Thursday, March 31, 2011

Mau Yang Besar!

Aku mahu mobil yang besar,
Aku mahu rumah yang besar,
Aku mahu upah yang besar,
Wang  untuk ku berbelanja

Aku mahu impian yang besar,
Aku mahu yang besar-besar saja...

Sebagai manusia, aku tak mampu nak lari dari perkataan "mahu". Semua bende mahu.
Mahu kerete MyVi Pink, mahu Blackberry, mahu Laptop Sony Vaio Pink, DLSR 3...(xigt hehe)...and mcm2 lagi yang aku nak...mahu...

Mahu macam-macam tapi duit tak dok...hahaha so berangan je la...Pape pn kene capai target untuk akhir tahun ni dulu...hehehe

And kepada kawan-kawan, Nantikan kemunculan blogshop kecilan aku ye...and hope sgt korg boleh support sampai aku dapat kembangkan ia menjadi bisness...insyaallah...

PS : Happy birthday to my love, Abdul Rhuzaine Abdul Rahman, En Adun...
       ILYSM Forever

Monday, March 28, 2011

Malas : Adakah ia penyakit?

Humm...aku pun tak berapa sure tentang malas, adakah ia penyakit?

"Kalau penyakit malas dia dah datang sume keje tak jadi..."

"Weh penyakit malas ko dah berjangkit dekat aku plak..."

Huhu baca ayat di atas...sume mengatakan malas itu adalah penyakit. Adakah ia benar atau tidak aku pun tak leh nak confirm kan. Tapi memang malas ni femes sangat dikalangan orang Malaysia or maybe International (agaknya). Setiap manusia ada "malas" dalam diri mereka cuma sikit atau banyak je. Malas nak buat keje, malas bak study, malas nak mandi, malas nak berjalan jauh, malas nak bangun pagi, malas nak masak (bagi kaum isteri), malas nak minum n makan (bagus bleh kurus), ade jugak yang malas nak buang air...ishhh...Itulah macam-macam alasan kalau kita dah malas.

Hasil air tangan ain : oreo cupcake

Definisi penyakit :
1) Sebuah keadaan patologis dari bahagian, organ, atau sistem organisma yang dihasilkan dari pelbagai punca, seperti jangkitan, kecacatan genetik, atau stres persekitaran, dan ditandai oleh sebuah kumpulan boleh dikenalpasti dari tanda-tanda atau gejala.
2) Sebuah keadaan atau kecenderungan, sebagai masyarakat, yang dianggap sebagai abnormal dan berbahaya.

Dari definisi penyakit di atas, korang fikirla sendiri wether nak klasifikasikan malas itu sebagai penyakit atau tak. Tapi apepun pendapat korang, malas ini harus dikurangkan di dalam diri. Sekali sekala berperasaan malas itu boleh diterima lagi, tapi kalau selalul sangat itu memang boleh ditendang jauh ke India sane. hehehe melawak je. Pokok pangkalnya kita sendiri yang menentukan untung nasib kita OK!

Friday, March 25, 2011

Earth Hour 26th March 11, Saturday


Mari sokong "Hari Bumi" bersama-sama dengan memadamkan lampu selama sejam bermula dari 
8.30 malam hingga 9.30 malam.

Perlanjutan masa memadam lampu sangat digalakkan. =)

untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.earthhour.org/Homepage.aspx

Thursday, March 24, 2011

Kurus dengan 8 gelas air.

Menarik kan tajuk n3 ni? Mungkin juga ada yang ragu-ragu dengan tajuk ni...Tapi ia memang betul...

Badan manusia mengandungi 55%-75% air dan air sangat penting untuk penghadaman, penyerapan dan penyingkiran bahan kumuhan/toksik dari badan.
Selain itu air juga membantu mengawal suhu badan manusia 24jam. Seorang manusia perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk lebih sihat.

Bagi aku, selepas mengambil "Breakfast"(entry terdahulu), air kini menjadi sangat penting. Percaya atau tidak selama sebulan berat badan aku dah turun 4KG hanya dengan mengamalkan minum air sbyk 4 liter sehari. En adun pun dah puji badan aku sekarang dah ada shape dan dah makin lawa. Kulit dah makin cerah dan lembut.

Berdasarkan kajian yang aku buat dan pendapat-pendapat sekeliling, air ni membantu juga dalam penyingkiran lemak berlebihan melalui air kecil dan peluh. Dan bagi yang mengalami masalh berat badan, banyakkan la meminum air.

Jadi sekiranya kita mengamalkan :

    Makanan Seimbang + Senaman + Air yang cukup = Berat Badan Ideal + Sihat

Tapi perlu diingatkan jangan minum air yang banyak sebelum tidur kerana ia merbahaya. Boleh menyebabkan sesak nafas dan juga serangan jantung secara tiba-tiba.

Jangan risau tentang keracunan air kerana ia jarang berlaku. Oleh itu amalkan la minum air 8 gelas sehari untuk kelihatan cantik dan sihat.

Tuesday, March 22, 2011

Bila masuk bab "duit"....runsing seh...

Hmm...runsing runsing...sape yg tak runsing kalau memikirkan perihal "duit"...Kalau ada tak runsing bermaksud kurang normal la orang itu...betul tak?

Yela...Tak ada duit, kita mesti runsing! Tak dapat nak makan, beli barang keperluan, barangan "kemahuan" pun tak akan dapat or enjoy(berbelanja)!!!

Tak cukup duit runsing jugak! Contoh: ada RM100 je dalam poket...tapi perlu bayar sewa rumah RM200 yang dah 6bln tertunggak...mana nak cekau duit lagi RM100??? Minta kawan, kawan cakap tak ada (padahal kedekut tak mahu bagi), nak korek bank sememangnya dah kering kontang...nak wat 'loan PAMA'...teringat hutang dulu-dulu tak setel...aiyaaa runsing siottt....

Orang kaya pun boleh runsing! Nak habiskan duit berlambak...nak sedekah kedekut 'taik idung masin', simpan dekat rumah takut pencuri, dalam bank makin beranak dan kalau mati orang lain pula ambil...adoyai...memang runsing (bagi si kedekut)..

Nota buatan sendiri...tapi masih lagi runsing!


Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Bila ada duit gunakan sebaiknya dan tak salah kalau berkongsi rezeki kita (sekiranya lebih) dengan yang sangat memerlukan. Jangan lupa "Budget List" itu sangat penting untuk berbelanja dengan cermat. Selamat berbelanja!

P/S : Quality picture "kureng" bcoz using phone camera (Nokia X3-02)

Wednesday, March 16, 2011

Tak sukeeee nye perasaan macam nih!!!

Pernah tak korang rasa mcm tak puas hati dengan apa yang kita ada sekarang nih?

Kalau aku...definitely YES!!! apesal la tamak sangat kan...tak reti nak bersyukur langsung dengan apa yg aku ade or dapat...bila aku berperasaan mcm ni aku akan jadi mcm menyesal, ragu-ragu n selalu terpikir "aku ni terburu-buru sgt ke dalam membuat pilihan/keputusan"...

arggghhhh...ntah la...malas nak pkir lagi...tapi bende ni tetap bermain di pkiran aku...hilang mood aku yg sememangnye malas nk buat keje dalam mggu ni...

tapi aku percaya semua ni adalah takdir yg telah ditentukan yg Maha Esa and aku harus jalani kehidupan ni dgn tabah...setiap perasaan yg mcm ni timbul mesti disengajakan oleh-Nya untuk menguji aku adakah aku yakin dengan keputusan yg aku lakukan....insyaallah...aku tidak akan sesekali menyesal dengan setiap keputusan yg aku ambil kelak...

P/S : sebenarnye aku pn xfaham ape yg aku cube luahkan...hahaha

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Semalam aku and encik adun pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios Prod)...


Habis je encik adun keje...kitorg pn gerak la ke The Mines...cari parking punya la payah...ramai org...aku pn dah cuak dh takut tiket wayang dah abih...masuk je The Mines kitorg terus cari tiket and nasib baik ada lagi tiket kul 6.30pm...tapi tu pn dah dekat nak full house...ramai pelajar kolej kat situ...

Cerita nya okla...banyak action...tapi bagi aku yg dah lupa sejarah ni...pening gak nk faham kan selok belok cerita ni...huhuhu..."Merong" lakonan Stephen Rahman memang sasa giler and macho beb..ada Jehan Miskin as pahlawan yang gagah...and Kemawas (lakonan Khir Rahman) yg memang mawas betula la perangainye, buas (menjadi la maksudnya)...Puteri Cina boleh cakap bahasa inggeris, bahasa melayu and bahasa perancis/german...and ada magic...huhu....tapi yg tak bestnya hero mati in the end...out of 5 rating i give 3 1/2...huhuhu...apepun syabas KRU Studios berjaya menghasilkan cerita yg sebegini...

pemalunya la hai...anak sape la nih...
macam biase budak comel...hik hik
nak tggu masuk wayang lambat kitorg makan dulu...sedap...

Aku pn tak mahu cerita lebih-lebih tentang cerita nih...So bagi kawan-kawan yang belom tengok and teringin nak tau selebihnya sila la g tengok sndiri...mgkin pndgn korg berlainan ngn aku...huhuhu

Tuesday, March 1, 2011

~"Terima Kasih Cinta"~

First time ever...hari ahad lepas tengok TEATER di ISTANA BUDAYA...jakun jugak la tapi still bleh control ms time first enter ke dlm hall Istana Budaya...hehehe...

PM projek nih Siti...hahaha penat gak la die pujuk sume housemate die and termasuk la aku untuk membeli tiket teater "Terima Kasih Cinta" sbyk RM76.00...Excited sgt ms duk tunggu citer  nak start...byk kali dh tengok wayang pn tak da la excited mcm nih...starting teater je mmg dh mengagumkan aku...best sgt dpt tgk artis nyanyi "live"...selama ni tgk kat TV jer...

Terima Kasih Cinta nih "Cinta" punye Look Alike la...tapi lebih senang tuk difahami jalan cerita nya...and aku puji suara penyanyi2 dalam teater nih...memang best and bertenaga wlupn itu adalah show yg kedua buat hari tuh...cerita ni de sedih, humor, and paling penting it is all about love...wahh mmg best la...korg mmg kne g tgk sndiri...huhuhu...
Ni la geng berfoya-foya aku...coklat tuh di beri khas oleh Diddy Hirdy

Abih je teater kitorg pn tggu la tuk autograph session...siap beli buku program (rm3) tuk di sign...huhuhu...and artis yg paling aku nak jump amik gamba ialah Nadia aka Chika (Tari Tirana)...suke tgk die belakon...and yg paling aku tak sangka penyanyi yg aku suke sgt bwk lagu die time karoke iaitu Faradhiya sgt comel and genit org nye...kalo tgk dlm TV nmpk tggi...huhuhu
Faradhiya sangat comel !!! best!!!

Buruk kan muka aku...excited sampai lupa nk react cmne...

ni pn sama hahaha...pape pn aku tak kisah janji de gak gambar ngn Tony

Ni la buku program yg rm3 tuh...tp dah up skit la harge die sb dh de autograph...hehehe

Tapi aku hampa la sikit sbb beberapa artis je yg kuar tuk session tuh...and Chika tak kuar pn...huk huk tak dapat amik pic ngn die...Nasib baik Faradhiya and Tony Eusof ade so bleh la mengubat kehampaan hatiku...hehehe