Thursday, July 26, 2012

Testing: Blogger (app for android)

Installed new app from google play for my android.


Tukar username Maybank2u kne tukar kad ATM sekali!!

Malam tadi ash gelabah bila ash dapati Kad ATM Maybank ash takde dalam wallet. Aiyoo puas la ash memikir mana la pulak ash letak kad ni. Ash tak perasan yang kad ATM Maybank ash hilang sebab ash simpan dalam wallet sekali dengan kad ATM Maybank En Hubby. Tup tup malam tadi En Hubby nak kad nya sebab hari ni En Hubby travel ke Ipoh so nak withdraw duit.

Dalam panik ash cuba pujuk hati maybe tertinggal dalam beg organizer kat opis kot, sebab ash memang tinggalkan beg laptop yang ade sekali organizer dalam tuh. So pagi ni sampai opis ash pun punggah semua barangan dalam beg laptop tuh tapi hampa. Ala....sah hilang. Mungkin tercicir. Aduss acaner johan la....

Langkah pertama ash trus google no Customer Service Maybank. Punya la melilau mencari no sekali tekan satu link yang membawa ash ke page Maybank2u. Aiyoo dah selalu log in Maybank2u ash boleh lupa yang dalam page tu kan ade customer service no. Tak payah la taip dalam google serach box "Customer Service Maybank". Mengong sekejap yela dah gelabah sebab kad ATM ash tu kad Debit. Tapi nasib baik balance tinggal RM4.00++. Hahaha malu nak btau sebenarnya......

nampak tak dalam box merah tu?
So ash pun call la nombor tertera di atas tuh untuk block my ATM card. Staff yang menguruskan pembatalan kad ATM tu sangat friendly and dia minta identification and bertanyakan beberapa soalan confirmation untuk mengenal pasti adakah kita ni pemegang kad atau akaun yang sah. Yela nak mengelakkan fraud. Selepas semua sah, kad ash pun selamat di block. Fuh lega...tapi ash nak kne g Maybank Branch tuk buat kad ATM baru.

Sampai di Maybank Mutiara Damansara, nasib baik orang tak ramai. Ash pun trus ke kaunter pertanyaan. Ash kne isi borang, ala isi nama and no ic je and then tunggu giliran di panggil. Tak sampai 5minit pun no ash di panggil so ash pun start la bercerita pada staff kat situ. Dia pun cakap "Kalau buat kad baru kene charge RM12.00 and tolak dari akaun." Oklah nak buat cmne kan. Dalam masa lebih kurang 15minit ash dah dapat dah kad baru. Ash kne la ke ATM machine tuk tukar pin no lain. huhu setel satu benda dah...Barulah ash tenang. Yela lagi dua hari je gaji masuk weh.

kad ATM baru ash, ingat kan dapat la edisi MU =(


Ash g ngn kawan ash, Akma kebetulan akma nak tukar Username Maybank2u nya sebab username die menggunakan nama bf dahulu kala. So timbulah la konflik ngn tunang nya yang baharu..hehe Time ash dah siap tuh Akma tak siap lagi. Ash pelik sebab die kne tukar pin no ATM card jugak. Rupanye kalau nak tukar username maybank2u bukan simply reset je. Dengan kad ATM sekali kne tukar and sama juga kne charge RM12.00 gak. Lor.....giler kentang sampai macam tu sekali procedure die. Mungkin nak mengelakkan penipuan jugak kot. Secure important ma...

Oleh itu kepada sesiapa yang tengah hangat bercinta tuh, jangan la menggunakan nama pasangan anda sebagai username untuk akaun anda tak kira la akaun bank ke, akaun facebook ke or apa saja. Belom confirm kita akan sehidup semati dengan first love kita. Jodoh semua di tangan Allah.....Nanti dapat kekasih/tunang/suami baru yang kuat cemburu kan dah jadi isu...huhu

Thank for Viewing!!

Resepi: Almond London (raya promotion)

Sebelum puasa ash ade test buat Almond London Cookies for sample. Saje nak test market dekat office ash. Tapi ash dah terlambat mengeluarkan sample so depa ni semua dah pakat beli kat oghang lain. Sedih. Takpalah bukan rezeki ash.

So di hari mulia ni ash nak share with all my viewers (ceh macam la ramai yang view blog kamoo) the recipe keh. Ash tak ingat di mana ash salin resepi ni. Tapi i've tried and kengkawan office pun cakap sedap and rangup/rapuh so sesiapa mahu try silakan.




Almond London

Bahan-bahan/Ingredient:
250gm butter (i used Buttercup)
125gm gula halus/icing sugar
1         biji telur/egg
1         tsp esen vanila/vanilla extract
50gm  serbuk badam/almond powder
200gm tepung jagung/corn flour
300gm tepung gandum/wheat flour
2          tbsp tepung beras/rice flour
1          tsp baking powder
200gm almonds



Cara-cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sebati.
3) Masukkan serbuk badam dan gaul sebati dengan sepatula. Kalau nak lebih sedap gunakan badam yang di panggang  dan dikisar sendiri.
4) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Adun sehingga menjadi doh.
5) Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz dikehendaki. Boleh letakkan almond di dalam doh.
6) Bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 20 minit.
7) Sejukkan sebelum dicelupkan kedalam coklat dan taburkan sedikit almond nib di atasnya.


Amacam mengancam tak Almond London ash? Biskut ni memang wajib ada pada setiap tahun raya. Belum raya pun biskut ini akan tinggal setengah dah. hehe pelahap betul. So kalau sesiapa yang mahu dan malas nak membuatnya bleh ke tempah dengan ash. PM or leave your comment below k.

50 biji = 1 bekas = RM20
*tidak termasuk postage ye!

Thank for Viewing!!

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al-Mubarak...

Taken from HRSC's greeting card made by our technical team.

Dengan pengumuman malam tadi, ash dan En Hubby serta keluarga kami mengucapkan :

Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga kedatangan Ramadhan yang Mulia ini membawa seribu pengertian dan kemanisan dalam kehidupan kita di muka bumi ini. Amin~

Thursday, July 12, 2012

Penting: Apa itu Keputihan?

Seperti semua sedia maklum, keputihan adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi wanita. Penyakit keputihan ini menyerang tidak kira usia muda mahupun berumur. Kebanyakkan wanita mengalami nya cuma serius atau tidak.

Keputihan ini disebabkan jangkitan jangkitan yis (Candida) atau bakteria (bacterial vaginosis). Hal ini akan menyebabkan bahagian sulit kita mengeluarkan bau yang tak sedap, keluarnya cairan berwarna putih kekuningan, gatal, rasa terbakar bahkan hingga menjadi bengkak.

Source: Google
Bacterial vaginosis (BV) adalah jangkitan yang paling biasa berlaku di kawasan vagina dan ia menyebabkan seseorang jadi tidak selesa disebabkan penghasilan cecair berbau dan rasa gatal di kawasan vagina. Perkara ini berlaku disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan di kawasan vagina dan ia boleh menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa dan tidak bersih. Tambahan pula, BV amat sukar untuk dirawat. Penyakit yang digambarkan dengan perkataan “osis” atau “itis” pada hujungnya biasanya mewakili keadaan yang kronik atau tiba-tiba bersama kewujudan inflamasi(radang). Walaupun telah banyak antibiotik yang telah diguna ia tetap sukar untuk disingkirkan.

Bagaimana pula dengan Jangkitan Yis???

Candida albicans, iaitu kulat beryis dan strain Candida lain biasanya terdapat dalam trek pencernaan, usus, mulut, tengkok dan trek genitourinari (berkaitan saluran kencing). Candida albicans merupakan flora yang terdapat di usus mempunyai fungsi-fungsi yang positif seperti melindungi sistem pencernaan daripada bakteria yang merbahaya. Candida mampu mengenalpasti dan membunuh bakteria dan patogen lain yang merbahaya dalam saluran usus. Dalam keadaan normal, seseorang memiliki berjuta-juta Candida yang memberikan manfaat pada seseorang individu.

Ketakseimbangan hormon (seperti ketika haid), pengambilan antibiotik, ubat preskripsi, steroid dan juga pil perancang keluarga juga boleh mencetuskan pembentukan jangkitan yis. Faktor cara hidup seperti tekanan, kebersihan, aktiviti seksual dan juga pakaian yang dipakai boleh membantu dan meransang pertumbuhan Candida yang berlebihan.

Oleh itu setiap wanita tidak boleh memandang remeh tentang masalah keputihan ini kerana keputihan boleh menjadi serius jika tidak ditanganni dengan baik. Ikuti entry akan datang untuk mengenal pasti simtom-simtom keputihan.

Thanks for Viewing!!!

Thursday, July 5, 2012

Review: Hokkaido Seafood Restaurant

Ash dah tak ingat bila ash pergi makan seafood dekat restoran Hokkaido ni. Tempat ni diperkenalkan oleh kawan En Hubby. Dia cakap makan udang galah besar dekat sini sedap. Kebetulan pula ash memang tak pernah makan udang galah besar ni. So ash dan En Hubby pun try la ke sana.

Sementara menunggun order sampai, dorang serve kacang. En Hubby makan macam orang kelaparan laju je dia suap kacang dalam mulut.

Posing dulu sebelum pape k. Hehe Ash dah tembamkan. Tema kami hari tu ungu...kebetulan ash baru beli baju ungu tuh...huhu


Tengok ni kami order air kelapa. Sedap sejuk je dapat minum air kelapa. Kalau yang kat kampung lagi best. Tapi yang ni pun ok jugak. Isi tebal.

Udang Galah masak Cili. huhu Dua ekor udang galah dalam harga RM 60++. Huhu Nampak sedap kan...memang sedap pun...Rasa udang galah ni sama je macam udang biasa tapi liat sikit dari udang biasa. Manis dia memang best fresh plak tuh...

Lala masak Ala Chinese. huhu besar lala dia kat sni. Selalu ash makan lala biase kecil je kan. Tapi yang besar. Liat juga la nak kunyah. Yela yang kecil tuh pun liat juga kan. Tapi kuah dia memang sedap. Memang puas dapat makan lala banyak dan besar ni.

Ini lah yang ash tunggu-tunggu. Ketam Sweet Sour. Wow memang mabeles beb!! tengah taip pun terliur dah bila teringat rasa ketam ni. Sangat manis isinya dan banyak...Dekat sepit die tu penuh dengan isi. Dah la kuah die pun memang sedap. Masam manis die memang tak da yang kurang. Masa tengah makan ni ash terperasan yang tukang masak dia melayu.

 Tengok En Hubby saya makan dengan penuh perasaan. Sampai comot-comot punya la khusyuk.. Kami makan seafood ni semua dengan nasi goreng. Kami order sepinggan sorang makan and then share yela seafood yang ada pun dah banyak sangat dah. Tapi nak buat cane kami berdua memang kuat makan. Licin.........

Last sekali bila waiter dekat situ nampak kami dah habis makan dia datang tanya samada nak buahan tak? So kami pun cakap ok la. Desert kan...huhu bagi orang melayu la...Mangga yang die hidang kan sangat manis dan berlemak. Makan plak sejuk-sejuk memang menyegarkan.



Fuhh kenyang giler beb. Tengok je la muka En Hubby yang termenung tuh. Kekenyangan...memang berbaloi habiskan RM 196++ untuk makan seafood sepuas-puasnya.

Sesiapa nak try boleh la cuba k. Sekali sekala makan macam ni best juga. Restoran ni dekat Jalan Lumut, dekat juga dengan Hotel Vistana area Jalan Pahang. Kene cari belakang Bus Stand.

Thanks for Viewing!!!

Quotes: Work best under pressure!!

Huhu faham tak maksud quotes di atas? mesti ramai yang dah pernah dengar or gunakan ia dalam perbualan anda.

Tapi bagus kah kalau kita mengamalkan cara sebegini terlalu kerap? Macam ash kadang-kadang ash pun selalu juga macam ni. Contohnya dalam pekerjaan ash ni as programmer. Lebih-lebih agi bila dateline tu tggal lagi dua jam tapi ash berjaya menyiapkan kerja tu dengan baik. Tapi keburukan yang ash dapati ialah akan ada tempat lain yang kita tak sempat nak cek sepenuhnya. Mungkin tempat lain keluar error disebabkan ash ubah coding di tempat lain. So bila time presentation mula kantoi...huhu


Satu lagi time study dulu, buat assignment or FYP. Masa time byk lagi asyik berfoya-foya je (bukan ke clubbing or berseronok dgn jantan ok) bila time dateline barulah nak terkial-kial siapkan. Sampai tidur pun tak de masa. Asyik stay up late je. Akhirnya apa yang kite buat tu siap mmg siap tapi kualiti persembahannya ala kadar je betul tak? Yela de satu lagi quote yg selalu student gunakan "Asalkan siap!!" huhu

Tu la semua pengalaman ash. Ada kala nya ia membantu kita tapi ada masa ia adalah musuh kite yang akan memakan diri kita sendiri contohnye dapat gred C tuk FYP. hik hik hik sape la tuh kan...

Source: Google
Kenapa la ash tetibe merepek tentang hal ni ek?? huhu sebab malam ni ash kne stay back dekat opis lewat. Esok pagi de meeting yang memerlukan kerja-kerja in hand siap. Bukan ash shj semua team mate pun kne. Lagipun ash "car pool" with akma. So kne la tggu die walaupun kerja ash dah siap...huhuhu

So "sediakan payung sebelum hujan" k...maksudnya sebelum korang kene marah dengan bos or dapat "F" utk FYP/assignment. Sila la urus time anda untuk menyiapkan task korang tu k. Jangan amalkan kerja last minute ni. Susah nanti kalau dah terbiasa.

"The world only exists in your eyes-your conception of it. You can make it as big or as small as you want to."

Thank for Viewing!!

Adakah saya peniaga yang berjaya??

Aunty Ruby (Herbalife group member) pernah beritahu ash yang ash ni boleh jadi peniaga yang baik/bagus hanya bila melihat no ic ash. Mr Hubby pula Aunty Ruby cakap seorang yang rajin. Memang Mr Hubby rajin. Tapi bila datang malas dia, adoiii...hehe sama je suami isteri hik hik hik..

Tapi ash bukan tak pernah cuba berbisnes. Ash pernah try jual shawls, handmade felts creations, kerepek and beberapa agi yang ash pun dah tak ingat. Tapi kurang berjaya. Ash memang ada minat nak berniaga tapi banyak sangat alasan.

Yang terbaru ni ash dapat idea nak berniaga kuih raya buatan sendiri. Tapi.....
* ada masa ke nak siapkan tempahan
* ada ke orang nak order

Tula alasan yang bermain di minda. Yela sebab sekarang ash kekurangan modal dan ash keje pun makan gaji. Kerja programmer di swasta balik tgh2 malam. Sabtu ahad pula kemas rumah, basuh baju dan berehat. So bila ash nak buat semua yang ade dalam otak ni ek?

Sebenarnya ash memang minat memasak, membuat kuih muih, biskut, kek, menjahit pun minat juga. Sejak dari kecil ash dah didedahkan dengan semua tuh. So ash memang minat sangat. Tapi time management ash ni kurang kot. Lagipun kurang support dari family pun satu hal juga. Mr hubby pun kurang support juga kadang-kadang. Entahlah.

BE untuk blog ni pun ash tak tahu mcm mana nak dapat. Bila ash baca blog orang-orang lain yang BE sampai 1k kadang-kadang seronok dengar. Tapi tu la. Mungkin ash ni masih mentah kot.

So pe pendapat korang ek? Pe yang perlu ash lakukan?

Thanks for your support!!!


Resepi: Brownies Walnut Coklat Kukus

Hi uols. Mornink!!
Last Thursday ash try buat Brownies Kukus. Not bad la the taste tapi tak tau la nak habaq coz rasanya macam bantat. huhu but nway dah namanya brownies kan...kukus plak tuh...Tapi sedap...

Ash dapat resepi ni dari laman web Myresepi. Google je resepi apa yang korang nak dgn gunakan "resepi <nama hidangan>" as a keyword. So uols akan dapat melambak links.


Resepi : Brownies Walnut Coklat Kukus
Bahan-bahan:
200gm mentega/butter (i use buttercup)
200gm dark choc/cooking choc
170gm tepung gandum
30gm serbuk koko
4 biji telur (i use gred B)
170gm gula halus

Cara-cara:
1. Cairkan butter dan cooking choc using double boil method.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
3. Di dalam mixing bowl, pukul telur dan gula sehingga kembang.
4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan choc+butter yang dah suam ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. Sekiranya nak letak
    walnut boleh letak k. 
6. Tuangkan ke dalam acuan/loyang/cup yang telah di gris minyak or butter or using baking paper.
7. Kukus selama 45minit or 1 jam or sehingga masak.
8. Setelah sejuk hias la dengan coklat cair/ganache dan taburan almond nibs.

Thanks for Viewing!!!

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday ## | breakfast!!

Just a simple reminder to all,

BREAKFAST is IMPORTANT...


this is my breakfast for today!! colorful isn't it?

Thanks for Viewing!!!

Sunday, July 1, 2012

penatnya...esk keje la plak..adoyai...

hmm br je sampai dari tangkak...dah lama ash xbalik tangkak...asyik ibu and adik ash je yg mai kl...

mr bobby ???? sudah tentu la die ikut...mn bleh tggl...en hubby plak outstation ke penang ari khamis lepas...but tonite die balik la...ni tgh tggu die la...tergerak plak nk post entry...lagipun dh lama dah tak online blog kan...

masa ash balik tadi byk kete...hingga jem sepanjang highway seremban until nilai...thank god, still bergerak...nsb baik minyak ash isi penuh...so xde ka kalut nk bhenti di
rnr...just isi angin tayar die rnr restoren jejantas air keroh...

Mr Bobby yang kepenatan mengalahkan driver...hehe

pecut punye punye ash sampi pada pukul 6.45ptg...mr bobby yg lena tido pun sedar time masuk pagar apartment ash...cam tau tau je dh sampai umah...

okla malas nk merepek agi...pesanan buat pembaca...bila ingin pulang ke kampung tu rancangla perjalanan anda sebaiknya...pastikan kereta di servis baik...isi angin tayar and minyak sepenuhnya k...yang paling penting pemandu harusla mendapat rehat yang secukupnya...k berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.....

thank for viewing!!!