Tuesday, March 13, 2012

Takziah buat Keluarga Adik Dirang

Sedih dan pilu, itulah gambaran yang dapat diberikan. Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun atau lebih dikenali Adik Dirang seminggu lalu telah terjawab pabila polis telah mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah Ladang Kelapa Sawit, di Nusa Damai adalah milik Dirang.


Adik Dirang hilang dipercayai diculik seminggu yang lalu semasa membeli mee segera. Dirang yang baru sahaj bangun tidur, mengadu kelaparan dan mahukan mee segera. Ibunya memberikan RM4 serta nota "mee segera 2 bungkus dan telur rm2" dan membiarkan Dirang pergi bersendirian lalu menyambung melayari Facebook.

Pengesahan itu berdasarkan ujian DNA milik mayat rentung itu sepadan dengan ibu mangsa, Roselyn. Mayat tersebut dipercayai telah dibunuh dan dibakar sehingga rentung dan menyukarkan pihak polis membuat pengecaman. Motif pembunuhan yang sangat kejam itu boleh dapat dikenalpasti.

Oleh itu ibu bapa diluar sana jangan la abaikan tanggungjawab kita terhadap anak-anak. Jangan biarkan anak-anak bermain atau ke kedai bersendirian tanpa pengawasan. Malang seperti ini tidak berbau.

Untuk keluarga Dirang, ash doakan semoga tabah menghadapi setiap ujian dari Yang Maha Esa. Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Dirang semoga dicucuri rahmat-Nya.  Berita selanjutnya di myMetro.

No comments:

Post a Comment