Baru je tadi ash check SPAM inbox gmail ash, sekali adalah satu link dr Maybank2u...so ash pun click la untuk membaca selanjutnya. Sekali dia cakap, dia ada nampak beberapa percubaan memecah masuk akaun M2U ash jadi mereka memerlukan pengesahan akaun dari ash.
Tengok dia punya sender pun macam meragukan, selalunya m2u je... |
Nampak tak yang ash highlightkan tu? Takkan la maybank tak tahu nama kita sapa kan?? |
Ni emel yang ash slalu dapat dr Maybank2u yang sebenarnya |
Bila baca ayat camtu confirm lah kita macam gelabah kan? yela mn tahu akaun kita dipecah masuk oleh orang-orang yang nak mencuri...huhu... TAPIIIIIIIIII... sila tunggu sebentar ye sebelum tangan tu gatai nak click "Click here" or "Verify" or "Login Here" or whatever link diberikan lah. Kenalpasti dulu kesahihannya. Betul ke tidak dari maybank tu. Pe yang membuatkan ash alert adalah ayat yang terakhir tu "NB: TAC will be sent via your prefered method sms" sebab setahu ash, Maybank@u tak pernah la pula tak tahu no tel yang ash daftarkan dengan mereka. Selalu mereka akan tulis, (contoh ye bukan exactly wordsnya sebab tak ingat) "You TAC no will be send to ur mobile no 016-3*******"
Betul tak? bagi yang selalu gunakan system online mesti tahu pasal TAC ni. So ash teruskan lagi check emel tu...huhu... tengok die punye emel penghantar tu pun bukan dari M2U emel yang slalu ash dapat. Pelik sangat plak tuh. Ish....terus ash login maybank2u ash menggunakan login URL yang sah ye. (Taip je maybank2u kat google korang then, akan dapat url maybank2u). Boleh je login. tak da masalh pun. Confirm ini adalah emel SPAM yang tak ptut ash bukak. Selamat ash tak click apa-apa pun. kalau tak selamat la penjenayah tu dapat details maybank2u ash. Habislah duit gaji bebulan ash kena rompak jenayah siber ni.
Tengok kotak tepi tu, betulkan ash cakap, tak semudah itu dan seciput itu emel dr maybank2u. Dorang pun dah peringat awal-awal dah. |
Tu la peringatan k kepada semua kawan-kawan ash, tolong ye, jika dapat emel yang bukan-bukan macam ash ni jangan la sesekali terus je buka. COnfirmkan dulu samada ia benar atau tak. Kalau tak tahu n masih lagi ragu-ragu call je terus customer service korang untuk maklumat lanjut. Takde dorang nak marah kot. Lagi dorang ske korang call dorg n report tentang perkara begini. Penting ni, sebab sekarang jenayah siber terlalu banyak dah. Ramai dah yang dah rugi. Pastikan diri korang selamat, harta or family korang pun korang kena jaga k. Hak kita apa salahnya kita demand sikit protection lebih sikit.
Thanks for Viewing!!!
No comments:
Post a Comment