Tuesday, May 22, 2012

Resepi: Sup Daging ala Utara

Apa habaq semua blogger sekalian. Hari ni cheq berubah mood plak tuk berkongsi resepi Sup Daging ala Utara dengan hang pa semua. Bukan pa, sejak berkahwin dengan oghang utara la ni...cheq byk belajaq masak masakan utara untuk En Hubby. Resepi nya semua cheq google ja...ramai ja blogger yang murah hati berkongsi resepi depa. Satu lagi tempat yang cheq suka cuba resepi depa iaitu My Resepi (contoh). Banyak resepi-resepi yang sedap and rugi tak cuba.

Cheq masak pagi tadi tuk bawa bekal ke pejabat dan juga tuk En Hubby tersayang makan tengah hari...hangpa jangan lupa try noh.....


Resepi Sup Daging ala Utara by CikMin

Bahan-bahan:
2 kilo tulang dan 1 kilo daging (cheq guna daging ja, depends on hangpa noh)
*2 biji bwg besar
*10 biji bwg putih
*5 inci halia
-2 inci halia
-2 biji putih
-8 biji bwg merah
2 peket kecil rempah sup
4 inci lengkuas diketuk sekali
2 peket sup bunjut tulang
4 btg daun sup
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan (*) dikisar manakala (-) dimayang halus
Additional : Kentang, tomato and kentang (sesuai dengan nasi panas+sambal belacan+Telur masin)

Cara-cara:
1.Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik baunyer,kemudian masuk bahan sup,sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan.
2.Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak.
3.Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnyer dan hilang warna darahnyer.
4.Keluarkan sup bunjut. Buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah bunjut, dan isi air penuh blender sehingga 3x.
5.Masukkan lengkuas dan batang sup.
6.Tambah air secukupnyer,masak sehingga 2jam atau sehingga daging benar-benar empuk.
7.Setelah daging empuk baru dimasuk garam dan perasa.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

*Kalau nak makan dengan sambal kicap pun boleh la buat ikut resepi kat bawah ni, mudah jek.
Blender 30biji cili padi dan 3 ulas bwg putih,campurkan dengan kicap manis

Thanks for Viewing!!!

1 comment: