Showing posts with label Women's Day. Show all posts
Showing posts with label Women's Day. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Today is PINKY Day!!!



Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia ash telah meminta/memaksa rakan-rakan seopis or lebih kepada team mate memakai baju bertemakan PINK... Sememangnya pink sinonim dengan kefemininan seorang wanita hihihi...

Thanks guys kerana mengikut idea giler ku ini..hehehe pe salahnya sebagai kenangan betul tak??
Yang sedihnya ash semangat suruh dorang pakai pink tapi ash pula yang tak jumpa baju pink ash...ash lupa la letak mana. Yela aritukan berpindah ke rumah En Hubby...mungkin misplaced...so my color a bit purple =)

Papehal pun ash seronok...Love u olls a lot...

Thanks for Viewing!!!

Selamat Hari Wanita Seluruh Dunia

Ada Hero adalah Herion nya, ada Pahlawan ada pula Serikandi, ada Biduan tidak lupa juga Biduanita. Pokok pangkalnya kehadiran wanita tidak kurang juga hebatnya di dunia ini. Pernah dengar kan dibelakang seorang lelaki mesti ada seorang wanita yang menjadi penyokong. sejarah dahulu kala pun banyak menceritakan kisah pengorbanan seorang wanita dalam perjuangan penentangan/pembebasan mahupun peperangan. Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia...

Martabat wanita telah di angkat ke tempat yang sepatutnya. Terima kasih. Sekarang kita boleh lihat kemudahan yang disediakan khas tuk wanita. Contohnye Parking Pink (previous post), LRT/Komuter Pink, tempat duduk awam pink, half price tiket wayang setiap hari Selasa dan macam-macam lagi. Selain itu ada Jabatan Pembangunan Wanita yang sedia membantu wanita bermasalah di Malaysia ni.

Jadi hargailah wanita yang berada disekeliling anda tak kira lah ibu, adik, kakak, cikgu, nenek, makcik, mak mertua mahupun kawan-kawan kerana mereka ini sangat berharga. Jangan lupa juga hargai la diri sendiri, jangan abaikan dengan melakukan perkara yang memudaratkan. Bak kata iklan, "Kerana diriku begitu berharga..."

Tidak perlu menghadiahkan barangan mahal/berjenama sebagai tanda penghargaan. Cukuplah dengan ucapan "Terima Kasih" diri ini telah rasa amat dihargai... =)

Source: You Tube

Hayati lirik lagu ini. Khas untuk semua wanita di luar sana!!!

Thanks for Viewing!!!