Hmm pagi sedih sgt sebab En Hubby merajuk, or maybe hangin...hmm xsure la yg pasti we are in silent mode/therapy sekarang ni. Aku dah puas pujuk or call dah tapi no used. He won't answer or reply my sms.
Bendenye jadi semalam, kitorang sekeluarga keluar makan bersama. Then masa balik tu, time nk park kereta. Radio yang dipasang kuat la jugak, so time En Hubby nk reverse dia reverse laju je, then our sensor dah berbunyi. Aku pun tegur la. Tapi mungkin cara aku tegur tu membuatkan En Hubby tersentap kot. Then die terus membebel, cakap yang dia tahu la, dia dah lama bawa kereta, tak payah beritahu la., ape la. Niat aku sebenarnya just nak alarm dia je, mana tahu kalau bunyi radio yang kuat tu membuatkan dia tak perasan yang sensor dah berbunyi kuat. Sekali dia melenting. Aku pun ape lagi, merajuk la.
So masa keluar dari kereta tu, aku angkat Adam, n amik beg setengah dari seat belakang, then tutup pintu. Mungkin pintu tu macam terhempas sikit bunyinya, Yela dah bawa baby then beg lagi dekat tangan so terhempas la pintu tu. Then memang lepas tu aku terus je melulu ke lif. Tak tunggu dia pun. Memang merajuk, yela mood tengah baik tetiba dia nak hangin macam tu. Tapi time lif buka, aku tunggu kalau aku betul2 nak buat pasal memang lama dah aku naik je lif tu. Tinggalkan je dia dekat bawah sensorang.
Then dalam lif dia start lagi, cakap lepas ni xpayah dah keluar makan, setiap kali keluar makan nak hangin je. Sekarang ni sape yang start dulu???? aku ke?? dia membebel salahkan aku sume. Lagila aku sedih and agak bengang di situ. So aku pun merajuk la masuk bilik, kemas pe patut then tidurkan Adam. Nasib baik la Adam memang penat. So boleh la aku berehat, mandi and kemas brg2 tuk esok.
Dalam kul 9 malam plak dia buat hal keluar g mana pun aku tak tahu. Dalam hati memang aku risau tapi nak buat cmne aku call pun bukan dia angkat. Then kebetulan perut aku memang sakit. Sakit sangat-sangat, beberapa kali aku ke toilet. Mungkin salah makan kot. Aku isau juga suami aku tak de, aku dalam toilet lama then kalau pengsan ke ape ke ank aku tak de sape jaga. Then aku msg and try call. Memang langsung tak berangkat and berbalas. Last2 sebab keletihan tu aku ttidur. Dalam pukul 12 camtu aku terjaga, perut masih lagi sakit, nak bangun minum air, sekali tengok dia dah balik. Tidur atas sofa, hmm nasib la. Aku still lagi keras hati nak minta maaf walupun bukan salah aku. Tapi aku terus je tidur.
So pagi ni time En Hubby g kerja, aku terjaga, niat tu nak la g salam die sebelum g keje tapi Adam plak tengah menyusu, so En Hubby g keje camtu je. Hmm sedih. Call tak angkat msg tak balas. Sakit perut pun de agi. Cam nak pengsan je. Tak lalu nya nk breakfast. Tengokla tengah hari ni aku balik rumah, harapan dia ada la dekat rumah untuk aku pujuk. Tak pa la aku korban kan time lunch aku. Aku sayang dia, kitorang baru je nak baik, tapi lain plak jadinya. Baru je nak romantik, yela lepas bersalin ni macam-macam dugaan tau. hmm aku harap aku dapat bertahan hingga ke akhirnya. Aku sayangkan suami aku, tak mahu ada orang lain yang bersama suami aku. Aku harap kami sama-sama setia antara satu sama lain. Ya Allah bantula hamba mu ini. Amin...
Thanks for Viewing!!!
No comments:
Post a Comment