat la jugak, so time En Hubby nk reverse dia reverse laju je, then our sensor dah berbunyi. Aku pun tegur la. Tapi mungkin cara aku tegur tu membuatkan En Hubby tersentap kot. Then die terus membebel, cakap yang dia tahu la, dia dah lama bawa kereta, tak payah beritahu la., ape la. Niat aku sebenarnya just nak alarm dia je, mana tahu kalau bunyi radio yang kuat tu membuatkan dia tak perasan yang sensor dah berbunyi kuat. Sekali dia melenting. Aku pun ape lagi, merajuk la.

So masa keluar dari kereta tu, aku angkat Adam, n amik beg setengah dari seat belakang, then tutup pintu. Mungkin pintu tu macam terhempas sikit bunyinya, Yela dah bawa baby then beg lagi dekat tangan so terhempas la pintu tu. Then memang lepas tu aku terus je melulu ke lif. Tak tunggu dia pun. Memang merajuk, yela mood tengah baik tetiba dia nak hangin macam tu. Tapi time lif buka, aku tunggu kalau aku betul2 nak buat pasal memang lama dah aku naik je lif tu. Tinggalkan je dia dekat bawah sensorang.

Then dalam lif dia start lagi, cakap lepas ni xpayah dah keluar makan, setiap kali keluar makan nak hangin je. Sekarang ni sape yang start dulu???? aku ke?? dia membebel salahkan aku sume. Lagila aku sedih and agak bengang di situ. So aku pun merajuk la masuk bilik, kemas pe patut then tidurkan Adam. Nasib baik la Adam memang penat. So boleh la aku berehat, mandi and kemas brg2 tuk esok.

Dalam kul 9 malam plak dia buat hal keluar g mana pun aku tak tahu. Dalam hati memang aku risau tapi nak buat cmne aku call pun bukan dia angkat. Then kebetulan perut aku memang sakit. Sakit sangat-sangat, beberapa kali aku ke toilet. Mungkin salah makan kot. Aku isau juga suami aku tak de, aku dalam toilet lama then kalau pengsan ke ape ke ank aku tak de sape jaga. Then aku msg and try call. Memang langsung tak berangkat and berbalas. Last2 sebab keletihan tu aku ttidur. Dalam pukul 12 camtu aku terjaga, perut masih lagi sakit, nak bangun minum air, sekali tengok dia dah balik. Tidur atas sofa, hmm nasib la. Aku still lagi keras hati nak minta maaf walupun bukan salah aku. Tapi aku terus je tidur.

So pagi ni time En Hubby g kerja, aku terjaga, niat tu nak la g salam die sebelum g keje tapi Adam plak tengah menyusu, so En Hubby g keje camtu je. Hmm sedih. Call tak angkat msg tak balas. Sakit perut pun de agi. Cam nak pengsan je. Tak lalu nya nk breakfast. Tengokla tengah hari ni aku balik rumah, harapan dia ada la dekat rumah untuk aku pujuk. Tak pa la aku korban kan time lunch aku. Aku sayang dia, kitorang baru je nak baik, tapi lain plak jadinya. Baru je nak romantik, yela lepas bersalin ni macam-macam dugaan tau. hmm aku harap aku dapat bertahan hingga ke akhirnya. Aku sayangkan suami aku, tak mahu ada orang lain yang bersama suami aku. Aku harap kami sama-sama setia antara satu sama lain. Ya Allah bantula hamba mu ini. Amin...

Thanks for Viewing!!!