Saturday, March 10, 2012

Help save Tigers. Adopt Today! - WWF Malaysia

Source : http://www.wwf.org.my - WWF - Adopt A Tiger
Comel kan anak harimau di atas. Tapi tahukah korang semua hanya tinggal kurang dari 500 ekor sahaja Malayan Tiger di habitat hidupannya. Spesis ini semakin pupus dek pembangunan negara kita yang telah memusnahkan habitat semula jadi mereka.

Tidak kurang juga dengan pemburuan haram yang berleluasa untuk mendapatkan kulit, taring dan daging mereka juga adalah faktor penyumbang kepupusan mereka.

Mahukah korang melihat binatang ini terus hilang dari muka bumi ini seperti mana binatang lain yang telah pupus?
Mahukah korang membiarkan anak-anak generasi hadapan mengenali Harimau hanya berdasarkan gambar dan video?

Kepupusan ini tidak hanya berlaku pada Malayan Tiger sahaja. Ia juga mengancam Panda, Penyu dan Orang Utan. Spesis-spesis ini dalam keadaan yang sangat bahaya.

Oleh itu bagi sesiapa yang berminat untuk membantu memelihara and menjaga spesis terancam ini dari terus di ancam boleh menyalurkan sumbangan ke kempen Adopt A Tiger anjuran WWF Malaysia.
Hanya dengan RM30 sumbangan anda mungkin dapat membantu menyelamatkan haiwan-haiwan ini dari terus pupus.

Selain dari itu amalan Kitar Semula juga dapat membantu menyelamatkan dunia kita. Dilarang membuat sampah sesuka hati. Elakan penggunaan Aerosol yang boleh menipiskan lapisan ozon dan bermacam lagi. Jika kita bersama menjaga alam sekitar pasti keseimbangan habitat dunia dapat dipulihara dan terpelihara.

Ash dah signed up untuk donation ni dan haiwan yang ash adopt adalah Malaysian Tiger. Sokong la Malaysian Tiger ini sepertimana anda menyokong pasukan bola sepak Harimau Malaya kita. Tanpa spesis ini tiada nama Harimau Malaya yang dijulang ramai. 

Untuk keterangan lanjut layari Adopt A Tiger by WWF Malaysia.

No comments:

Post a Comment