Monday, July 21, 2014

#Resepi: Kuih Dahlia / Semperit versi bunga

Salam peeps...semalam ash buat Semperit dan malam tadi pula buat Dahlia...Alhamdulillah menjadi. Kedua-dua nya ash gunakan resepi berbeza, walaupun pada hakikatnya keduanya adalah kuih yang sama. Tapi bagi ash kalau dh namanya buat sendiri, baik kita buat yang terbaik kan? berilaha kelainan sikit pada rasanya, bentuk pun dah lain mestilah orang aspect rasa pun berbeza. Ok enough chating and babling. Moh kita ke resepinya.

Gambar pinjam dari blog Duniaku


Resepi Kuih Dahlia

250gm Butter/Marjerin
150gm Gula icing (Ash kurangkan guna dalam 120gm je)
250gm Tepung Gandum
125gm Tepung Jagung
125gm Tepung Kastad
3 biji kuning telur (seeloknya gred A)
1sk esen Vanila
Secubit garam

Ceri/Chocolate chip/Gula manik/Coklat rice sebagai hiasan

Cara membuatnya:
1) Panaskan oven 160C
2) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad, ketepikan sebentar.
3) Pukul butter/marjerin bersama gula icing sehingga warna agak pucat/kembang
4) Masukkan kuning telur dan esen vanila, serta garam, gaul sekata.
5) Masukkan tepung yang sudah di ayak, sedikit demi sedikit, uli menjadi doh lembut, agak-agak tak melekat kat tangan. (Jangan terlampau kering ye dohnya nanti susah nak picit dalam acuan)
6) Picitkan bentuk bunga di atas talam pembakar yang sudah di gris dengan butter supaya senang nak di tanggalkan nanti.
7) Hiaskan dengan bahan hiasan yang diminati, dan bakar selama 10-15minit atau sehingga kuih masak.

Simpan didalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Note: ash tak sempat nak snap picture, insyaallah malam ni ash akan snap picture buat tatapan anda. Buat masa ni pinjam dulu picture dari google.

Thanks for Viewing!!!

Tuesday, July 8, 2014

#Shaklee: Rutin harian di bulan puasa

Salam semua, just a short entry...

Dah 10 hari dah kita berpuasa, alhamdulillah production susu ash masih lagi stabil. Memang masa hari kedua tu macam nak merudum juga tapi oleh kerana cepat bertindak, alhamdulillah ash boleh dapatkan amount yang adam rizqi perlukan setiap hari walaupun berpuasa.



Rutin harian ash:
Bangun 4 pagi; minum air masak, makan kurma 3 biji, minum air masak lagi, minum susu anlene + ESP, makan sahur semestinya nasi, minum Performance drink, minum air masak. Kuantiti air pagi tu saja lebih kurang 1liter.

Pam di office seperti biasa, 3 kali, pukul 8.30 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Pastikan pam ok dan ikut waktu untuk LDR yang sangat membantu pengeluaran susu kita.



Balik kerja, sampai rumah masak makanan berbuka, berbuka ash mulakan dengan kurma 2 biji, minum jus buahan segar (blend sendiri ikutlah resepi sendiri tapi guna air sejuk je tanpa ais) tambah PD, makan nasi.

Selepas solat Maghrib, makan 2biji Lecithin, 3 biji Alfalfa, minum air masak sebanyak mungkin, tapi bukanlah sekali minum terus bebanyak, minum kerap sebolehnya 1-2 liter.



Last sekali, ambil Ostematrix dan Aura White. hehehe...tidur...

Begitulah rutin harian ash di bulan puasa ni. Sedikit berubah dari biasa. Yela banyak makan supplement memerlukan air yang banyak jadi sebab itulah ash ambil pada sebelah malam. Yela nak maintain air dalam badan untuk penghasilan susu.

Bagi yang mahu cuba cara ash dipersilakan. Alhamdulillah susu masih stabil and bonus nya, seluar ash dah longgar. Nak kena beli seluar saiz baru ni.huhu



Thank for Viewing!!!

Friday, July 4, 2014

#Baby Journey: Kekalkan produksi susu walaupun di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua. Pose tak? Alhamdulillah...dalam bulan mulia ni kumpul la sebanyak mungkin amalan-amalan yang baik kerana rugi bagi sesiapa yang mengabaikan kan nye...betul kan? Insyaallah...

Camne ash dalam bulan pose ni? Ash ok je.

Buat pengetahuan semua tahun ini tahun kedua ash bf baby di bulan pose. Tapi tahun lepas tak dapat pose sepenuhnya sebab ash bersalin dalam bulan pose. So tahun ni la cabarannya di rasa. Bagaimana nak pengsannya ash pada hari pertama pose. Sebab dehydrated. Yela dah kurang minum air, pam susu pula tu, nk buat stok isnin Adam ke nursery (ash tak buat stock, pengajaran....!!!) dengan makan sahur pun macam biasa je. So memang lunyai.

Jadi hari kedua, berbekalkan ESP Shaklee, and masa time berbuka sebelumnya until bersahur ash dah minum dalam 2liter air, ok juga lah...Tapi susu pula mcm makin menurun. Tak apalah rezeki Allah kan. Syukur dengan titisan susu yang dapat dikumpulkan. Tapi ini tak boleh dibiarkan. Usaha tetap perlu untuk maintain, kalau hari kedua dah nampak kemerunduman susu, bagaimana pula hati ketiga dan seterusnya.

Jadi ash pun google, terjumpa la dengan Performance Drinks dri Shaklee ni. Selama ni ash igtkan just untuk bersukan je. Ghopenye menyusu di bulan puasa pun sangat membantu. Jadi berpuas hati dengan bacaan yang ash baca, ash pun Whatsappp member ash merangkap sifu Shaklee ash, Liza Ismail untuk bertanyakan stok PD, alhamdulillah rezeki ash, dia ada ready stok PD. Tanpa berlengah transfer duit and petang tu singgah and ambil di rumahnya.

Perahan susu sesi kedua dibulan puasa... Alhamdulillah

Nak dijadikan cerita, balik waktu berbuka tu ash pun minum PD, sedapnya, rasa air oren + revive or should i say as Orange Revive. hehehe sedap...minum sejuk2 sikit...tapi tak dalah sejuk ais tu. Terus rasa badan macam mengalir darah selancarnya. Padahal tadi tak berdaya juga. Ye la balik je keje, Adam nk bf, lepas tu berkejar plak masa juadah berbuka. Tapi memang malam tu ash segar, lepas sembyg terawih ash mampu lagi basuh kain, kemas umah sediakan apa yang ptut untuk esok. Dan paling penting mood ash ok bila nk pam susu buat stok esok.

So sahur seterusnya, rutin ash bagun kul 4 pagi, minum air masak, makan 3 biji kurma, minum susu anlene+ESP, minum air masak, makan nasi, minum PD dan akhir sekali minum air masak until azan. Alhamdulillah inilah rutin sahur yang ash amalkan dan susu badan perahan ash stabil. Kembali pulih, ditambah dengan sesi pam yang kerap dan tidak diabaikan, ash berjaya dapat kumpul susu adam untuk ke nursery.

So sampai sni dulu ye...nanti ash cerita lagi...

Thanks for Viewing!!!

#Alert: Maybank2u SPAM email, memerangkap!!!

Huish....bunyinye bahaya tolll....!!!! Tapi memang bahay jika korang click pe-pe link dari emel yang tak boleh dipercayaai ini.

Baru je tadi ash check SPAM inbox gmail ash, sekali adalah satu link dr Maybank2u...so ash pun click la untuk membaca selanjutnya. Sekali dia cakap, dia ada nampak beberapa percubaan memecah masuk akaun M2U ash jadi mereka memerlukan pengesahan akaun dari ash.
Tengok dia punya sender pun macam meragukan, selalunya m2u je...

Nampak tak yang ash highlightkan tu? Takkan la maybank tak tahu nama kita sapa kan??

Ni emel yang ash slalu dapat dr Maybank2u yang sebenarnya

Bila baca ayat camtu confirm lah kita macam gelabah kan? yela mn tahu akaun kita dipecah masuk oleh orang-orang yang nak mencuri...huhu... TAPIIIIIIIIII... sila tunggu sebentar ye sebelum tangan tu gatai nak click "Click here" or "Verify" or "Login Here" or whatever link diberikan lah. Kenalpasti dulu kesahihannya. Betul ke tidak dari maybank tu. Pe yang membuatkan ash alert adalah ayat yang terakhir tu "NB: TAC will be sent via your prefered method sms" sebab setahu ash, Maybank@u tak pernah la pula tak tahu no tel yang ash daftarkan dengan mereka. Selalu mereka akan tulis, (contoh ye bukan exactly wordsnya sebab tak ingat) "You TAC no will be send to ur mobile no 016-3*******"

Betul tak? bagi yang selalu gunakan system online mesti tahu pasal TAC ni. So ash teruskan lagi check emel tu...huhu... tengok die punye emel penghantar tu pun bukan dari M2U emel yang slalu ash dapat. Pelik sangat plak tuh. Ish....terus ash login maybank2u ash menggunakan login URL yang sah ye. (Taip je maybank2u kat google korang then, akan dapat url maybank2u). Boleh je login. tak da masalh pun. Confirm ini adalah emel SPAM yang tak ptut ash bukak. Selamat ash tak click apa-apa pun. kalau tak selamat la penjenayah tu dapat details maybank2u ash. Habislah duit gaji bebulan ash kena rompak jenayah siber ni.

Tengok kotak tepi tu, betulkan ash cakap, tak semudah itu dan seciput itu emel dr maybank2u. Dorang pun dah peringat awal-awal dah.

Tu la peringatan k kepada semua kawan-kawan ash, tolong ye, jika dapat emel yang bukan-bukan macam ash ni jangan la sesekali terus je buka. COnfirmkan dulu samada ia benar atau tak. Kalau tak tahu n masih lagi ragu-ragu call je terus customer service korang untuk maklumat lanjut. Takde dorang nak marah kot. Lagi dorang ske korang call dorg n report tentang perkara begini. Penting ni, sebab sekarang jenayah siber terlalu banyak dah. Ramai dah yang dah rugi. Pastikan diri korang selamat, harta or family korang pun korang kena jaga k. Hak kita apa salahnya kita demand sikit protection lebih sikit.

Thanks for Viewing!!!

Thursday, July 3, 2014

#Baby Journey: Medela Swing Review

Lama dah nak review SWING MAXI breastpump dari MEDELA ni. Cuma tiada masa, dah kebetulan dapat azam baru, so masa ash banyak untuk duduk depan laptop ini. Huhu...

Selepas lebih kurang 6 bulan juga la ash gunakan Medela Swing breastpump, so ash dapatlah ringkaskan pros and cons nya breatpump ni.

Sesi di office....Alhamdulillah...

Kelebihan/Kebaikan (What i love about this Swing):-

1) Tak banyak compartment/parts nak basuh dan senang je nak tanggal or pasang semula sebab tak banyak barang. Cepat je. (motor, tiub, valve&membrane, kepala pump, corong and botol)
2) Tak sakit, sedang elok je suctionnya, memang seakan-akan sucking dr baby.
3) Bunyi yang perlahan juga la compare Medela FS or SPECTRA. (kadang-kadang pam dekat cubical pun orang tak perasan)
4) Compact, senang nak di bawa ke mana-mana even letak semua dalam handbag je pun muat dah.
5) Mudah nak pam sekali dengan baby isap. Jadikan handsfree by clipping corong tu pada nursig bra.
6) Cepat juga pengepaman nya, dalam 5-10minit pun dah boleh dapat setengah botol, tapi depends on berapa cepat n lajunya LDR korang k.

Alhamdulillah, diatas rezeki-Mu Ya ALLAH

LDR dari breast kiri. Kena tampung manual kalau tak nanti basah dekat breastpad je

Kekurangannya:-
1) Membrane n Valve tu sangat la fragile, walaupun diperbuat dari plastik BPA free, tapi cepat rosak or koyak or patah. Time handle dua bnde ni jangan lah kasar sangat ye. Sebab bila nak ganti dua parts ni mahal.



Membran dan terkoyak uhuk....nak ganti mahal beb... Picture valve pecah lupa plak nak snap

2) Tiub cepat sangat berwap dan kalau biar akan berkulat so kena basuh selalu dan keringkan betul-betul.
3) Susu masuk kedalam tiub, pernah terjadi sekali. Masa tu pam dekat cubical je, pam letak bawah dr breast, atas peha. Sekali tetiba rasa lain mcam je pam tu, bunyi macam de air kena sedut. Sekali tengok susu dah masuk dalam tiub, nasib baik baru suku je. (kisah selanjutnya nanti ash update)
4) Bila terkejar masa, pam single ini rasa lambat juga, yela sebelah amik masa 10-15minit, satu sesi 20-30minit dah. Takkan nak keluar office or hilangkan diri 30minit sebanyak 3 kali. dah dekat sejam lebih tu. Kang bos atau HR bising.

So far semuanya ash berpuas hati dengan Swing ni. Dan banyak jasanya pada ash. Ash berjaya susukan Adam Rizqi sehingga umur 6-7bulan juga la sebelum ash decide untuk jual pada kawan dan beli Swing Maxi double breastpump.

Pic terakhir, di kala Swing ini masih di dalam jagaan ash...

Sebab or reason ash bertukar walaupun sangat sayang pada Swing, kekurangan yang ke-4 tu. Semakin hari ash makin busy di office dan sudah sampai masanya bertukar ke double pump, atleast 20minit dua-dua dah siap, dan insyaallah hasil lagi lumayan. Senang untuk dapat LDR, dan tak da lah time sebelah pam sebelah lagi meleleh je LDR tu ke breastpad. Membazir ye la sebab bila anak dah mula makan, cabaran tau nak maintain production susu, sb bayi dah kurang menyusu sangat.

Oklah nanti ash sambung MEDELA SWING MAXI REVIEW plak k.
Selamat berpuasa semua!!!

Thank for Viewing !!!

Teguran dari HR kali kedua.

Hahaha pepagi lagi dah buat aku hangin, sedih, rasa nak ngamuk, rasa insaf, or ade juga sedikit lega.

Actually camni...adatlah politik di tempat kerja. Bila kita rapat dengan orang di dalam office, semuanya nampak baik. Tak kisah la kita buat apa, tapi disebabkan kita baik dengan HR or Admin, ok je di mata mereka.
Tetapi apabila kita menarik muka, or tak bertegur sape dengan mereka, mereka terasa dan mula la semua kesalahan nampak. Mula lah banyak teguran sana sini. Biasa la bila tak mangikut cara or kehendak mereka, semua yang kita buat salah.

Bagi aku, aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu kerja aku. Dan aku juga tahu yang orang lain juga seperti aku. Kalau tak percaya tengok la sendiri. Oleh kerana mereka buatnya sekali sekala, jadi tak ramai la yang perasan. Macam dalam bulan puasa ni, aku memang datang awal. Seawal 6.30 pagi aku dah gerak dari rumah. Supaya aku dapat balik awal. Actually aku datang pukul 7 balik kul 4. Bukan ke tu dah menunjukkan yang aku dah cukup bekerja 9 jam. maksudnya aku ade extra one hour yang aku boleh buat sesuka hati aku sebab itu adalah waktu rehat aku. Then kalau aku keluar tapi balik lewat, aku ganti. Siapa yang cakap aku tak ganti. Tengok sendiri la report. Cukup ke tak. Tengoklah sendiri. Kalau korang check betul-betul masa tu dengan aku ganti selalu je aku ganti lebih.

Owh lupa plak kalau kes keluar pagi tu, hmm rsnye rmi juga sbnrnye yg mengulat, mcm tgk video, fb, or kdg2 lepak2 kat  luar tuh. Tapi oleh kerana dorg mai lambat, so orang tak nmpak semua tuh. Yang korang nampak dorg balik kul 7 tu dah ckup la waktu bekerja tuh. Hmm aku gerenti sama je macam aku.

Dah la malas nak bebel panjang. Korang nak perubahan dari aku kan????

Baik perubahan la yang akan aku bagi. Korang nak aku duduk dekat meja sepanjang 9jam kan. Ok baik.
Klau korang rasa korang nak balik awal, korang datang la awal. Sebenarnya korang yang selalu cemburukan aku boleh awal. Sebab aku sorang je yang ade kekuatan untuk datang awal. Tak pe. Tunggu je la k.

Kalau tetiba aku berdiam diri, dan buat je keje aku tanpa menghiraukan korang, jangan tanya kenapa la k. Aku boleh je hidup dengan dunia aku. Ok memang perangai korang ini membuatkan aku memang nk resign dr office ni. Malas nak tengok muka korang. Family day tahun ini pun aku malas nak join. Korang pergilah tanpa aku. Birthday aku pun tak payah la sambut. Aku tak kisah jika or sekiranya dipulaukan. Sebab kadang-kadang bagus dipulau korang ni. Aku akan sentiasa nampak betul je di mata korang.

So ok tarikh hari ni aku akan berubah. Wait n see, until aku resign.

Thursday, June 19, 2014

#Shaklee: Meriahkan susu dengan ESP

Salam peeps..!!
Macam mana dengan cuti weekends? Harap hari ni semua ada mood la yerk nak berkerja. Hindari lah Monday blues sesungguhnya, Isnin adalah permulaan hari kita. Jika kita bermula dengan lemah sepanjang minggu la kita akan lemah dan tidak bersemangat.

Oklah hari ni ash nak cerita pasal memeriahkan susu buat baby kita uols. Selain meriah, susu akan pekat dan baby bila minum cepat je kenyang, tak payah nak mengempeng lama-lama. Puas dia, perut kenyang, dia pun akan melepaskan nipple kita. So tiada lah masalah "nipple sore" or "nipple crack" akan berlaku.

Sesi pengepaman 1, pukul 8.30 pagi

Sesi pengepaman 1, pukul 8.30 pagi


Bagaimana susu boleh jadi pekat dengan ESP?

Begini, ESP yang kita sedia maklum, adalah makanan tambahan yang penuh/tinggi dengan vitamin berbanding makanan harian kita. Jadi apabila kita makan/ambil vitamin/supplement, kepekatan darah kita akan meninggi, maksudnye lebih pekat sedikit. Begitu juga susu ibu, susu ibu yang terhasil juga akan kaya dengan khasiat, vitamin dari supplement yang kita ambil itu. Jadi ia akan lebih pekat. Sama macam kita buat susu botol dirumah, jika kita masukkan susu 5 sudu ke dalam 120ml air, susu yang terhasil pekatkan? lagi lemak berkrim, padat dan membuatkan anak kita akan kenyang dengan cepat. Fahamkan?

Bagaimana pula meriahkan susu dengan ESP?

Statement di atas bukan bermaksud jika minum esp terus susu kita akan banyak. Itu adalah salah. ESP atau supplement Shaklee dalam set menyusu hanya membantu memberi rangsangan supaya susu dihasilkan dengan cepat. Ianya adalah protein yang penting untuk pembentukan sel. ESP membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak dan membantu mengawal paras kolestrol. Begitu juga makanan milkbooster yang lain. Milkbooster ini hanyalah bantuan rangsangan penghasilan susu dengan cepat. Jadi kita perlu konsisten dalam mengepam, atau direct feeding bayi untuk mendapatkan hasil lumayan.

Sesi pengepaman 2, pukul 11.30 pagi

Sesi kedua, bertambah kan?? alhamdulillah


Cth hasil lumayan itu, sebelum ini kita hanya mengepam di opis sebanyak 2 kali, dan setiap kali kita pam mendapat 10oz, tapi jika kita tingkatkan pengepaman sebanyak 4 kali di opis dan setiap kali pam kita mendapat 6-7oz, cuba darab kan dengan 4, bukan kan kita mendapat 24-28oz berbanding 20oz sebelumnya? Dan jika hal ini sentiasa diteruskan dengan bantuan milkbooster, insyaallah setiap kali sesi pengepaman anda boleh mendapat lebih 10oz. Cuba bayangkan meriahnya susu ibu untuk bayi comel anda.

Di samping itu pengambilan air masak mencukupi juga penting untuk memeriahkan susu ibu. Sentiasa simpan di minda, more demand, more supplies.

Bonus selain memeriahkan susu, protein dalam ESP ini membantu dalam mengurangkan rasa lapar dan kita boleh kurus!!! Betul...ramai yang sudah mengakuinya. Dan yang paling penting ESP selamat dan HALAL.

Jadi kepada sesiapa yang masih ragu-ragu, jangan segan boleh je sms/whatsapp sy di talian 016 3284617 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.


Wednesday, May 28, 2014

Seriusly memang tak tertahan dah air mata ni. Penat la nk ikut cakap orang sana sini. Orang tu cakap ini, orang tu cakap itu. Kalau kita membantah atau langgar peraturan mereka, mulalah kita akan ditegur, mulalah kita akan dipulau. Skype tak balas, message tak reply...bila call pun macam nak tak nak je.

Senang cita kita akan jadi umpatan orang. Salah orang memang senang sangat kita nak nampak. Tapi salah diri sendiri seboleh-bolehnya nak ditutup. Bila kuasa di tangan salah diri sendiri dibolehkan. Tanpa disedari kita menegur orang yang buat perkara sama je macam kita. Orang tu bersalah melayari internet sewaktu kerja, layan youtube, online facebook, keluar lunch balik lewat sampai berejam, tapi salah diri sendiri siapa yang mahu mengaku. Salah orang je yang kita ambil kira, sebab kita rasa diri kita betul. Ambil cuti pun tak boleh. Perlu dapatkan approval dulu. Tapi kalau diri dia, tak pa...dah notify dah. Owh anak sakit so tak boleh nak datang. Tapi anak orang sakit "owh nursery kan boleh jaga..." hmmm inilah dunia aku sekarang.

Owh peti ais langsung tak boleh penuh. Kalau penuh dengan harta orang lain "EEE...sape punya barang banyak sangat dalam peti ais ni???" Kerja perlukan berkat. Owh berkat ye...kalau dah mengumpat orang...mana datang berkatnya? kalau dah dengki dengan orang mana datang berkatnya?

owh satu lagi...bila dah pegang kunci, mestilah kena datang awal...nanti staff lain nak msuk macam mn..hmm aku sorg je kot yang pegang kunci dalam ni...ok so aku sorg je la yang perlu datang awal...

hmm tak pela...segala teguran tu akan ku jadikan batu lonjatan untuk aku berjaya. Aku tahu aku pun mengumpat dalam blog ni. Tapi aku kalau tak luahkan kemarahan, kesedihan aku akan membuak-buak. Prestasi aku memang sangat teruk sekarang ni. Tapi tak pa akan ku tunjuk pada kamu semua yang aku betul dan aku akan berjaya walaupun kamu semua sangsi dengan aku. Jangan isau kalau aku berjaya aku akan ingat teguran kalian tu. Susah senang aku, tiada siapa yang tahu. Aku dah serik nk share lagi kesusahan yang aku tanggung sebab at the end aku juga yang akan dimarahi aku juga disalahkan. Aku sedar...

Owh maafkan aku jika aku akan berubah mulai hari ni. kerana jika aku berubah kalian semua akan terasa. Aku tak kisah tentang perasaan kalian kerana aku kisahkan hanya diriku sebab kalian tak pernah kisahkan aku. So terima je la.

Wednesday, April 16, 2014

#Tips : Amalan Diet yang boleh korang cuba.

Tengah-tengah buat kerja opis tadi, tergerak pula nak google, pasal losyen Anugerah. Untuk pengetahuan semua sebelum bersalin lagi Ash dah gunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah.
Tapi nanti la Ash cerita pasal losyen tu k Sebab entry kali ni pendek je.

Tadi de terbaca dari sebuah blog tentang diet yang tidak memerlukan senaman. Tapi agak extreme juga la. Tapi mana yang Ash rasa ok itu shj yang Ash kongsikan k. And kebetulan pula ada juga yang Ash memang dah amalkan.

Basically, time makan kita ni ada 3 phase:

Detoxification Phase (Fasa Detoksifikasi) - 6 a.m - 12 p.m
Seeloknya 1 jam ke 11/2 jam ambilah sarapan.
Jangan biarkan melebihi 2jam perut kita berlapar, kerana 5% kadar metabolism kita akan jatuh.
Selain dari itu, kita akan mempunyai nafsu yang sangat tinggi dan membuatkan kita makan dengan lebih banyak.

Sarapan yang disyorkan:-
Buahan-buahan
Roti wholemeal
Jacob crackers

Nota: Yogurt kurang sesuai bagi yang gemuk air. (not sure why will update)

(Ash selalu pagi memang makan berat terus, mee goreng, bihun, maggi goreng tapi sekarang dah kurang makan nasi lemak)

Digestion Phase (Fasa Perncernaan) - 12 p.m - 8 p.m
Snacks - 3jam selepas sarapan - seeloknya buah-buahan/biskut
Lunch
1 gengam nasi, lauk banyak tak pa terutamanya sumber protein kerana protein ini melambatkan rasa lapar.
Jangan dilupa sayur-sayuran penting whoooaaaa
Snacks - 3jam selepas lunch - seeloknya biskut
Dinner
* kurangkan memakan karbohidrat, seeloknya makan yang mudah dihadam. Cth makan lauk shj.
Kalau nak makan nasi juga, still kuantitinya segenggam kalau boleh jangan melebih jam 7 p.m sebab lambat dah tu nak dihadam.


Absorption Phase (Fasa penyerapan) - 8 p.m - 4 p.m
Boleh minum air masak, coklat, barli, susu kerana kadar penyerapan time ni tinggi.
Tapi selepas pukul 10 p.m jangan minum air banyak k. Sebab air akn terkumpul dalam badan dan menyebabkan kita buncit, boroi dan menyebabkan kita lesu di pagi hari.

Kalau sebelum pukul 10malam memang bagus minum air masak banyak sekurangnya 3-4liter sehari. Minum air yang cukup dapat membantu membuang air yang berlebihan dalam badan. Sambil air berlebihan tu keluar, keluar juga la toksin dan lemak-lemak yang membuatkan kita kurus selepas itu. hehehe
Oklah nak sambung keje. Ash hanya berkongsi apa yang Ash bace. Kalau rasa logik boleh cuba k dan sharekan die comment bawah supaya ramai yang boleh cuba juga jika berhasil

Yang pasti ini lah yang Ash amalkan selepas bersalin tetapi dengan sedikit bantuan Shaklee dan juga Anugerah.

Thanks for Viewing!!!

Friday, April 11, 2014

#Baby Journey: Salam perkenalan Ash dan Medela Swing

Salam,
Hajat di hati untuk menulis entry sebanyak mungkin sepanjang Mac tidak kesampaian apabila, sekarang dah berakhir pun bulan Mac. Entry nya banyak tu je. Sekali lagi blog ini bersawang. hehehe kes malas tuannya kesian. Kalau la blog ini perlu makan memang mati nyahhidrat blog ni.

Ok stop celoteh tu, jom ke isi entry kali ni. Saje nak buat review tentang Medela Swing Breastpump. Reason entry hari ini sebab bila Ash search Medela Swing ni, tak banyak review mengenainya sangat. So biarlah Ash tambahkan mungkin entry ini nanti berguna untuk bakal-bakal ibu yang mahu membeli breastpump k.


Member punya Swing, yang di beri pinjam, Nampak tak susu yang baru Ash pam tu?


Senang cerita Ash memang sayang sangat Medela Swing ni. Tapi Ash dah jual dah pada kawan Ash, sebab Ash upgrade ke Medela Swing Maxi. Kenapa upgrade? Tak bagus ke Swing? Tunggu dulu habiskan pembacaan nanti Ash bagi tahu k. Sabar. Medela Swing ini sangat banyak jasanya pada Ash. Mula Ash gunakan Swing ni masa dalam pantang. Lepas je berurut, susu memang banyak, sampai bengkak dan Ash demam serta baju sentiasa basah. Jadi oleh kerana cetek ilmu penyusuan ini sebelum bersalin memang tak terpikir pun untuk membeli pam susu or simpan duit tuk beli pam susu. Ingatkan nanti nak bekerja baru nak beli. Langsung tak terpikir tentang stok EBM untuk time bekerja nanti. Punya la cetek ilmu.

Medela Swing - single pump terbaik bagi Ash!!
Tapi nasib baik ade kawan akak jiran Maklong Ash yang sangat baik hati datang melawat pada hari ke 4 pantang. Dia la yang beritahu tentang semua tu. Dengan baik hati die sanggup memberi pinjam pam susu nya pada Ash kerana waktu time tu anak nya dah berhenti menyusu badan seawal 4 bulan. Mungkin sebab die berikan anaknya makan terlalu awal. Jadi anaknya tak mahu dah menyusu, akhirnya susu kering. Jadi itulah masanya Ash berkenalan dengan Medela Swing. Masa 1st time guna memang tak banyak sangat susu yang dapat dipam. Hanya cukup sebotol je. Dan disebabkan kejahilan dan kemalasan Ash, Ash pam susu hanya bila bengkak susu je. Itu totally wrong ok. Jadinya Ash tak buat pun stok EBM dengan alasan botol susu untuk penyimpanan EBM tak ada. Teruk kan?

So bila tinggal lagi 2minggu Ash nak bekerja barula terkial-kial nak pam susu. Akhirnya Ash terpaksa mengepam, untuk stok keesokan harinya sahaja. Tapi ok juga, sebab sekurang-kurangnya Rizqi dapat FBM instead of EBM. Jadi time dah masuk opis, medela Swing ni la yang Ash usung ke hulu ke hilir. Tapi tak pa Swing ni compact, mudah di bawa ke mana-mana, Then yang bestnya, bleh pakai bateri, AA 4biji. Cuma lebih jimat jika kita pakai batri rechargeable. Selalu Ash pergi keje memang awal. Area pukul 8 pagi dah ade di opis, jadi pukul 9 Ash akan mengepam sesi pertama, time ni tak ramai sampai lagi di opis so ash pam di opis je. Lepas tu jam 11.30-12.00 Ash pam sesi kedua dan yang ketiga pukul 3-3.30 ptg di surau sebab segan di opis. Untuk sesi pam 2 dan 3 memang susah sikit sebab ye la nak mengepam ambil masa 15minit sebelah breast, total 30minit Ash akan hilang dari tempat kerja. Jadi kadang-kadang Ash percepatkan masa mengepam yela Swing adalah single pam supaya bos tak perasan sangat Ash hilang lama. So far dengan bantuan Medela Swing Ash berjaya membekalkan susu untuk Rizqi selama, 6bulan juga.

My own Medela Swing, fresh from the box. hehe


Owh Ash guna kawan Ash nye Swing hanya 2bulan je, lagi 4bulan tu Ash dah gunakan Swing Ash sendiri yang Ash beli dari Kak Rose sebab murah compare dari web lain yang Ash survey. Ni masa tahun 2013. Sekarang tak tahulah harganya berapa. Tapi boleh la tanya dulu k. Tak pun beli je dari kedai baby, sekali dengan set cooler bag, ice pack, bottles..and free gifts. Lagi untung...huhu. Selama 4bulan la Medela Swing ku berkhidmat untuk Ash dan Rizqi. Alhamdulillah. Ash memang sayang Swing because sangat compact, pam tak sakit, senang nak bawa, tak berat, bunyi tak da lah kuat sangat, senang nak cuci dan senang nak pasang semula.

Manual pump, sakit dan lenguh plak tuh. Quite mahal juga dalam RM50++

Cuma pernah la sekali tuh time Ash pam, tetiba de bunyi yang unfamiliar, rupanya air susu masuk dalam tiub. Gelabah juga la Ash sekejap tapi Ash terus berhentikan motor. Matikan suis dan nasib baik Ash cepat perasan so tak la sampai masuk ke dalam motor. Jadi Ash bersihkan, then on smula tanpa pam susu untuk keringkan tiub tu supaya tak berkulat. So bila Ash google cari punca rupanya sebab motor tu kita letakkan dibawah paras botol susu pam kita tuh. Jadi disebabkan tekanan, susu masuk ke dalam tiub. Medela Swing tak ada filter untuk elakkan susu msuk ke dalam pam. Jadi selepas itu Ash berhati-hati Ash akan pastikan motor sentiasa berada di atas dari paras pam susu contonhye dengan meletakkan di atas meja instead of letak di atas peha (kes nak sorok tak nak bagi orang nampak) or gunakan beg cooler untuk tinggikan sikit. Tapi so far itu la kali pertama kena dan terakhir (akhir sebab dah tak pakai dah). Then disebabkan single pam dan kekangan masa di opis Ash pun upgrade ke Medela Swing Maxi. Nanti nest entry Swing Maxi punya review plak k.

Oklah Ash nak sambung buat kerja plak. Till next Entry k ~~

Next Entry : Medela Swing Review

Thanks for Viewing!!!





Friday, March 21, 2014

Skype conversation: Perubahan


[10:26:46 AM] : belom...
[10:26:51 AM] : kawan sye meninggal..
[10:29:04 AM] : xtau awk..sye bkk fb die ckp die jatuh..pastu trs meninggal..
[10:29:09 AM] : sedeynyerr....
[10:29:11 AM] : huhuhuhu..
[10:29:20 AM] : kwn close sye mse skolah dlu..
[10:29:28 AM] : die kt kelantan skrg...
[10:29:38 AM] : die br jer bersalin bulan 1 aritu..
[10:29:42 AM] : cian bby die...
[10:29:44 AM] : huhuhuhu
[10:30:19 AM] norashikin hapizi: la yeke?
[10:30:41 AM] norashikin hapizi: kesiannye...ala sedihnye...sb sy sllu je terpikir pe la jd kt adam kalau sy xde...
[10:30:54 AM] norashikin hapizi: xdpt sy nk bygkan...sape yg akn jaga...nk minum susu pe...
[10:30:59 AM] norashikin hapizi: ala kesiannye
[10:31:58 AM]: suami die ade lg...
[10:32:09 AM] : klu awk nk tau..kwn sye nie ade anak angkat..
[10:32:21 AM] : die jge sebelom kawen lg..sbb ade org nk buang budak nie...
[10:32:43 AM] norashikin hapizi: buang budak?
[10:34:30 AM] : haah..mak budak tu xbetol..nk campak anak tu...
[10:34:37 AM] : trs die amik jage..
[10:34:39 AM] : huhuhuhu..
[10:34:48 AM] : then awk tau suami die plak oku..
[10:34:54 AM] : kaki lumpuh...
[10:35:03 AM] norashikin hapizi: besarnye pengorbanan die...
[10:35:23 AM] : mmg lumpuh sebelom kawen..
[10:35:30 AM] : die terima suami die seadanya...
[10:35:48 AM] : syg sggh die ngan suami die wlpn suami die cacat...
[10:35:51 AM] : huhuhuhu..
[10:35:59 AM] : sekarang die dh pergi...
[10:36:06 AM] : sedey sgt rasenyer...
[10:36:41 AM] norashikin hapizi: haah kesiannye..cmne la suami die nk jaga baby...
[10:36:47 AM | Edited 10:36:52 AM] norashikin hapizi: br 3bulan kan?
[10:37:12 AM] norashikin hapizi: minta2 la baby die akn kuat cam dia juga...hmmm sedih
[10:37:28 AM] : haah...3bulan dh...
[10:38:27 AM] norashikin hapizi: huhu sejak jd isteri n ibu ni kan..hati sy ni sgt sensitif...huhu kalau dgr citer2 cmni kan mmg rs mcm nk menangis...bergenang air mata...
[10:38:47 AM] norashikin hapizi: huhu naluri kuat sgt...sedihnye....kdg2 sampai xsanggup nk dgr or bace...
[10:38:49 AM] norashikin hapizi: huhu
[10:39:44 AM] : xyah la nanges awk eh...
[10:39:48 AM] : nilah kehidupan..
[10:40:03 AM] : sye xle nk nanges lg sbb sye terkejut..
[10:40:05 AM] : huhuhuhu

Di atas adalah perbualan ku bersama seorang kawan di office, pagi tadi. Sedihnya bila mengenangkan kalau ia terjadi pada keluarga ash. Soalan yang pertama yang akan ash tanya : "Siapa yang akan menjaga dan menyusukan adam? Adam minum susu badan aku..."

Kemudian barulah soalan lain yang akan terpacul keluar dari mulut ini. Memang bergenang air mata ku semasa berbual tadi. Sehinggakan ash nk je tulis, boleh tak jangan cerita tentang ni lagi. Ash pun tak tahu kenapa bende macam begitu memberi kesan kepada ash. Pernah juga dulu ash online fb then suddenly ternampak picture, seorang bayi sedang menyusu dari ibunya yang dah mati akibat peperangan. Sedih dan ash menangis melihatkan kejadian tu. Ash tak dapat bayangkan sebab ibunya dah mati, masih ada lagi kah susu yang diisap oleh bayi itu? Tahu kah dia yang ibu nya sudah tiada? Apa nasib bayi itu? Adakah dia juga akan mati akibat bom atau tidak makan? Dalam hati ash hanya mampu berdoa, semoga seseorang yang berhati mulia akn mengambil dan menjaganya. Sehingga ke hari ini, imej tu langsung tak hilang dari kotak minda ash.

Sejak menjadi isteri, dan sekarang menjadi ibu, hati ash betul2 sensitif. Ash dah tak sanggup lagi nak mendengar cerita-cerita seperti di atas lagi. Ash tak mampu nak menatap imej2 sedekimian lagi. Dalam hati setiap kali tengah memandu ke tempat kerja atau balik ke rumah, selalu berdoa hindari dari berlaku kemalangan atau perkara yang tidak di ingini. Ash perlu kuat, ash perlu teruskan hidup untuk anak dan suami ash. Ash tahu tanpa ash mereka takkan mampu hidup seperti mana sekarang. Hubby takkan boleh menjaga Adam Rizqi sendirian. Dia pun akan tidak terurus. Mereka belum bersedia untuk ash tinggalkan. Jadi ash perlu menjaga diri ash demi menjaga mereka sehingga mereka bersedia.

Mungkin kawan ash tadi belum lagi mengerti apa yang ash maksudkan. Tak pa lah dia pun akan berkahwin tidak lama lagi, dan mungkin akan mendapat anak selepas itu. Biarkanla dia merasa seperti mana ash rasakan. Dan pada hari itu mungkin barulah dia akan faham. Mungkin ada juga ibu-ibu atau isteri-isteri yang merasakan begini. Jadi tabahlah wahai wanita. Kamu sangat istimewa!!!

Apepun,

Ya Allah yang Maha Esa, Aku belum bersedia....!!!

Thanks for Viewing!!!

Thursday, March 20, 2014

Penguat hati seorang isteri, peringatan buat seorang suami!!

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Sekadar hiasan

Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT."

Kerana isteri, rezekimu bertambah. Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. Kerana isteri, makan pakai mu dijaga. Kerana isteri, tenang hati mu. Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, ianya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. renungan sepintas lalu...

Sekadar hiasan

Sekadar hiasan
"Mengapa WANITA sering menangis? "

Jawab Tuhan :
Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi. WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru. WANITA sangatlah istimewa..

Wednesday, March 19, 2014

#Shaklee: Makan set slim shaklee tapi tak kurus...hmmm

Hi salam semua yang dikasihi.
Ash terpanggil untuk menulis entry kali ni bila pagi tadi ash call seorang kawan ash yang membeli set slim budget Shaklee which consists of ESP, Alfalfa and  Lecithin.
Yang ash terkejutnya dah 2bulan juga la die ambil set ni. and pagi tadi lagi sekali dia cakap dia stop ambil shaklee dulu sebab beratnya naik.

Adoiii...ni kali kedua dah. Sebab bulan lepas ash ada juga call bertanya khabar pun dia cakap berhenti. Tapi ash consult semula tanya cara pengambilan and pemakanan harian dia. So ash guide semula tuk ambil Shaklee dengan betul. Alhamdulillah selama semnggu tu berjaya la turun semula. Tapi arini dia cakap dia tak berjaya kawal nafsu makan dan beratnya naik semula.

Ok kawan-kawan sekalian sebelum anda berdiet anda perlu la tahu yang sebenarnya kalau anda berdiet yang salah dengan menahan diri anda dari makan or makan dengan kuantiti yng sedikit dari yang sepatutnya or kurangkan waktu makan akan membuatkan badan anda kehilangan zat or kalori yang secukupnya. Jadi bila badan letih lemah, mula kita akan craving tuk bende makanan yang tinggi kalori, tinggi gula, minyak untuk menggantikan semua yang hilang or tidak cukup tu dalam waktu yang singkat. Contohnye dulu ash akan sentiasa letih dan apa yang ash akan buat ash akan minum ribena or coke satu tin untuk dapat gula yang cukup tuk tenaga ash hari itu. Tapi ash kurang bersenam, tenaga dari air ribena or coke tu tak sempat habis dipakai pun badan ash, so nak tak nak tersimpan la ia menjadi lemak dan seterusnya dalam masa sebulan lagi bertukar menjadi lemak tepu pula. So akhir bulan, timbang naik berkilo-kilo.

Jadi bagi sesiapa yang mahu menguruskan diet jangan la skip makan. Makan ni bagus tuk menaikkan metabolism dalam badan kita. Cuma kita perlu kawal ape jenis makanan yang kita ambil dan kurangkan kuantiti makanan yang kurang berkhasiat ni. Banyakkan sayur dan buahan. Ni tak bila bab suh makan nasi yang lebih, ikan besar, sayur ciput. Sihat mende namanya tu. Tahu tak kegunaan sayur and buahan tu sebenarnya? Sila lah google ye kalau tak tahu. So bila tak kawal makan, walau makan mak nenek supplement pun takkan kurus. Mana taknya: makan tengah hari 100% lemak/kalori, minum ESP tuk bakar lemak 35% je. so yang lagi 65% tu kalau tak exercise, tak berpeluh mana nak dicampaknya lemak tu? Jadi kalau logiknya, jika ambil makan yang mengandungi 50% or less lemak/kalori dibakar plak oleh ESP 35% so now dah tnggal berapa dah lemak dari makanan yang kita makan tadi? 15% je kan? Turun naik tangga, berjalan ke tandas 5kali sehari kan dah boleh dah bakar 15% lemak yang tinggal berbanding 65% yang atas tadi tu.

So pokok pangkalnya kalau nak kurus tu sume kalau tak disertai usaha yang kuat takkan berjaya. Then satu lagi de juga yang belum cuba dah tak yakin or pernah cuba tapi gagal at the end salahkan produk or org yang jual. Semua orang lain ragam badannya. Jadi tugas diri sendiri la yang perlu mengenal diri tu and mencari apa yang sesuai tuk badan kita. Orang lain yang menjual or suggest tu selalunya dah pernah cuba dan berjaya jadi maksudnya memang sesuai la dengan badannya. Jadi kita ni kalau tak berjaya tolong la tanya diri dulu apa yang salah sebelum menunding jari menyalahkan orang. Anda sendiri yang nak cuba, nak ambil risiko dan membelanjakan duit anda jadi kalau tak berjaya kenapa perlu salahkan orang lain? Cam ade kawan ni dia cakap dh pernah ambil macam-macam dah, tapi tak berjaya termasuklah pernah ambil herbalife, tapi tak kurus juga, then ash suggest la try shaklee then bleh plak "Terasa nak cuba lah tapi kalau tak berjaya saya salahkan awak..." What the.......??? huhu Ape yang dah jadi dengan phrase "Terasa nak cuba.........bla bla bla"? Diri sendiri yang nak, ash tak paksa, cume cadang boleh ditolak dengan baik jadi kalau tak berjaya perlu ke ash yang disalahkan? Kenapa ash yang dulu ambil Herbalife boleh berjaya kurus, kawan lain pun sama. Sekarang ash dan kawan2 lain ambil Shaklee pun berjaya. Sume nya tepuk dada tanya selera!!! (eh kena ke dengan maksd ayat tadi?? huhu)

Lastly, bagi kawan-kawan yang ske skip makan or lewatkan waktu makan ni, jangan harap la ye bleh dapat berat yang di targetkan. Bila orang cakap perlu sarapan, sila la sarapan dalam range 7-9pagi. Kalau kul 10 baru nak breakfast, tu bukan breakfast lagi dah. Makan tengah hari dah. Orang selalu buat begini akan cenderung tuk makan lebih banyak. Sebab badannya dah dibiarkan lapar dengan terlalu lama. Ini salah ye. Jadi macam mana metabolism anda nak naik? Makan la ikut masa. Time makan, makan, time tidur tidur. Ni tak dinner kul 10malam. Balik kul 11 terus tido. Hmm perut pun marah sebab kul 10 tu waktu tidur dan rehat die dah. Tahukan perut kita ambil masa sekurang-kurangya 4jam tuk pencernaan? Tak tahu sila la google. Jadi makan la dalam range kul 6-8 malam. Jadi sempat la perut nak menghadam makanan tuk. Tak da la semuanya bertukar lemak.

So enough of celoteh. Sila kaji semula ye cara hidup, pemakanan, pengambilan supplement anda. Ramai yang dah berjaya, jadi anda pun kena la pastikan diri anda berjaya. Dah beli produk memahal takkan nak membazir. Baru pakai sehari dua jangan harapkan result yang sama macam orang dah pakai 1tahun. Kan tak betul tu. Pape msg or email or comment la bawah ni ye. Ash akan membantu sedaya mungkin. daa~~~

Thanks for Viewing!!!


Tuesday, March 11, 2014

#GA : Blog Paling Smart by cik Aish

Selamat pagi dan Assalammualaikum

Entry kali ni berkaitan Giveaway...lama tak join GA. Ga kali by Belog Cik Aish : Contest BLOG PALING SMART.



Smart ke blog ash ni? Semalam baru je ash tukar design page. Hajat di hati nak guna free template. Sekali tak boleh nak edit langsung width, sidebar sume. Hmm tak payah la. so ash pun guna la template by blogger je. Dan ni la hasilnya. Bagi ash ok dah. Simple and fresh especially part side bar yang de picture tu. Sukeeee...hihi terlebih sudah puji blog sendiri. LOL!!

Ohh kenapa nak join GA ni? sebabnya hadiah die SET VITAMIN PENJAGAAN KULIT SHAKLEE, wow mesti ada Vitamin D dan Vitamin C. Uolllss this two supplement adalah supplement yang boleh tahan juga harganya. Dan kebetulan pula stok ash sendiri pun dah nak habis, bila ada yang mahu beri as a gift why not kita try kan??

So hope, i can win the title "BLOG PALING SMART". Kengkawan lain jom pertaruhkan blog anda juga =)

Thanks for viewing!!!

Thursday, March 6, 2014

#Shaklee: ESP tengah murah uols...


Jom-jom promo bulan Mac ni, Hot -Selling item ESP. Huish berbaloi kalau beli time ni. Tersangat murah.

Mai la order dengan Ash, Ash akan beri harga yang murah pada uols.

Maaf la tak leh nak tulis panjang lebar. Tengah koje...hhuhu...jumpa lagi nanti. ye...

Thanks for Viewing !!!


Tuesday, March 4, 2014

Merajuk

Hmm pagi sedih sgt sebab En Hubby merajuk, or maybe hangin...hmm xsure la yg pasti we are in silent mode/therapy sekarang ni. Aku dah puas pujuk or call dah tapi no used. He won't answer or reply my sms.

Bendenye jadi semalam, kitorang sekeluarga keluar makan bersama. Then masa balik tu, time nk park kereta. Radio yang dipasang kuat la jugak, so time En Hubby nk reverse dia reverse laju je, then our sensor dah berbunyi. Aku pun tegur la. Tapi mungkin cara aku tegur tu membuatkan En Hubby tersentap kot. Then die terus membebel, cakap yang dia tahu la, dia dah lama bawa kereta, tak payah beritahu la., ape la. Niat aku sebenarnya just nak alarm dia je, mana tahu kalau bunyi radio yang kuat tu membuatkan dia tak perasan yang sensor dah berbunyi kuat. Sekali dia melenting. Aku pun ape lagi, merajuk la.

So masa keluar dari kereta tu, aku angkat Adam, n amik beg setengah dari seat belakang, then tutup pintu. Mungkin pintu tu macam terhempas sikit bunyinya, Yela dah bawa baby then beg lagi dekat tangan so terhempas la pintu tu. Then memang lepas tu aku terus je melulu ke lif. Tak tunggu dia pun. Memang merajuk, yela mood tengah baik tetiba dia nak hangin macam tu. Tapi time lif buka, aku tunggu kalau aku betul2 nak buat pasal memang lama dah aku naik je lif tu. Tinggalkan je dia dekat bawah sensorang.

Then dalam lif dia start lagi, cakap lepas ni xpayah dah keluar makan, setiap kali keluar makan nak hangin je. Sekarang ni sape yang start dulu???? aku ke?? dia membebel salahkan aku sume. Lagila aku sedih and agak bengang di situ. So aku pun merajuk la masuk bilik, kemas pe patut then tidurkan Adam. Nasib baik la Adam memang penat. So boleh la aku berehat, mandi and kemas brg2 tuk esok.

Dalam kul 9 malam plak dia buat hal keluar g mana pun aku tak tahu. Dalam hati memang aku risau tapi nak buat cmne aku call pun bukan dia angkat. Then kebetulan perut aku memang sakit. Sakit sangat-sangat, beberapa kali aku ke toilet. Mungkin salah makan kot. Aku isau juga suami aku tak de, aku dalam toilet lama then kalau pengsan ke ape ke ank aku tak de sape jaga. Then aku msg and try call. Memang langsung tak berangkat and berbalas. Last2 sebab keletihan tu aku ttidur. Dalam pukul 12 camtu aku terjaga, perut masih lagi sakit, nak bangun minum air, sekali tengok dia dah balik. Tidur atas sofa, hmm nasib la. Aku still lagi keras hati nak minta maaf walupun bukan salah aku. Tapi aku terus je tidur.

So pagi ni time En Hubby g kerja, aku terjaga, niat tu nak la g salam die sebelum g keje tapi Adam plak tengah menyusu, so En Hubby g keje camtu je. Hmm sedih. Call tak angkat msg tak balas. Sakit perut pun de agi. Cam nak pengsan je. Tak lalu nya nk breakfast. Tengokla tengah hari ni aku balik rumah, harapan dia ada la dekat rumah untuk aku pujuk. Tak pa la aku korban kan time lunch aku. Aku sayang dia, kitorang baru je nak baik, tapi lain plak jadinya. Baru je nak romantik, yela lepas bersalin ni macam-macam dugaan tau. hmm aku harap aku dapat bertahan hingga ke akhirnya. Aku sayangkan suami aku, tak mahu ada orang lain yang bersama suami aku. Aku harap kami sama-sama setia antara satu sama lain. Ya Allah bantula hamba mu ini. Amin...

Thanks for Viewing!!!

Wednesday, February 19, 2014

#Shaklee : Cara minum ESP Shaklee untuk kurus

Salam semua, and good afternoon.

Dah lunch? Ash belum lagi. Sekejap lagi lebih kurang 30minit lagi ash akan keluar lunch bersama rakan office. Kenapa 30minit lagi? sebab ash baru je minum ESP. hehehe bagi la ESP diserap dengan baik dulu untuk badan ash mendapat segala khasiat dari ESP ni. (ayat tak menahan betul)

Owh tujuan entry hari ni, ash just nak share cara nak ambil ESP ni. Especially bagi sesiapa yang mahu kurus. Sebab ash pun pernah salah juga semasa mula-mula consume ESP ni. Berat tak turun, nafsu makan pula yang bertambah akhirnya bertambah la KG. ohh tidaaaakkkk. I have to do something then start googling. Tapi sangat la payah tuk mencari cara memakan ESP untuk kurus. Rata-rata banyak tulis "Cara penyediaan ESP Shaklee, Resespi ESP sedap". Kalau de orang yang macam ash mungkin jumpa masalah yang sama kan? (hehehe ke aku sorg je?)

ESP ash, campur air suam je. Dah cukup dah sebelum makan

Enough celoteh. Ok continue to the entry body...

Kalau nak kurus, "Ambil ESP before kamu makan okeh...tak kisah la setengah jam ke 15minit ke...asalkan sebelum makan.."

Kenapa? "sebab ESP ni protein yang boleh memanjangkan rasa kenyang. jadi once korang kekedai makan korang takkan ambil nasi segunung, lauk selautan. huhu faham!!!" Then selepas makan boleh la ambil Lecithin dan Alfalfa tuk pembakaran lemak dan pembuangan toksin dalam badan kamu tu.

Bagi sesiapa yang mahu menambah berat sila ambil selepas makan, gerenti menti, korang akan nak makan lagi selepas tu. hahaha. (aku pernah alaminya, seyes memang cepat lapar lepas makan amik ESP. huiyo... nak ngunyah je weh...tak henti)

Bekalan ESP ash di office mahupun dimana shaja. Tak perlu usung canister gabak tuh.
Logiknye??? Selepas makan badan korang bekerja tuk menghadamkan makanan korang, jd kalori korang pn digunakan dalam proses ni. Jadi bila korang tambah lagi dengan ESP yang sememangnye membakar 35% kalori korang tu bukan ke double up kalori/tenang/makanan korang dibakar or digunakan. So bila sume tu tak cukup badan akan request korang tuk makan. Mula nafsu korang terhadap bende manis/bergula/yummylicious tu membuak sebab perlukan kalori yang lebih. hahahha

Ini yang aku terpikirkan sendiri la. Tapi mmg betul. Dulu aku semakin tertarik dengan bnde bergula, nak lepas makan je nk sape Kek Coklat Anis Moist sekotak. Tak pun Red Velvet. Huiyo...tak bleh tahan la. Tapi hari ni tidak lagi sebab even tgh tulis entry ni tak terpikir pn nak beli kek tu or coklat or air manis. Sebab sy kenyang dengan ESP. huhu.

Belum cuba belum tahu k. Ash sekadar berkongsi apa yang ash rasa logik dan berdasarkan pengalaman. Jadi kalau ada yang salah tu boleh comment tu and sekiranya berjaya pun boleh komen k.
Oklah nak g makan tengah hari. Walaupun nak kurus jangan skip makan k, kurang kuantiti tu yang perlu.

Thanks for Viewing!!!


Monday, January 27, 2014

#Shaklee : Keputihan melampau.

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ni ash nak kongsi cara ash menangani keputihan ash yang melampau suatu ketika dulu. Seperti yang semua tahu, setiap wanita pasti mengalami keputihan, cume serius atau tidak. Keputihan ini akan menjadi melampau/serius sekiranya,
1) Tidak menjaga kebersihan seluar dalam harian, lembab
2) Tension, emosi tidak stabil
3) Terlalu banyak memakan atau meminum makanan/minuman bergula (makanan untuk yis/kulat keputihan)
4) Jangkitan dari suami atau isteri yang berpenyakit keputihan.

Dahulu, selepas ash berkahwin keputihan ash sangat teruk. Setiap hari terasa sangat gatal, sakit, memang rasa sangat tak selesa. Ash dh la memang tension bila keputihan tu teruk lagi la ash tension. Hinggakan kalau bersama dengan suami, ash akan sakit dan pedih. Memang hilang mood. Lebih menambah lagi tension ash, bila ash dapat tahu yang keputihan ini boleh menyebabkn kita lambat mengandung. Kalau mengandung pn mungkin boleh gugur kerana bakteria ni sangat aggresif. Family dah sibuk tanya, "Ada isi ke belum?", memang menangis selalu dengan En Hubby.



Ash pernah google, dan ash membeli buku panduan cara mengatasi keputihan, tapi ternyata tidak berkesan. Sehinggalah ash berjumpa dengan Alfalfa Shaklee. Ash pun berborak la dengan kakak yg menjual Alfalfa Shaklee tu secara online. Dia cakap memang semua yang dah mencuba mendapat hasil yang baik. Jadi sebelum ash membelu secara online, ash cuba cari di farmasi, guardian, watson tetapi produk Shaklee tidak di jual di tempat tersebut. Jadi ash mengambil keputusan untuk membeli secara online. Kakak tu mencadangkan ash mencuba dahulu trial set Shaklee yang bertahan untuk sebulan untuk melihat hasilnya.
Ash pun setuju.

Dan alhamdulillah, keputihan berkurangan, hubungan ash dan suami pun bertambah intim, dan ash pun hamil. Ternyata kebersanan Alfalfa Shaklee dalam mengurangkan keputihan. Sehingga ke hari ni selepas habis pantang ash mengambil Alfalfa untuk maintain kesihatan dalaman ash. Tiada lagi tension memikirkan keputihan. Dah tak malu dah dengan suami. Yang paling penting, berat badan ash pun turun dengan sangat banyak kerana selain untuk kesihatan wanita, Alfalfa juga adalah pembuang toksin/lemak yang sangat baik.

Jadi bagi sesiapa yang mempunyai masalah keputihan seperti ash boleh la emailkan/whatsapp sebarangan pertanyaan anda. Jangan risau segala masalah/rahsia/cerita yang anda kongsikan akan menjadi rahsia kita shj. Ash berkongsi kisah benar ash kerana ash yakin ramai di luar sana yang mengalami masalah yang sama tapi malu untuk berkongsi. Insyaallah ash akan cuba membantu dan jika berminat untuk mencuba Alfalfa selama sebulan pun boleh. Harga terbaik bagi anda ash berikan.



Thanks for Viewing !!!

Tuesday, January 21, 2014

#Shaklee : Alfalfa, Raja segala tumbuhan (Promosi Januari)

Apa itu Alfalfa?


Alfalfa atau Medicago Sativa, adalah sejenis herba yang tinggi khasiatnya. Kebolehannya menyerap nutrien jauh ke dalam tanah, yang tidak dapat diserap tumbuhan lain membuatkan tumbuhan ini dikenali sebagai Raja Tumbuhan.

Alfalfa digunakan untuk masalah buah pinggang, pundi kencing dan untuk meningkatkan aliran air kencing. Ia juga digunakan untuk masalah kolesterol tinggi, asma, osteoartritis, artritis reumatoid, kencing manis, sakit perut, dan gangguan pendarahan dipanggil Purpura Thrombocytopenic.

Selain itu, alfalfa di ambil sebagai sumber vitamin A, C, E, dan K4 dan mineral kalsium, kalium, fosforus, dan zat besi.

Kegunaan



Alfalfa digunakan dalam perubatan alternatif untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kepekatan yang tinggi alkaloid dalam Alfalfa membuat ia berguna dalam mengurangkan tahap gula dalam darah.

Ia juga biasa digunakan sebagai penyahtoksik darah dan bagi apa-apa jenis artritis atau masalah bersama. Ia adalah sumber yang besar banyak nutrien dan secara umumnya dianggap selamat untuk kanak-kanak, orang dewasa dan ibu mengandung / menyusu.

Langkah berjaga-jaga



Alfalfa tidak boleh digunakan dalam kombinasi dengan agen atau ubat-ubatan penipisan darah kerana ia begitu berkesan dan boleh mengganggu atau menguatkan kesan ini.

Menggunakan alfalfa dalam jumlah yang lebih besar daripada makanan mungkin TIDAK selamat semasa mengandung dan menyusukan bayi. Terdapat beberapa bukti bahawa alfalfa boleh bertindak seperti estrogen, dan ini mungkin memberi kesan kepada kehamilan.


Jadi, dah tahu kan khasiat Alfalfa ni. Memang menakjubkan khasiat 1001 Alfalfa. Gambar-gambar diatas menunjukkan Ash dah amalkan dah Alfalfa ni. Anda bila lagi nak cuba khasiat Alfalfa ni. Kebetulan bulan Januari ni bulan promosi Alfalfa. Jom apa tunggu lagi. Cepat taip no Ash dalam whatsapp tu or karang email simple untuk order Alfalfa Complex dari Shaklee ni. Memang berbaloi. Harga istimewa Ash akan beri pada anda. Cepat cepat cepat !!!


Friday, January 17, 2014

#Baby Journey: Kesian anak mama, demam campak

Salam peeps.

Dah seminggu dah Adam Rizqi demam, start hari Ahad lepas lagi suhu Rizqi panas, tinggi. Tula siapa suruh mamanya gatal bawa Rizqi p Jusco Equine Park Sabtu tu. Kan kesian dah budak tenit tuh. Actually, hari Jumaat my mom datang dari Tangkak semata untuk melihat cucu, oleh kerana aku bekerja so my mom bawa my LO to my aunt's house, Sg Penchala.

Then hari Sabtu pagi, aku hantar my mom balik dekat TBS. Dalam TBS punya sejuk. Dah la Rizqi pakai sleveless shirt and short pant. Ala kesian nya anak mama, terus kami pergi mencari baju baru, seluar panjang dan baju lengan panjang untuk Rizqi sementara tunggu bas datang. Tapi dapat jumpa baju lengan pendek dan seluar panjang je, one set. so dari tak da belilah, RM25. Lepas dah tukar pun still sejuk yela lengan pendek, tunggu la kami dalam 30minit camtu. After my mom dah naik bas, aku pun bawa Rizqi balik. Tapi yela lepas keluar suhu sejuk masuk kereta suhu panas plak. Hmm sah la budak ni bakal demam. Dah la after that bukan terus balik rumah. Aku nak bawa Rizqi pergi inject imunisasi 5bulan. Time tu jam 12.00 tgh hr. Huiyoo mmg panas terik la. Ondaway sekali tergerak hati nak call klinik nak tanya buka ke tak. Nurse tu cakap buka tapi stok injection habis. Lorr...aku dah ondaway dah ni. Rizqi pun dah tertidur dah dalam kereta ni. Oleh kerana dah dekat nak sampai dah ke Seri Kembangan so aku decided untuk ke Jusco Equine Park. Sampai Jusco nasib dapat parking cepat tak payah pusing-pusing. Tapi dah setel parking Rizqi still lagi tidur, so tunggu la dalam kereta tunggu dia bangun sekejap sebab selalunya tidur tengah hari dia tak tidur lama.

Khusyuk tengok tv...hai anak mama...

Ni dah start nak merengek dah...

Huhu tak de orang layan, die pikir cmne plak nk buat agi...

Rizqi pun bangun dah, so aku pn bawa masuk Jusco. Dalam Jusco pun sejuk. Tapi nasib baik Rizqi cepat meragam time tu. Aku tak leh nak shopping lebih sikit dia dah merengek. So kami pun balik. Then malam Ahad tu Rizqi panas. Hmm bagi ubat demam and selsema, malam tu dia tidur macam biase tapi aku pastikan suhu dia tak terlalu panas. Sentiasa tuam dengan kain air sejuk(bukan air ais). Keesokkan harinya time nak pergi keje, Rizqi tak kebah juga. Nak tak nak call my aunt jemput Rizqi sebab kesian nak hantar nursery.
So selama seminggu ni aku ulang alik dari Damansara ke Cyberjaya. Tapi memang la kali ni demam Rizqi adalah demam yang paling teruk. Tak mahu letak langsung. Nak dukung je. Nasib baik Selasa cuti Maulud Nabi so aku adalah dekat rumah maklong tuk menjaganya. Tapi memang mencabar, even dia dah tertidur masa time menyusu, gerak sikit or gerak nak alihkan die ke tilam menangis macam kena dera. Menjerit marah. Terpaksa biarkan dia tidur di pangku. Kul 12 malam, still lagi dia nak tidur tapi macam takut nak tertidur. Mesti terkejut and nangis. Kitorang dah risau so bawa ke Klinik Family Taman Tun. Tapi doktor cakap normal umur 6bulan baby akan start demam. Hari Rabu pun macam tu jugak tapi aku keje. Bila balik petang nampak dah dia ok sedikit, cuma malam tu la dia buat lagi. mungkin sebab panas badan kan. Tinggi juga suhunya. Tapi aku still tuam dengan air. Towel langsung tak tinggal mesti ada atas kepalanya. Kepala je panas tapi tangan kaki sejuk. So tuam kepala, kaki pakai stokin dan selimut.

Ni picture masa ke Jusco...botak dah...
Semalam time dekat office, Maklong call, cakap suh balik awal Rizqi dah nampak campaknya keluar. Adoi...tapi dalam hati aku lega bila tahu yang dia demam campak, bukan denggi. Walupun campaknya keluar tapi badannya tak berapa panas, dedar je. Cuma sebab aku tiada di rumah dia buat perangai la. Habis sume orang dalam rumah tu di bulinya. Nak dukung, tak mahu letak langsung. Sampai semua orang surrender penat dah. hahaha. tu la manja kan lagi.hambik...hehehe

Huhu cam panjang sangat je cerita aku ni...penat la plak nak tapi lagi...nanti la aku sambung ye..sebab ceritanya memang panjang...hehehe...

Thursday, January 16, 2014

#Shaklee : Set Hamil...ternyata berkesan bagi ash...

Salam semua, morning...Untuk pengetahuan semua aku sekarang dah jadi pengedar sah Shaklee. hehe gila kuasa kan, semua mahu. Herbalife mahu, Shaklee mahu hehe tapi ada aku kisah.

Hari ni aku nak cerita pengalaman pertama aku bersama Shaklee. Time tu aku dah kahwin dekat setahun. Tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Tanda-tanda pun tiada. Yang ada hanyalah nafsu kuat makan yang semakin membuak-buak membuatkan aku gemuk. Serius selepas kahwin, banyak baju yang aku tak boleh nak pakai. Kalau pakai jugak macam nangka. Ditambah pula dengan persoalan-persoalan tentang "Bila nak ada baby...??" dan "Belum ada isi ke??" membuatkan aku lagi tensi tahap gaban dan kebetulan pula time tuh keje dekat HRSC lagi la. Setiap malam akan menangis bila bercerita dengan Hubby.

Owh sebelum aku terlupa, disebabkan aku tension, makan tak kawal, tidur, rehat tak cukup, aku menghadapi keputihan yang amat serius. Serius disini memang serius ok. Gatal dia huiyooo...dan membuatkan aku hilang mood bila nak bersama dgn suami aku. So aku pun menggoogle sekali terjumpa la dengan sbuah blog (tapi dah tak ingat...rasanya blog ibu cergas) yang mengatakan alfalfa dari Shaklee boleh merawat dan mengurangkan keputihan.  Jadi tengah hari tu time lunch aku ke farmasi, mencari Alfalfa Shaklee, ternyata Shaklee brand tiada dijual die farmasi, guardian or watson. Nak tak nak aku pun menghantar email kepada empunya blog. Jadi kakak tu sangat ramah dan berikan aku penerangan dah suggestion. Jadi dia suggest aku ambil trial pack dan masa Trial pack untuk set Hamil ni rm170 ke 270 cmtu la. Dah tak ingat huhu...Trial pack ini untuk sebulan. Alhamdulillah selepas menggunakan Shaklee keputihan beransur pulih dan aku disahkan hamil pada 26 Nov 2012(its on my birthday). Memang hadiah hari jadi paling indah seumur hidup bila dapat tahu yang dalam rahim aku ada baby.

Jadi selepas itu aku pun terus menggunakan produk Shaklee sehingga sekarang selepas bersalin pun masih mengamalkan mutivitamin ini untuk kesihatan badan. Suami aku pun dah mula mengambil suplemen ini apabila dia dapat rasakan sendiri perubahan terhadap dirinya apabila mula-mula aku paksa dia makan hehehe.

Set di atas adalah set pertama yang aku ambil. Set Hamil asas + alfalfa(keputihan)

Owh lupa plak, suplement set yang pertama aku makan adalah, B-Complex (until today), Vit-C (500mg), Vita-Lea dan Alfalfa Complex(untuk keputihan). Alhamdulillah dengan gabungan 4 suplement dari Shaklee ni masalah keputihan berkurangan, tidak serius lagi dan aku berjaya hamil dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Aku bukan suruh kamu semua diluar sana percaya 100% terhadap suplement or multivitamin ini tapi kita perlu selidik apa kekurangan, masalah pada diri kita dan tak salah kalau kita berusaha memperbaiki nya. Mungkin masa tu aku susah nak hamil mungkin disebabkan keputihan tu atau berat badan yang overweight, atau tension, mood swing yang tak menentu. Semua tu boleh jadi punca. Jadi aku mengambil langkah untuk menyihatkan dahulu badan aku, baiki sel dalaman yang patut dan dengan izin Allah S.W.T sesiapa shj boleh hamil sekiranya telah bersedia.


#Personal: Bermulanya azam baru.

Salam, Assalammualaikum and good morning everyone.

Semuanya untuk my little son...Mama akan usaha bersungguh-sungguh sayang...untuk kamu dan papa.. <3


Walaupun Ash agak lewat, tetap Selamat Tahun Baru. Dengan semangat yang kuat insyaallah tahun 2014 ni Ash meletakkan meng'update' blog regularly sebagai salah satu azam di dalam hati. eeceh....tak menahan ayatnya. Tak kisah lah. Insyaallah dipermudahkan.

Ohho seperti yang anda lihat blog ni ash dh mulakan sejak 2011 lagi. Dan 2012 Ash telah pun daftar Nuffnang, kononnye nak dapatkan income lebih. Tetapi, berbagai alasan yang dikeluarkan dan KEMALASAN (haa kan dah ter'capslock'..) blog ni selama 3tahun duk camtu gak.

Jadi 2014, blog ini tak boleh lagi begini. Ash kne selalu update dan jadikan blog ini sebagai tempat menjana pendapatan. Insyaallah... dengan izin Allah S.W.T. (3x dah)

Harap kengkawan diluar sana dapat membantu dan menyokong Ash k. Insyaallah (4x dah) Ash akan menyokong anda semula.

Thanks for Viewing!!!