Salam semua, just a short entry...
Dah 10 hari dah kita berpuasa, alhamdulillah production susu ash masih lagi stabil. Memang masa hari kedua tu macam nak merudum juga tapi oleh kerana cepat bertindak, alhamdulillah ash boleh dapatkan amount yang adam rizqi perlukan setiap hari walaupun berpuasa.
Rutin harian ash:
Bangun 4 pagi; minum air masak, makan kurma 3 biji, minum air masak lagi, minum susu anlene + ESP, makan sahur semestinya nasi, minum Performance drink, minum air masak. Kuantiti air pagi tu saja lebih kurang 1liter.
Pam di office seperti biasa, 3 kali, pukul 8.30 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Pastikan pam ok dan ikut waktu untuk LDR yang sangat membantu pengeluaran susu kita.
Balik kerja, sampai rumah masak makanan berbuka, berbuka ash mulakan dengan kurma 2 biji, minum jus buahan segar (blend sendiri ikutlah resepi sendiri tapi guna air sejuk je tanpa ais) tambah PD, makan nasi.
Selepas solat Maghrib, makan 2biji Lecithin, 3 biji Alfalfa, minum air masak sebanyak mungkin, tapi bukanlah sekali minum terus bebanyak, minum kerap sebolehnya 1-2 liter.
Last sekali, ambil Ostematrix dan Aura White. hehehe...tidur...
Begitulah rutin harian ash di bulan puasa ni. Sedikit berubah dari biasa. Yela banyak makan supplement memerlukan air yang banyak jadi sebab itulah ash ambil pada sebelah malam. Yela nak maintain air dalam badan untuk penghasilan susu.
Bagi yang mahu cuba cara ash dipersilakan. Alhamdulillah susu masih stabil and bonus nya, seluar ash dah longgar. Nak kena beli seluar saiz baru ni.huhu
Thank for Viewing!!!
No comments:
Post a Comment