Lama dah nak review SWING MAXI breastpump dari MEDELA ni. Cuma tiada masa, dah kebetulan dapat azam baru, so masa ash banyak untuk duduk depan laptop ini. Huhu...
Selepas lebih kurang 6 bulan juga la ash gunakan Medela Swing breastpump, so ash dapatlah ringkaskan pros and cons nya breatpump ni.
|
Sesi di office....Alhamdulillah... |
Kelebihan/Kebaikan (What i love about this Swing):-
1) Tak banyak compartment/parts nak basuh dan senang je nak tanggal or pasang semula sebab tak banyak barang. Cepat je. (motor, tiub, valve&membrane, kepala pump, corong and botol)
2) Tak sakit, sedang elok je suctionnya, memang seakan-akan sucking dr baby.
3) Bunyi yang perlahan juga la compare Medela FS or SPECTRA. (kadang-kadang pam dekat cubical pun orang tak perasan)
4) Compact, senang nak di bawa ke mana-mana even letak semua dalam handbag je pun muat dah.
5) Mudah nak pam sekali dengan baby isap. Jadikan handsfree by clipping corong tu pada nursig bra.
6) Cepat juga pengepaman nya, dalam 5-10minit pun dah boleh dapat setengah botol, tapi depends on berapa cepat n lajunya LDR korang k.
|
Alhamdulillah, diatas rezeki-Mu Ya ALLAH |
|
LDR dari breast kiri. Kena tampung manual kalau tak nanti basah dekat breastpad je |
Kekurangannya:-
1) Membrane n Valve tu sangat la fragile, walaupun diperbuat dari plastik BPA free, tapi cepat rosak or koyak or patah. Time handle dua bnde ni jangan lah kasar sangat ye. Sebab bila nak ganti dua parts ni mahal.
|
Membran dan terkoyak uhuk....nak ganti mahal beb... Picture valve pecah lupa plak nak snap |
2) Tiub cepat sangat berwap dan kalau biar akan berkulat so kena basuh selalu dan keringkan betul-betul.
3) Susu masuk kedalam tiub, pernah terjadi sekali. Masa tu pam dekat cubical je, pam letak bawah dr breast, atas peha. Sekali tetiba rasa lain mcam je pam tu, bunyi macam de air kena sedut. Sekali tengok susu dah masuk dalam tiub, nasib baik baru suku je. (kisah selanjutnya nanti ash update)
4) Bila terkejar masa, pam single ini rasa lambat juga, yela sebelah amik masa 10-15minit, satu sesi 20-30minit dah. Takkan nak keluar office or hilangkan diri 30minit sebanyak 3 kali. dah dekat sejam lebih tu. Kang bos atau HR bising.
So far semuanya ash berpuas hati dengan Swing ni. Dan banyak jasanya pada ash. Ash berjaya susukan Adam Rizqi sehingga umur 6-7bulan juga la sebelum ash decide untuk jual pada kawan dan beli Swing Maxi double breastpump.
|
Pic terakhir, di kala Swing ini masih di dalam jagaan ash... |
Sebab or reason ash bertukar walaupun sangat sayang pada Swing, kekurangan yang ke-4 tu. Semakin hari ash makin busy di office dan sudah sampai masanya bertukar ke double pump, atleast 20minit dua-dua dah siap, dan insyaallah hasil lagi lumayan. Senang untuk dapat LDR, dan tak da lah time sebelah pam sebelah lagi meleleh je LDR tu ke breastpad. Membazir ye la sebab bila anak dah mula makan, cabaran tau nak maintain production susu, sb bayi dah kurang menyusu sangat.
Oklah nanti ash sambung MEDELA SWING MAXI REVIEW plak k.
Selamat berpuasa semua!!!
Thank for Viewing !!!